
Ada sorang makcik ni bercerita, yang beberapa orang saudara beliau kena kencing manis.
Kebanyakan mereka dah 20 tahun ambil ubat kencing manis tapi masalah tersebut tak sembuh.
Inilah sisi keGAGALan dunia perubatan moden yang ramai tak tahu, betul?
Dunia perubatan moden umumnya berjaya hasilkan pelbagai teknologi dan rawatan untuk atasi masalah kesihatan manusia.
Namun secara umum masih gagal menaiktaraf dan membina kesihatan manusia untuk jadi lebih sihat dan lebih kuat.
Ubat adalah untuk rawat simptom tapi ubat tidak mengatasi punca masalah secara total.
Malah, semua ubat (drugs) ada kesan sampingan. Ada kesan yang ringan sampai tak terasa, ada yang sangat teruk, malah ada yang tidak dijangka.
Kalau dah 10-20 tahun ambil ubat kencing manis tapi pesakit masih dalam keadaan tersebut atau makin teruk, bermaksud method rawatan itu tidak berkesan keseluruhan.
Hanya rawat simptom apabila ianya terjadi.
Adakah doktor terangkan kepada pesakit kesan ubat ini boleh rosakkan buah pinggang, atau ada kesan sampingan yang lain?
Majoriti pesakit tidak pernah tahu kesan sampingan ubat.
Adakah doktor mengajarkan kepada pesakit cara makan yang betul sehingga pesakit betul-betul faham untuk pilih diet yang lebih baik?
Pesakit tidak dapat panduan lengkap untuk perbetulkan pemakanan dan bersenam.
Adakah doktor memberi kesedaran kepada pesakit dengan method yang lebih berkesan?
Doktor hanya sempat untuk sesi konsultansi dan bagi ubat sahaja. Tiada lagi selepas itu kecuali pesakit datang semula.
Ini menunjukkan, sistem yang diamalkan sejak berpuluh tahu tidak ampuh dalam membina kesihatan rakyat marhean.
Doktor yang hanya bergantung kepada ubat, adalah doktor yang ‘kurang sempurna' rawatannya.
Doktor yang reject suplemen adalah doktor yang ‘cacat dalam teknik rawatannya' dan berat sebelah (bias).
Di klinik atau hospital tentu saja ada suplemen buatan makmal (sintetik – memang tak sama dengan semulajadi tapi tetap dikatakan sama).
Sedang nutrisi dalam bentuk suplemen dari sumber semulajadi yang dibuktikan selamat dan berkesan pula ditolaknya atas pelbagai alasan yang tidak dibuktikan.
Hari ini, rakyat marhean tidak boleh lagi semata-mata bergantung kepada nasihat doktor semata-mata. Perlu faham dan analisa keadaan sendiri serta dapatkan maklumat tambahan sebagai usaha menangani isu kesihatan dengan lebih berkesan.
Malah kita sendiri yang perlu berusaha lebih baik untuk membina kesihatan, menaiktaraf tahap kesihatan diri.
Kelemahan dalam sistem ini, perlu ditampung agar objektif untuk naiktaraf kesihatan rakyat dapat dicapai dengan lebih menyeluruh dan berkesan.
—–
Ubat hanya untuk rawat simptom penyakit.
Ambil ketika perlu atas nasihat doktor.
Nutrisi adalah apa yang tubuh perlukan untuk sembuhkan diri, perbaiki keadaan diri dan naiktaraf kesihatan. Ini perlu dilakukan secara berterusan.
Discussion about this post