6 Jurus Rahsia Lajukan WordPress Anda

2
222

6 Jurus Rahsia Lajukan WordPress

6 Jurus Rahsia Lajukan WordPress | Ini adalah kelebihan besar untuk kita-kita yang menggunakan WordPress (self-hosted).

Kalau guna platform lain, agak leceh melainkan anda memang pakar dalam coding.

Kepada anda yang dah install WordPress dan belum buat apa-apa tentang kelajuan loading, info ringkas ini saya kongsikan sebagai overview khas untuk anda.

 

1. Hosting Yang Boleh Diharapkan (reliable)

Hosting adalah perkara paling penting yang akan menyokong kelajuan laman web kita loading.

Semenjak 2008, saya dah cuba macam-macam hosting. Hampir yang biasanya keluar dalam review, saya akan cuba.

Dari yang murah kepada yang mahal.
Shared hosting sehingga Virtual Private Server (VPS).
Yang dalam Malaysia dan luar negara (Canada, USA, UK).

Saya sendiri pernah menjadi reseller untuk domain dan hosting.

Jadi, dah merasai secara umumnya, beza bila langgan hosting yang baik dan yang kurang sikit. Yang perform dengan baik atau yang slow..

Bagi kelajuan website, wujud faktor client-side dan server-side.

6 Jurus Rahsia Lajukan WordPress Anda master latif com md latiff

Untuk ini, atas pengalaman kecil saya uruskan kurang dari seratus buah blog client dalam satu masa (bukan multisite), saya berani recommend Namecheap kepada anda sebagai salah satu penyedia domain dan hosting terbaik yang pernah saya guna.

Sangat reliable. Sebagai pengguna biasa, anda sepatutnya fokus pada setup blog dan guna sahaja. Tak payah pening-pening dengan isu teknikal dan sebagainya.

Dalam 4 tahun saya guna untuk puluhan blog, hanya satu kali je isu yang perlu diselesaikan di pihak hosting. Kena flush rekod domain.

Itupun sebab saya ada transfer blog ke dari satu pakej hosting Namecheap ke pakej hosting Namecheap juga.

Tahun-tahun sebelum tu saya guna pelbagai hosting berasingan.

Selain tu, bila saya semak semula support ticket saya, kebanyakan isu yang timbul adalah disebabkan script yang diubah dari pihak saya. Well, I’m learning.. trial and error etc..

Dan in case anda perlu bantuan, support mereka memang sangat pantas.

Paling best untuk shared hosting harga mampu milik macam tu, hanya dengan Namecheap sahaja semua blog dan website saya tidak berlaku server down. 100% uptime.

Mula 4 tahun lepas, saya jumpa Namecheap sahaja yang berani beri jaminan 100% uptime untuk shared hosting.

Jadi, kurang beban tugas nak uruskan blog yang asyik server down je. Paling tidak pun dulu-dulu biasanya hantar support ticket untuk inform. Tapi jadi leceh juga kalau berlaku kepada banyak blog kan.

Untuk tahun pertama, dengan $9.88 [+-RM42] boleh untuk 3 website, $19.88 [RM85] boleh untuk 10 website atau grab je $29.88 [+-RM126] boleh sehingga 50 website.

Untuk client satu hosting satu client ok dah.. tak payah sumbat banyak-banyak.

Untuk personal use, ok je satu hosting buat banyak blog selagi ia boleh tampung penggunaan (normal usage).

Dengan performance dan servis yang diberi, siap unlimited bandwidth, harga tu memang sangat killer.

Anda boleh buat duit banyak-banyak tahun pertama untuk cover kos domain dan hosting tahun kedua atau saya guna “Strategi Rahsia Kekal Harga Domain dan Hosting” untuk hanya bayar sama je hampir untuk selamanya.. lol ?

Ok, taknak cerita secara terbuka sekarang.. kemudian lah.. kemudian hahaha.. adoi, habis bocor semua ni nanti.. hahaha..

Kalau anda daftar dan dapatkan servis hosting Namecheap melalui link saya, pm saya hokey. Saya kongsi dengan anda “Strategi Rahsia Kekal Harga Domain dan Hosting” secara peribadi. Belum nak open rahsia secara umum lagi. Bahaya.. hahaha..

Buka akaun Namecheap secara percuma di sini : Klik gambar
Namecheap.com

Tak kisahlah hosting mana anda ambil, saya cuma nak anda faham, dapatkan yang reliable.

Saya berani cadangkan Namecheap sebab ia yang terbaik mengikut penggunaan average saya sendiri.

Semuanya terpulang kepada anda. Recommend dari saya adalah Namecheap.
Mula daftar percuma di sini : Namecheap.com

2. Design/Theme Yang Bagus

Semua orang nak website atau blog mereka nampak cantik, nampak hebat, nampak bagus.

Selain tu, kita nak ianya berfungsi dengan baik.

Dulu, memang persaingan design sahaja. Tapi sekarang, selain daripada features, semua developer dan designer perlu bersaing untuk “performance“.

Baca Ini: 6 Sebab Kenapa Website atau Blog Anda Perlu Laju.

Jadi, semasa memilih dan buat perbandingan.

  1. Baca maklumat sebaik mungkin.
  2. Adakah mereka tulis tentang kelajuan loading, score dan sebagainya.
  3. Adakah mereka sebut tentang cache samada built in, compatible atau apa yang mereka suggest.
  4. Dan apa sahaja maklumat yang releven.
  5. Supaya tak pening-pening, untuk anda saya cadang guna tools.pingdom.com.
    Copy paste je link demo theme tersebut. Nak guna gtmetrix.com atau Google Page Insight pun boleh. Mana-mana yang anda prefer.
6 Jurus Rahsia Lajukan WordPress Anda master latif com md latiff
Contoh result daripada theme developer 1
6 Jurus Rahsia Lajukan WordPress Anda master latif com md latiff
Contoh result daripada theme developer 2. yang saya test. Gila laju ni.. hahaha..
6 Jurus Rahsia Lajukan WordPress Anda master latif com md latiff
Contoh result daripada theme developer 3. Salah satu blog (magazine style) saya yang paling laju.
6 Jurus Rahsia Lajukan WordPress Anda master latif com md latiff
Contoh features daripada daripada theme developer 4

Dengan ini, anda dapat buat perbandingan lebih baik di antara design yang anda pilih.

 

3. Optimize Saiz Gambar

Ok, ini salah satu rahsia besar juga. Masih ramai tak tau lagi ni..

Konsepnya mudah.
Bila pelawat buka website kita, berlaku muat turun semua bahan ke browser mereka secara sementara.

Lebih besar saiz fail, lebih lama nak muat turun, lebih slow jadinya keseluruhan website.
Jadi, sila optimize gambar yang anda upload supaya saiznya kecil.
Terpulang pada anda bagaimana nak tentukan kualitinya nanti.

Anda boleh pilih optimize untuk masih nampak seolah-olah kualiti tak berbeza atau boleh korbankan kualiti untuk saiz yang lebih kecil.

Contoh : Gambar di bawah berbeza saiz tapi kualiti hampir tidak perasan beza walaupun saiz dah dikecilkan betul?

Kalau perhati sangat teliti memang boleh nampak juga beza tapi secara normal orang tak perasan dan tak kisah pun kualitinya.

6 Jurus Rahsia Lajukan WordPress Anda master latif com md latiff
61KB 200 x 200px
6 Jurus Rahsia Lajukan WordPress Anda master latif com md latiff
15KB 200 x 200px
6 Jurus Rahsia Lajukan WordPress Anda master latif com md latiff
393KB 600 x 305px
6 Jurus Rahsia Lajukan WordPress Anda master latif com md latiff
32KB 600 x 305px
6 Jurus Rahsia Lajukan WordPress Anda master latif com md latiff
21KB 600 x 305px

Nak bandingkan sendiri, sila download gambar di atas dan tengok properties nya.

Macam mana nak optimize imej?

  1. Anda boleh install plugins untuk optimize imej. Salah satunya adalah Smush Image Compression and Optimization : https://wordpress.org/plugins/wp-smushit/
    Saya akan kongsi 10 plugins ini dalam post seterusnya, insyaAllah – stay tune.
  2. Guna software pada komputer untuk optimize dahulu gambar kemudian baru upload ke gallery.

Untuk gambar di atas, saya gunakan software percuma yang dipasang ke dalam komputer. Jadi, saya mudah nak test dan pilih kualiti setiap gambar serta jimat masa untuk upload.

6 Jurus Rahsia Lajukan WordPress Anda master latif com md latiff
Nampak? Banyak kan beza saiz tu.. Kualiti hampir sama.

Nanti saya buat review untuk software ni ye.

 

4. Guna Plugins Lazy Load

Ada banyak plugin percuma untuk “lazy load” imej dan video anda.

Apa yang berlaku, imej atau video anda hanya akan dipaparkan (loading) hanya jika ia perlu dilihat oleh pelawat.

Maksudnya, bila pelawat mula scroll dan sampai ke area gambar baru gambar tersebut akan load.

Yang di bawah-bawah lagi.. tidak load selagi screen tidak perlukan ia dipaparkan.

Jadi, secara keseluruhan laman web hanya akan load elemen gambar dan video bila perlu dan ini akan membuatkan secara time load keseluruhan dapat diperbaiki.

Salah satu plugin yang paling popular adalah https://wordpress.org/plugins/lazy-load/.

6 Jurus Rahsia Lajukan WordPress Anda master latif com md latiff

 

5. Cache Plugins

WordPress menggunakan database.

Jadi, setiap kali pengguna halaman dibuka (contohnya), akan berlaku proses antara WordPress dan database anda. Proses ini akan mengambil masa pada setiap kali.

Dengan caching, semua data dah siap-siap disimpan (ikut settings dan sebagainya) yang mana tidak perlu interaksi antara WordPress dan database secara langsung. Di sini, berlaku penjimatan masa yang banyak.

Cache plugins juga akan membantu “memperkemaskan coding” blog anda dan akan compress files berkaitan tanpa anda perlu usik coding dan fail secara terus. Walaupun anda memang tak tahu pasal coding langsung.

Hanya perlu install dan ikut arahan setup dan tips sahaja.

Plugins percuma atau berbayar, konsepnya adalah sama dan tetap akan sangat membantu.

Ada blog saya, lebih bagus performance bila gunakan plugin percuma, ada yang perlu plugin berbayar.

Ini akan bergantung kepada design dan plugins juga.

Boleh Baca Ini :

Ada blog yang developer dan siap-siap test semua plugins dan beri cadangan terbaik dan compatible dengan theme.

6 Jurus Rahsia Lajukan WordPress Anda master latif com md latiff
Contoh info status dalam theme yang saya guna. Developer dah siap-siap suggest dah.

 

6. Content Delivery Network (CDN)

Mudahnya macam ni. Saya bagi kronologi sebagai contoh.

  1. Fail kita disimpan di hosting.
  2. Server tersebut di USA.
  3. Pelawat USA buka laman web kita, mereka dapat load dengan laju atas faktor server dekat. Pelawat dari China buka, perlahan sikit sebab lebih jauh.
  4. Mungkin ada yang pernah dengar, ambil server di Malaysia baru website laju. Betul tu. Tapi siapa guna CDN, website tetap laju walau di mana juga ia diakses.
  5. Sebabnya, CDN ni simpan cache website kita di server mereka di seluruh dunia. Pelawat akan dapat cache di server (milik company CDN) yang terdekat dengan pelawat. Jadi, faktor geografi yang menyebabkan isu kelajuan berjaya di atasi.

Bila guna CDN, kat mana di seluruh dunia pun akan dapat load dengan lebih pantas.

Kebanyakan perkhidmatan CDN adalah berbayar. Cuma.. ada yang free dan ramai tak tahu. Ia masih terahsia walaupun bukan rahsia.. hahaha..

Jetpack juga menyediakan CDN percuma imej untuk anda gunakan (mungkin anda tak perasan ianya juga CDN).

Hanya install plugin Jetpack, activate, kemudian pada settings pastikan anda activate “Speed up images and photos“.

6 Jurus Rahsia Lajukan WordPress Anda master latif com md latiff

Saya ada 6 Senarai CDN PERCUMA Untuk WordPress Anda (kalau nak). Nak ke?

InsyaaAllah saya akan kongsikan banyak lagi info dan tutorial berkaitan WordPress.

Jika anda mahukan lebih banyak post berkaitan, bolehlah encourage saya dengan cara :

  1. Bookmark laman web ini. www.masterlatif.com
  2. Share artikel ini ke Facebook anda (senang nak cari dan rujuk semula kalau terlupa).
  3. Sila like FB Page ini untuk maklumat terbaru. www.facebook.com/masterlatifcom

Sebarang pertanyaan atau request, boleh komen di bawah ye. Terima kasih =)

Like | Comment | Share | Subscribe

Facebook Comments

SHARE
Previous article6 Sebab Kenapa Website atau Blog Anda Perlu Laju
Next articleVideo Apakah Hemodialisis ?

Pemasar online semenjak 2007.
Pakar buat blog/website, produk digital dan pakar edit video (teaser, corporate).

Aktif memberi khidmat konsultansi berkaitan kesihatan dan nutrisi semenjak 2013.

Terlibat membantu lebih 3000 orang peserta untuk kurus dari rumah (online coaching) semenjak 2015.

Sumbangan kepada masyarakat :

1. Sponsor coaching untuk buat blog/website bernilai RM500 (terhad untuk 2000 orang sahaja).
2. Sponsor coaching kurus dari rumah bernilai RM250 (untuk 30orang setiap bulan).

Kedua-dua program masih dijalankan. Sila contact jika berminat.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here