masterlatif.com
No Result
View All Result
Wednesday, January 27, 2021
  • Login
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
No Result
View All Result
masterlatif.com
No Result
View All Result
Home NUTRISI & VITAMIN

13 Jenis Buah-buahan Yang Tinggi Kandungan Vitamin C

June 26, 2020 - Updated on October 12, 2020
in COVID-19 Malaysia, KESIHATAN & KECANTIKAN, NUTRISI & VITAMIN, SIHAT SECARA SEMULAJADI
Reading Time: 6min read
2.2k
SHARES
3k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
13 Jenis Buah-buahan Yang Tinggi Kandungan Vitamin C

Vitamin C merupakan nutrisi yang diperlukan tubuh untuk kepentingan tumbesaran, pemulihan dan menghalang radikal bebas yang menyebabkan penuaan semulajadi.

Malahan, Vitamin C juga penting untuk pembentukan Kolagen, meningkatkan sistem ketahanan tubuh serta membantu penyerapan Zat Besi.

POST BERKAITAN

Apakah CoQ10 dan Fungsinya

Mengapa Anda Memerlukan Vitamin C

Kekurangan Vitamin C di dalam tubuh boleh mengakibatkan beberapa gangguan kesihatan seperti sakit sendi dan Anemia.

Vitamin C mengandungi Asid Askorbik yang merupakan kunci utama untuk penghasilan Kolagen sebagai Protein untuk membuat kulit tetap sihat dan tidak mengendur.

Kolagen bersama dengan elastin akan menjaga kulit anda agar tetap sihat.

Kolagen menghasilkan kekenyalan dan kekuatan kulit, sementara elastin menghasilkan keanjalan.

Setiap hari tubuh memerlukan Vitamin C kerana tubuh tidak dapat mengeluarkan Vitamin C dengan sendiri.

Itulah sebabnya anda disarankan untuk memperbanyakkan pengambilan makanan semulajadi seperti buah-buahan yang mengandungi Vitamin C.

Manusia terutama wanita biasanya memerlukan 75 mg – 500 mg Vitamin C setiap hari dan ia boleh diperoleh dari buah-buahan.

Berikut adalah antara buah-buahan yang mengandungi Vitamin C terbaik :

1.  JAMBU BATU

13 Jenis Buah-buahan Yang Tinggi Kandungan Vitamin C

Kandungan Vitamin C dalam jambu batu hampir dua kali ganda dari limau. Dalam sebiji buah jambu batu yang berukuran sederhana mengandungi lebih daripada 250mg Vitamin C. Selain itu, jambu batu juga kaya dengan Serat, Asid Folat, Kalium dan Mangan

2.  OREN

13 Jenis Buah-buahan Yang Tinggi Kandungan Vitamin C

Sebiji oren menyediakan 50 sampai 70 mg Vitamin C, setara dengan keperluan harian Vitamin C yang kita perlukan. Oren juga merupakan sumber Serat, Folat, serta Anti-oksidan, Vitamin dan Mineral.

3.  BETIK

13 Jenis Buah-buahan Yang Tinggi Kandungan Vitamin C

Buah betik merupakan antara buah-buahan yang mengandungi Vitamin C yang cukup tinggi. Selain itu, betik juga mengandungi nutrisi lainnya seperti Vitamin A dan B9(Folat) yang baik diambil oleh wanita yang sedang hamil.

4.  DELIMA

13 Jenis Buah-buahan Yang Tinggi Kandungan Vitamin C

Sebiji buah Delima menyediakan 40 peratus keperluan Vitamin C harian anda. Delima juga mengandung Folat, Serat, Kalium, Niasin, Vitamin A dan E. Antosianidin dalam Delima memiliki sifat Anti-oksidan dan Anti-inflamasi, yang menurunkan kolesterol dan tekanan darah, melindungi gigi, mencegah Osteoarthritis , Alzheimer, kanser payudara, Leukemia, kanser paru dan kanser prostat.

5.  EPAL

13 Jenis Buah-buahan Yang Tinggi Kandungan Vitamin C

Kandungan Vitamin C dalam 100 gram buah epal adalah 5 mg. Epal juga kaya akan Flavonoid Anti-oksidan yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, stroke dan kanser. Sebiji epal sederhana besar memiliki lebih kurang 80 kalori.

6.  KIWI

13 Jenis Buah-buahan Yang Tinggi Kandungan Vitamin C

Buah Kiwi mempunyai citarasa buah yang cukup unik. Tekstur daging dan bentuknya juga eksotik. Sama seperti buah Oren, buah Kiwi juga mengandungi Vitamin C yang tinggi. Pengambilan buah Kiwi secara teratur akan menjaga sistem ketahanan tubuh agar sentiasa baik.

7.  ANGGUR

13 Jenis Buah-buahan Yang Tinggi Kandungan Vitamin C

Buah Anggur memiliki kandungan Vitamin C yang tak kurang hebatnya iaitu 10.8 mg tiap 100 gramnya. Anggur merah juga mengandungi Zat Besi, Kalium, Serat dan Anti-oksidan

8.  DURIAN BELANDA

13 Jenis Buah-buahan Yang Tinggi Kandungan Vitamin C

Durian Belanda adalah buah yang kaya Vitamin dan Serat. Setengah biji buah Durian Belanda bersaiz sederhana sudah cukup untuk memenuhi seluruh keperluan Vitamin C dan setengah keperluan Serat harian anda. Vitamin C merupakan Anti-oksidan yang sangat baik untuk meningkatkan sistem ketahanan tubuh dan memperlambatkan proses penuaan semulajadi.

Serat sangat baik untuk membantu penghadaman dan detoksifikasi. Buah Durian Belanda juga mengandungi Fosfor dan Kalsium, iaitu dua mineral penting untuk pembentukan jisim tulang dan mencegah Osteoporosis.

9.  STRAWBERRI

13 Jenis Buah-buahan Yang Tinggi Kandungan Vitamin C

Pengambilan buah Strawberi pada setiap hari boleh membantu anda mengawal penyakit Diabetis dan mencegah penyakit jantung. Strawberi juga merupakan sumber Vitamin C dan Anti-oksidan. Sebiji Strawberi yang beratnya 147 gram mengandungi sebanyak 86.5mg Vitamin C.

10.  MANGGA

13 Jenis Buah-buahan Yang Tinggi Kandungan Vitamin C

Sebiji buah Mangga biasanya mengandungi 60 mg Vitamin C. Anti-oksidan dalam Mangga membantu mencegah Artritis, mempercepatkan penyembuhan luka dan sangat baik untuk sistem ketahanan tubuh.

11.  AVOKADO

13 Jenis Buah-buahan Yang Tinggi Kandungan Vitamin C

Selain mengandungi zat besi dan vitamin E yang mampu menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Buah Avokado juga mempunyai kandungan vitamin C.

12.  ROCKMELON

rockmelon
13 Jenis Buah-buahan Yang Tinggi Kandungan Vitamin C

Sepotong buah rockmelon mengandungi 49.2 mg vitamin C. Ia juga kaya dengan serat dan vitamin A.

13.  TOMATO

tomato
13 Jenis Buah-buahan Yang Tinggi Kandungan Vitamin C

Tomato merupakan sumber vitamin C termurah yang mengandungi Lycopene ( salah satu karotenoid yang kuat ) bertindak sebagai antioksidan. Dalam sebiji buah tomato bersaiz sederhana mengandungi 23mg vitamin C.

Tags: coronacorona viruscovidcovid-19vitaminvitamin c
Share860Tweet538

Related Posts

Apakah CoQ10 dan Fungsinya
KESIHATAN & KECANTIKAN

Apakah CoQ10 dan Fungsinya

November 4, 2020
Mengapa Anda Memerlukan Vitamin C
KESIHATAN & KECANTIKAN

Mengapa Anda Memerlukan Vitamin C

November 4, 2020
Puluhan Ubat Darah Tinggi Disahkan Beracun dan Ditarik Balik Dari Pasaran 01
KESIHATAN & KECANTIKAN

80 Ubat Darah Tinggi Disahkan Beracun dan Ditarik Balik Buang Sekarang !!

July 2, 2020 - Updated on July 8, 2020
Apa Itu Telomere?
NUTRISI & VITAMIN

Apa Itu Telomere?

June 30, 2020 - Updated on October 12, 2020
Supplement Deniers
NOTA AKHIR ZAMAN

Supplement Deniers

June 29, 2020
30 Kebaikan Omega 3 Omega Guard Untuk Kesihatan Tubuh
NUTRISI & VITAMIN

30 Kebaikan Omega 3 Omega Guard Untuk Kesihatan Tubuh

June 27, 2020 - Updated on October 12, 2020
Next Post
Tips Diet untuk Kanser Payudara

Tips Diet untuk Kanser Payudara

Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

Discussion about this post

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 148k Subscribers
Join Bisnes Online

Join Sekarang

Pesakit Buah Pinggang Jangan Ambil Magnesium Tanpa Nasihat Doktor

September 11, 2017

7 Kesilapan Waktu Tidur Yang Membuatkan Berat Badan Naik Waktu Malam

May 28, 2018
Tips Diet untuk Kanser Payudara

Tips Diet untuk Kanser Payudara

June 26, 2020 - Updated on October 12, 2020

Before After Freeletics Transformation

November 24, 2015
Apakah CoQ10 dan Fungsinya

Apakah CoQ10 dan Fungsinya

November 4, 2020
Load More
Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

June 26, 2020
14 Kebaikan ESP Shaklee

14 Kebaikan ESP Shaklee

June 23, 2020 - Updated on October 12, 2020
hilang kerja

Lebih 2 Juta Rakyat Malaysia Dijangka Menganggur Ekoran Covid-19

June 4, 2020 - Updated on June 26, 2020

POPULAR

  • Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    4902 shares
    Share 1986 Tweet 1215
  • 11 Perkara Yang Membatalkan Wudhu

    2810 shares
    Share 1136 Tweet 698
  • Bukti Keturunan Firaun Masih Lagi Berkuasa Hingga Hari Ini

    2491 shares
    Share 996 Tweet 623
  • BeeTalk Umum Hentikan Perkhidmatan dan Ditutup

    2427 shares
    Share 1028 Tweet 583
  • Kajian Mendapati 68% Kanak-kanak Melaporkan Kesan Sampingan Pemakaian Topeng (Jerman)

    2137 shares
    Share 855 Tweet 534
masterlatif.com

Bisnes Online | Kesihatan & Kecantikan | Nutrisi & Vitamin | Tutorial & Review

Contact Me Here :

Like | Follow | Subscribe

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 148k Subscribers
  • About
  • Contact
  • Advertise
  • Privacy & Policy

© 2020 masterlatif.com

No Result
View All Result
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK

© 2020 masterlatif.com

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In