7 Pembohongan Ibu Bapa Kepada Doktor Yang Merawat Anak Mereka

0
50

7 Pembohongan Ibu Bapa Kepada Doktor Yang Merawat Anak Mereka master latif com md latiff

7 Pembohongan Ibu Bapa Kepada Doktor Yang Merawat Anak Mereka

7 Pembohongan Ibu Bapa Kepada Doktor Yang Merawat Anak Mereka | Doktor ini kongsikan pembohongan biasa oleh ibu bapa berkaitan anak mereka.

Dengan berbohong, anda merisikokan kesihatan dan nyawa anak yang mungkin menyebabkan kematian.

Hak membuat keputusan itu hak anda, tetapi biar doktor beri nasihat terlebih dahulu, sebelum anda buat keputusan.

Berikut diceritakan oleh seorang doktor, Deborah M. Burton, MD :

Beberapa kajian telah mendokumentasikan bahawa 28% pesakit mengakui berbohong kepada doktor mereka.

Pengalaman peribadi saya menunjukkan bahawa peratusan mungkin lebih tinggi untuk ibu bapa yang berbohong kepada doktor tentang anak-anak mereka.

Malah, terdapat kumpulan ibu bapa yang mengakui ada situasi di mana adalah lebih baik untuk berbohong kepada pakar kanak-kanak.

Saya minta maaf, tetapi saya tidak bersetuju. Kejujuran mestilah dijadikan matlamat setiap interaksi dengan doktor.

Jika anda merasakan anda perlukan doktor yang percaya kepada kaedah rawatan anda fikirkan sesuai, sila dapatkan doktor lain. Tetapi jangan bohong.

 

1. Anak saya dah makan (cuba) semua jenis ubat yang disenaraikan..

Saya seorang pakar jadi, apabila saya melihat apa jenis ubat-ubatan doktor lain yang telah berikan, saya memahami tahap masalahnya.

Ramai ibu bapa melupakan nama ubat dan dos, tetapi ia sangat penting.

 

2. Saya bagi anak ubat ikut arahan..

Mengaku bahawa anda menghentikan antibiotik lebih awal dapat memberikan maklumat yang tidak ternilai.

Doktor mungkin memilih untuk memberi ubat yang sama dan bukannya membuat keputusan bahawa ubat tersebut tidak berkesan.

Juga, sila maklum bahawa anda hanya beri ubat alergi apabila gejala-gejala itu benar-benar berlaku dan bukan setiap hari semasa sepanjang tempoh yang ditetapkan.

Ini akan membantu saya untuk mengelakkan daripada saya menguruskannya secara lebih agresif.

 

3. Sakit ni baru je lagi..

Gejala dan pun berlaku selama setahun, walaupun ia hanya simptom ringan, masih dikira sebagai gejala.

Kita perlu tahu bila waktunya masalah tersebut menjadi semakin teruk, bukan untuk menghakimi tindakan sebelum ini.

 

4. Tanda-tanda tu kecil dan sekali sekala je jadi..

Baiklah. Saya seorang pakar bedah.

Anda takkan bawa anak sekadar untuk penilaian untuk masalah ringan yang kadang-kadang berlaku.

Saya faham anda harap yang saya tak cadangkan untuk dilakukan pembedahan. Tapi saya perlukan fakta.

Walaubagaimanapun, anda perlu dengar dan faham kadangkala ada masalah tak dapat diselesaikan dengan hanya ubat-ubatan.

Ingat, anda berhak memilih untuk tidak menjalani pembedahan. Tetapi, anda perlu mendengar cadangan dan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum anda boleh menolaknya.

 

5. Anak saya tidak minum alkohol atau merokok..

Ini yang sangat biasa dilakukan. Doktor memberikan rawatan, mereka perlu tahu maklumat tepat.

Jika anda tidak berterus terang, anda hanya merumitkan keadaan. Cuma perlu bagitahu apa yang anda tahu.

 

6. Kadang-kadang je anak saya jugakan minyak terapi atau homeopati..

Kedua-dua ubat dan rawatan homeopati sering berasaskan tumbuhan yang sama.

Walaupun ubat-ubatan dihasilkan di makmal, struktur kimia boleh menyebabkan berlaku interaksi dengan rawatan homeopati anda. Jadi, kita perlu tahu.

 

7. Tak ada masalah kesihatan dalam keluarga..

Ini bukan perkara yang boleh diagak-agak, anda perlu semak betul-betul.

Jika anak anda perlu menjalani pembedahan dan terdapat sejarah pendarahan, dan kesukaran untuk sedar selepas diberikan bius, ia teramatlah penting untuk diketahui doktor.

Tidak ada kebaikannya untuk berbohong kepada doktor.

Lawatan anda sekejap sahaja, dan kemudian anda boleh buat pilihan sendiri. Cuma perlu diberi peluang untuk berikan cadangan berdasarkan fakta.

Like | Comment | Share | Subscribe

 

7 Pembohongan Ibu Bapa Kepada Doktor Yang Merawat Anak Mereka master latif com md latiff
MD. LATIFF
“BERI TUBUH NUTRISI YANG DIPERLUKAN DAN TUBUH AKAN MEMPERBAIKI DIRINYA SENDIRI DENGAN LEBIH BAIK.”

Facebook Comments

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *