masterlatif.com
No Result
View All Result
Wednesday, January 27, 2021
  • Login
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
No Result
View All Result
masterlatif.com
No Result
View All Result
Home Editorial

10 Hormon Penting Dalam Tubuh Manusia

January 12, 2018
in KESIHATAN & KECANTIKAN
Reading Time: 3min read
2.3k
SHARES
3.1k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

10 Hormon Penting Dalam Tubuh Manusia | 

Dalam tubuh manusia, terdapat pelbagai jenis hormon dengan fungsi tersendiri.

POST BERKAITAN

Apakah CoQ10 dan Fungsinya

Mengapa Anda Memerlukan Vitamin C

Hormon ini perlu untuk membolehkan tubuh bekerja dengan baik dan sempurna.


Melatonin

10 Hormon Penting Dalam Tubuh Manusia

Hormon ini dihasilkan di kelenjar pineal.

Ia berfungsi sebagai antioksidan dan mengawal tidur.

Walaupun hormon ini dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh, jika ia terlebih atau terkurang boleh memberi kesan buruk kepada tubuh.

Hormon melatonin berlebihan dalam badan menyebabkan kita berasa lesu, gangguan pada hati, gangguan mata, keletihan, rasa mengantuk, sakit kepala dan gangguan pertururan.

Kekurangan melatonin boleh menyebabkan insomnia (kesukaran tidur), tidur tidak lena, pembesaran prostat, tekanan, pusingan haid tidak teratur, sindrom PMS, kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi dan gangguan degupan jantung.


Serotonin

serotonin

Hormon serotonin dihasilkan di saluran pencernaan.

Ia bertugas untuk mengawal mood atau suasana hati, nafsu makan dan tidur.

Jika berlebihan, ia akan mengakibatkan rasa gelisah, peningkatan denyutan jantung, mudah berpeluh, sakit kepala, menggigil, mual, muntah, demam tinggi dan kekejangan.

Kekurangan serotonin pula menyebabkan mudah rasa tertekan, fobia, pesimis, gelisah, mudah marah, gangguan tidur, sakit kepala dan PMS.


Tiroid

tiroid

Tiroid dihasilkan oleh kelenjar tiroid dan hormon tiroid ini berfungsi untuk tingkatkan kadar metabolisme dan mempengaruhi sistesis protein.

Hormon tiroid yang berlebihan menyebabkan sakit kepala, denyutan jantung tak teratur, menggigil, kejang perut, demam, sakit dada dan kesukaran untuk tidur.

Kekurangan hormon tiroid pula mengakibatkan rasa lesu, sembelit, sakit sendi dan otot, kuku nipis dan rapuh, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, gangguan fokus dan ingatan.

Malah, ia boleh menyebabkan tekanan melampau dan gangguan jiwa.


Adrenalin

adrenalin

Hormon adrenalin dihasilkan di medula adrenal dan berfungsi untuk tingkatkan kehadiran oksigen dan glukosa ke otak dan otot (dengan meningkatkan denyutan jantung), meningkatkan katalisis dari glikogen dalam hati serta menekan sistem kekebalan.

Kekurangan adrenalin menyebabkan pening, kelelahan dan penurunan berat badan.

Ada ketikanya seseorang boleh alami gangguan usus, peningkatan pigmentasi kulit, stress dan sakit sendi.


Dopamin

dopamin

Dopamin dihasilkan di buah pinggang dan hypothalamus.

Berfungsi meningkatkan denyut jantung dan tekanan darah serta menggalakkan pelepasan prolaktin.

Terlebih dopamin dalam tubuh menyebabkan mual, muntah, sakit kepala, sakit dada, denyutan jantung tidak teratur, kesukaran bernafas, perubahan kuantiti urin, perubahan warna kulit dan sakit di kaki dan tangan.

Kekurangan dopamin menyebabkan tekanan, motivasi rendah, sukar untuk fokus, tidak beri perhatian dengan baik, lambat berfikir, rendah libido, mudah penat, berat badan cepat naik dan sering mengalami gangguan tidur.


Gastrin

gastrin

Hormon gastrin dihasilkan di duodenum dan berfungsi untuk merembeskan asid perut.

Gastrin yang berlebihan boleh menyebabkan tumor benigna.


Hormon Pertumbuhan (HGH – Human Growth Hormone)

hgh

Hormon ini dihasilkan di pituitari anterior dan berfungsi merangsang pertumbuhan dan penghasilan sel, melepaskan faktor pertumbuhan.

Penghasilan berlebihan boleh menyebabkan tumor pituatari yang akan membesar secara perlahan.

Ia juga menyebabkan sakit kepala, gangguan penglihatan, tekanan saraf optik, terlebih tulang rahang, jari tangan dan kaki, lemah otot dan rintangan insulin.

Malah boleh menyebabkan diabetes type 2.

Kekurangan HGH pula menyebabkan kegagalan tumbesaran dan bertubuh rendah.

Ia jarang berlaku kepada orang dewasa namun sesetengah kes menyebabkan obesiti, penurunan energi dan kualiti hidup.


Insulin

insulin

Hormon insulin terhasil di pankreas.

Mempunyai fungsi terhadap pengambilan glukosa, glikogenesis dan glikolisis di hati dan otot dari darah.

Insulin yang berlebihan menyebabkan kadar gula darah sangat rendah, denyutan jantung tidak teratur, berpeluh, gementar, mual, lapar yang melampau dan rasa cemas.

Kadangkala menyebabkan hypoglisemia (gula dalam darah rendah).

Kurangnya insulin mengakibatkan hyperglisemia (peningkatan kadar gula dalam darah) yang menyebabkan diabetes type 2.


Testosteron

testosteron

Testosteron dihasilkan di testis dan ia berfungsi sebagai hormon seks bagi lelaki.

Ia merangsang kematangan organ seks lelaki seperti skrotum, pertumbuhan janggut, otot dan meningkatkan kepadatan tulang.

Namun, sekiranya hormon ini terlebih ia mengakibatkan peningkatan libido berlebihan dan murah marah.

Kekurangan testosteron juga menyebabkan penyakit dan kerosakan pada hipotalamus (kelenjar bawah otat), kehilangan otot tubuh, pinggang menggendut, penurunan libido dan kesukaran mencapai orgasm.


Progesteron

progesteron

Progesteron dihasilkan di ovarium, kelenjar adrenal dan plasenta (ketika hamil).

Hormon progesteron ini bekerja untuk meningkatkan pertumbuhan epidermia, tingkatkan suhu teras semasa ovulasi, kekurangan kekejangan, melancarkan darah serta mengelakkan pembekuan di pembuluh darah.

Jika kurang progesteron, ia boleh mengakibatkan sukar untuk tidur, panik, gelisah, kurang carian vagina dan payudara membengkak.

 


subscribe for updates master latif com 3

Share963Tweet542

Related Posts

Apakah CoQ10 dan Fungsinya
KESIHATAN & KECANTIKAN

Apakah CoQ10 dan Fungsinya

November 4, 2020
Mengapa Anda Memerlukan Vitamin C
KESIHATAN & KECANTIKAN

Mengapa Anda Memerlukan Vitamin C

November 4, 2020
Puluhan Ubat Darah Tinggi Disahkan Beracun dan Ditarik Balik Dari Pasaran 01
KESIHATAN & KECANTIKAN

80 Ubat Darah Tinggi Disahkan Beracun dan Ditarik Balik Buang Sekarang !!

July 2, 2020 - Updated on July 8, 2020
Supplement Deniers
NOTA AKHIR ZAMAN

Supplement Deniers

June 29, 2020
Tips Diet untuk Kanser Payudara
KESIHATAN & KECANTIKAN

Tips Diet untuk Kanser Payudara

June 26, 2020 - Updated on October 12, 2020
13 Jenis Buah-buahan Yang Tinggi Kandungan Vitamin C
NUTRISI & VITAMIN

13 Jenis Buah-buahan Yang Tinggi Kandungan Vitamin C

June 26, 2020 - Updated on October 12, 2020
Next Post

"Tanah Melayu" Sudah Sekian Lama Kaw-kaw Terjual

Manfaat Tahajjud 8 | Memperoleh Cinta Allah swt

Discussion about this post

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 148k Subscribers
Join Bisnes Online

Join Sekarang
7 Kehebatan Youth Shaklee Skin Care Berbanding Produk Lain Di Pasaran

7 Kehebatan Youth Shaklee Skin Care Berbanding Produk Lain Di Pasaran

March 12, 2018 - Updated on June 28, 2020

Vitamin Yang Perlu Ditolak Oleh Pesakit Buah Pinggang

September 12, 2017

Atasi Migrain Secara Semulajadi Dengan Vitamin

January 27, 2018 - Updated on October 12, 2020

Lagu Best Dan Energetic Untuk Dipasang Semasa Bersenam

December 1, 2016

Arang Aktif – Activated Charcoal

June 8, 2019 - Updated on October 12, 2020
Load More
Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

June 26, 2020
14 Kebaikan ESP Shaklee

14 Kebaikan ESP Shaklee

June 23, 2020 - Updated on October 12, 2020
hilang kerja

Lebih 2 Juta Rakyat Malaysia Dijangka Menganggur Ekoran Covid-19

June 4, 2020 - Updated on June 26, 2020

POPULAR

  • Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    4893 shares
    Share 1982 Tweet 1213
  • 11 Perkara Yang Membatalkan Wudhu

    2808 shares
    Share 1135 Tweet 697
  • Bukti Keturunan Firaun Masih Lagi Berkuasa Hingga Hari Ini

    2487 shares
    Share 995 Tweet 622
  • BeeTalk Umum Hentikan Perkhidmatan dan Ditutup

    2423 shares
    Share 1027 Tweet 582
  • Kajian Mendapati 68% Kanak-kanak Melaporkan Kesan Sampingan Pemakaian Topeng (Jerman)

    2137 shares
    Share 855 Tweet 534
masterlatif.com

Bisnes Online | Kesihatan & Kecantikan | Nutrisi & Vitamin | Tutorial & Review

Contact Me Here :

Like | Follow | Subscribe

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 148k Subscribers
  • About
  • Contact
  • Advertise
  • Privacy & Policy

© 2020 masterlatif.com

No Result
View All Result
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK

© 2020 masterlatif.com

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In