masterlatif.com
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
No Result
View All Result
  • Login
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
No Result
View All Result
masterlatif.com
No Result
View All Result
Home KESIHATAN & KECANTIKAN

6 Tips Maintain Berat Kekal Kurus Semasa Raya | Kurus Dari Rumah

June 20, 2017
in KESIHATAN & KECANTIKAN, KURUS DARI RUMAH, Lifestyle
Reading Time: 4 mins read
2.3k
SHARES
3k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

6 Tips Maintain Berat Kekal Kurus Semasa Raya | Kurus Dari Rumah

Anda masih nak makan macam-macam semasa hari raya dan pada masa yang sama nak kawal berat supaya tak naik berganda?

Berikut adalah tips dan panduan ringkas yang digunapakai oleh peserta Kurus Dari Rumah untuk main berat sepanjang raya.

POST BERKAITAN

5 Tanda dan Gejala Kekurangan Omega-3

Kesan Sampingan Dialisis

  1. BACK TO THE BASICS | Faham dan ingat tentang kalori masuk dan kalori keluar.

6 tips maintain berat kekal kurus semasa raya kurus dari rumah master latif com md latiff

Rujuk sini : https://masterlatif.com/asas-kawal-turun-naik-berat-kurus-dari-rumah/

 

2. TAHU BERAPA BMR ANDA | Ini wajib. Taknak ambil tahu, tak payah cakap pasal turun berat sendiri.

6 Tips Maintain Berat Kekal Kurus Semasa Raya

Nak turun berat, makanlah pada paras BMR anda.
Nak maintain berat, makan pada paras DCR.
Nak naik berat, makan lebih daripada DCR.

 

3. CATAT DAN KIRA | Kekal In-charge dan kawal hidup sendiri.
Mesti tahu dan kawal hidup kita. Bukan biarkan semuanya secara default.

6 tips maintain berat kekal kurus semasa raya kurus dari rumah master latif com md latiff

Kawal apa yang masuk dalam mulut kita.
Kalau ini pun taknak kawal, macam mana nak kawal berat?

Sentiasa catat. Tak payah segan. Be happy untuk catat kat smartphone dan have fun dengan habit tu.

Sebahagian besar kawan-kawan akan rasa kagum dan diam-diam admire anda yang mula ambil tahu apa yang dimakan.

Contoh :
2 biji Almond London
1 ketul ayam bakar

Sebab, anda perlu kira berapa jumlah masuk. Takkan nak terpinga-pinga tak tau je kan..

Boleh kira masa tu (lagi bagus), boleh kira kemudian.
Yang penting, catat dulu. Sebab..

1 biji Almond London = 110kcal
2 biji dah 220kcal. Kalau belasah 20 biji?
Selamba tambah 2200kcal.

Alah.. bukan 20 biji pun celah gigi je, bukan kenyang pun kan..
1 rumah 20 biji, kena 5 rumah?

Belum kira air manis lagi, air bergas bagai.. entah berapa gelas telan pun tak tahu.
Kalau masuk ketupat rendang? Kuih dan biskut lain?(Ok, kira juga).

Kalau tubuh anda perlukan 3000kcal sehari, beraya satu rumah je dah boleh buat kalori masuk lebih dari keperluan harian.

6600kcal yang tak guna dan tersimpan akan jadi 1kg lemak.

Kalau 1 hari terlebih 1100kcal tak keluar balik, 6 hari dah naik 1kg.
Kekal macam tu, 32 hari (sebulan raya) 4-5kg naik. Silap-silap lebih agaknya.

So, catat dulu sebab kita akan belajar kawal dan buang balik tenaga lebihan tu.

 

4. BAKAR SEMULA | Pandai makan, pandai simpan..
Eh, tak tak tak.. gunalah semula tenaga tu, jangan simpan ok.

6 tips maintain berat kekal kurus semasa raya kurus dari rumah master latif com md latiff

Penggunaan tenaga untuk aktiviti harian kita adalah DCR.

Jadi, sekurang-kurangnya anda perlu bakar supaya tak simpan tenaga lebih dari DCR untuk maintain berat.

Kalau event siang, waktu malam tu workout lah..
Kalau event malam, bangun awal esoknya dan burn calorie sebelum subuh.
Senang kata, beri masa untuk workout. Stop excuse, berhenti bagi alasan. Buat je dulu..

Dalam 1 jam setengah jogging, anda mungkin bakar dalam 300kcal.
Ini anggaran sebab nak spesifik kena ikut kelajuan dan berat seseorang.

Kalau 1 jam setengah High Intensity Interval Training (HIIT), anda mungkin bakar dalam 600kcal.

Ikut rekod peserta di bawah saya sebelum ini, mereka boleh capai 600kcal tu dalam sekitar 60 minit.

Memang diakui, HIIT lebih cepat burn more calories berbanding aerobik dalam masa lebih singkat.

Malah, HIIT ada faktor bina otot dan mudah dapat afterburn effects (body bakar tenaga ektra walaupun selepas berhenti workout).

Untuk perempuan, otot akan jadi lebih firm dan bentuk body lebih cun.
Untuk lelaki, otot akan jadi lebih besar dan keras.

Topik afterburn effects dan otot saya buka lain kali.

 

5. KURANG & ELAK | Perkara utama ini akan mengganggu proses turun dan boleh menyebabkan mudahnya berat naik.

6 tips maintain berat kekal kurus semasa raya kurus dari rumah master latif com md latiff

Kita sebenarnya perlu pilih “kualiti makanan”.
Workout bagai nak gila tapi makan tak jaga, hancur juga.

Ini adalah topik besar yang akan saya kongsi kemudian.
Apapun, ini adalah panduan ringkas untuk memudahkan anda alert.

  1. Bergula
  2. Bergaram
  3. Berminyak
  4. Bersantan (masakan)
  5. Bergoreng

Cuba minimumkan sebaik mungkin ye.

 

6. MAKAN DAN MERASA, BUKAN MELANTAK | Simple, makan tu makanlah juga untuk rasa dan menikmati juadah tapi bukan melantak hokey..

6 tips maintain berat kekal kurus semasa raya kurus dari rumah master latif com md latiff

Haa.. mudah je kan..
6 point je buat masa ni supaya mudah ingat.
Yang lain, sambung kemudian.

Pandai makan, pandai bakar.
Atau beragak-agaklah semasa makan tu.

Ada kemusykilan?
Boleh tinggalkan komen dan persoalan kat bawah ye..

 

Tips Maintain Berat Kekal Kurus Semasa Raya Kurus Dari Rumah master latif com md latiff
MD LATIFF | KURUS DARI RUMAH | HEALTH & FITNESS | COLLABORATION & SPONSORSHIP
Contact us : 
| facebook.com/masterlatifcom
| instagram.com/masterlatifcom
| youtube.com/masterlatif
| masterlatif.com/whatsapp
| masterlatif.com/telegram

Share958Tweet539

Related Posts

5 Tanda dan Gejala Kekurangan Omega-3
KESIHATAN & KECANTIKAN

5 Tanda dan Gejala Kekurangan Omega-3

February 1, 2021
Kesan Sampingan Dialisis
BUAH PINGGANG

Kesan Sampingan Dialisis

February 1, 2021
Apakah CoQ10 dan Fungsinya
KESIHATAN & KECANTIKAN

Apakah CoQ10 dan Fungsinya

November 4, 2020
Load More
Next Post

Berbuka Puasa di Ketuk-ketuk Rasa Desa, Kelab Eksekutif Klang

Tragedi Raya ke-2 - Kereta Terbalik, Pemandu Merangkak Keluar

Discussion about this post

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 152k Subscribers
Join Bisnes Online

Join Sekarang

20 Tahun Ambil Ubat Kencing Manis Tapi Masih Tak Sembuh

February 23, 2018

75 Manfaat Berbekam Untuk Tubuh

August 29, 2018

Infografik Difteria

March 20, 2018

Arang Aktif – Activated Charcoal

June 8, 2019 - Updated on October 12, 2020
5 Tanda dan Gejala Kekurangan Omega-3

5 Tanda dan Gejala Kekurangan Omega-3

February 1, 2021
Load More
Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

June 26, 2020
14 Kebaikan dan Manfaat ESP Shaklee

14 Kebaikan dan Manfaat ESP Shaklee

June 23, 2020 - Updated on February 12, 2021

Lebih 2 Juta Rakyat Malaysia Dijangka Menganggur Ekoran Covid-19

June 4, 2020 - Updated on June 26, 2020

POPULAR

  • Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    6323 shares
    Share 2554 Tweet 1570
  • Shaklee Penyumbang Kepada Israel / Zionis ?

    2234 shares
    Share 894 Tweet 559
  • 11 Perkara Yang Membatalkan Wudhu

    3021 shares
    Share 1220 Tweet 750
  • Bukti Keturunan Firaun Masih Lagi Berkuasa Hingga Hari Ini

    2663 shares
    Share 1065 Tweet 666
  • Senarai SWIFT Code Bank Di Malaysia

    2303 shares
    Share 979 Tweet 552
masterlatif.com

Bisnes Online | Kesihatan & Kecantikan | Nutrisi & Vitamin | Tutorial & Review

Contact Me Here :

Like | Follow | Subscribe

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 152k Subscribers
  • About
  • Contact
  • Advertise
  • Privacy & Policy

© 2021 masterlatif.com

No Result
View All Result
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK

© 2021 masterlatif.com

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In