masterlatif.com
No Result
View All Result
Friday, January 22, 2021
  • Login
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
No Result
View All Result
masterlatif.com
No Result
View All Result
Home Ebit Lew

Activated Charcoal Untuk Atasi Sakit Perut Di Musim Raya

2.3k
SHARES
3k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Activated Charcoal Untuk Atasi Sakit Perut Di Musim Raya | Ini adalah salah satu bekalan penting untuk atasi isu sakit perut seperti keracunan, cirit-birit atau masalah angin.

Activated Charcoal Untuk Atasi Sakit Perut Di Musim Raya

Apakah Activated Charcoal?

Charcoal atau arang biasanya dihasilkan daripada arang batu, kayu atau tempurung kelapa.

Activated charcoal ni sama juga seperti jenis arang yang lain.

Ia adalah sejenis serbuk halus berwarna hitam tanpa bau dan rasa yang digunakan untuk pelbagai jenis rawatan tertentu.

Activated charcoal telah digunakan sejak zaman purba untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuk keracunan.

Ciri-ciri penyembuhan yang dihasilkan oleh activated charcoal ini telah direkodkan sejak 1550 Sebelum Masihi oleh orang Mesir.

Activated Charcoal Untuk Atasi Sakit Perut Di Musim Raya

 

Bagaimana activated charcoal bertindak sebagai ubat?

Untuk menghasilkan activated charcoal (ataupun mengaktifkan arang), arang jenis biasa dipanaskan dengan suhu yang tinggi.

Proses pemanasan tersebut membentuk ruang atau liang pada struktur arang.

Liang yang terbentuk itu akan bertindak sebagai perangkap atau penyerap bahan kimia atau bahan kontaminasi.

Liang tersebut bertindak menghalang sesetengah jenis bahan kimia atau racun yang ditelan daripada diserap ke dalam badan oleh perut.

Activated charcoal bertindak dengan bergabung kepada bahan kimia atau toksin yang berada di dalam perut atau usus kecil.

Ini menyebabkan bahan tersebut terhalang dari meresap ke dalam tubuh.

Hasil gabungan activated charcoal dan bahan kimia atau toksin ini akan dikumuhkan melalui najis tanpa memudaratkan badan.

Ciri-ciri ini menyebabkan activated charcoal sangat berkesan untuk rawatan keracunan makanan, keracunan bahan kimia, cirit-birit, kembung dan sakit perut.

Activated Charcoal Untuk Atasi Sakit Perut Di Musim Raya

 

Apakah indikasi activated charcoal?

Di Malaysia, activated charcoal merupakan ubat yang digunakan untuk rawatan keracunan makanan atau cirit-birit.

Selain dari itu, activated charcoal juga digunakan untuk rawatan keracunan disebabkan oleh ubat-ubatan, racun bukan organik, atau bahan kimia yang ditelan secara sengaja atau tidak sengaja.

Activated charcoal bertindak memperlahankan penyerapan racun atau bahan kimia tersebut.

 

Apakah jenis activated charcoal yang terdapat di Malaysia?

Ada dua jenis activated charcoal dalam pasaran Malaysia iaitu:

  1. Activated charcoal dalam bentuk tablet, 250mg setiap tablet
  2. Activated charcoal dalam bentuk serbuk

Activated Charcoal Untuk Atasi Sakit Perut Di Musim Raya

Activated Charcoal Untuk Atasi Sakit Perut Di Musim Raya

 

Dos Activated Charcoal

Dos adalah bergantung kepada keperluan rawatan.

Activated charcoal kadangkala diberi sebagai satu dos berasingan atau diberikan dalam beberapa dos bergantung kepada keperluan rawatan.

Ini bergantung kepada pakar perubatan bagi membolehkan rawatan paling optimum diberikan kepada pesakit.

Untuk rawatan cirit-birit atau keracunan makanan;

500mg hingga 1g activated charcoal diberikan kepada pesakit dan diulang pengambilan sekerap 3 atau 4 kali sehari.

Kanak-kanak diberikan separuh dari dos orang dewasa.

Jika tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan penyerapan ubat-ubatan, tumbuhan, racun bukan organik dan bahan kimia dalam kes keracunan, activated charcoal dalam bentuk serbuk perlu dibancuh terlebih dahulu sebelum diberikan kepada pesakit.

Rawatan dalam bentuk ini biasanya diberikan di hospital sahaja. Dos bergantung kepada keperluan rawatan.

 

Keselamatan dan keberkesanan serta kesan sampingan yang mungkin dialami apabila mengambil activated charcoal.

Bagi orang dewasa, activated charcoal adalah selamat jika diambil untuk tempoh yang singkat.

Pengambilan activated charcoal secara berterusan mungkin boleh menyebabkan sembelit, najis bertukar kepada warna hitam.

Kesan sampingan yang serius termasuklah usus tersumbat, muntah dan dehidrasi (kekurangan air).

 

PERHATIAN DAN AMARAN

Wanita mengandung dan menyusukan bayi

Wanita mengandung dan menyusukan anak perlu berhati-hati jika mengambil activated charcoal.

Activated charcoal adalah selamat jika diambil untuk tempoh masa yang singkat.

Walau bagaimanapun, adalah amat digalakkan untuk berbincang terlebih dahulu dengan doktor atau ahli farmasi sebelum memulakan pengambilan activated charcoal.

Masalah sistem penghadaman atau pergerakan makanan di dalam usus perlahan:
Jangan ambil activated charcoal jika anda mengalami sebarang masalah dengan sistem penghadaman dan pencernaan.

Activated charcoal tidak boleh diambil jika pesakit mengalami masalah pergerakan usus yang perlahan berbanding normal melainkan jika dinasihatkan oleh doktor.

 

Interaksi dengan ubat-ubatan dan makanan

Interaksi di antara ubat dan activated charcoal

  1. Jangan ambil activated charcoal bersama-sama dengan sirap ipecac (yang mungkin terkandung dalam sediaan ubat batuk). Activated charcoal akan menyebabkan keberkesanan sirap ipecac berkurang.
  2. Minuman beralkohol juga menyebabkan keberkesanan activated charcoal berkurang.
  3. Memandangkan activated charcoal bertindak menyerap bahan kimia termasuk ubat dan toksin, ini menyebabkan keberkesanan ubat-ubatan yang sekiranya diambil bersama-sama akan berkurangan. Bagi mengelakkan daripada keadaan ini berlaku, jarakkan pengambilan antara activated charcoal dan ubat-ubatan lain sekurang-kurangnya satu hingga dua jam.

Selain dari itu, activated charcoal juga bertindak ke atas ubat-ubatan seperti Acarbose, carbamazepine, digoxin, frusemide, olanzapine dan phenytoin.

Activated charcoal bertindak mengurangkan kadar penyerapan ubat seterusnya menyebabkan ubat menjadi tidak berkesan.

Oleh yang demikian, pengambilan activated charcoal pada waktu yang sama dengan ubat-ubatan lain perlu dielakkan.

Interaksi di antara makanan dan activated charcoal

Makanan seperti aiskrim, susu dan sorbet boleh mengurangkan keberkesanan aktiviti activated charcoal untuk menyerap bahan toksin.

 

Nasihat untuk Pengguna

Di Malaysia, activated charcoal boleh dibeli di farmasi tanpa memerlukan preskripsi.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami keracunan makanan, tertelan bahan kimia berbahaya atau pengambilan ubat berlebihan dos segera dapatkan nasihat perubatan dengan segera di hospital atau klinik.

Untuk sebarang kemusykilan berkaitan activated charcoal hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800-88-6722(NPCC).

pusat panggilan farmasi kebangsaan


 

Rujukan :

  1. Activated Charcoal retrieved on 27th April 2016 from http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-269-activated/charcoal.aspx?activeingredientid=269&
  2. Activated Charcoal from http://www.mayoclinic.org/search/search-results?q=charcoal-activated-oral-route
  3. Activated Charcoal, MOH Drug Formulary
  4. Activated Charcoal retrieved on 27th April 2016 from http://www.emedicinehealth.com/activated_charcoal/page2_em.htm
Tags: activated charcoalarang aktifcharcoalsakit peruttips atasi sakit perut
mdlatiff

mdlatiff

Related Posts

Apakah CoQ10 dan Fungsinya
KESIHATAN & KECANTIKAN

Apakah CoQ10 dan Fungsinya

November 4, 2020
Mengapa Anda Memerlukan Vitamin C
KESIHATAN & KECANTIKAN

Mengapa Anda Memerlukan Vitamin C

November 4, 2020
Puluhan Ubat Darah Tinggi Disahkan Beracun dan Ditarik Balik Dari Pasaran 01
KESIHATAN & KECANTIKAN

80 Ubat Darah Tinggi Disahkan Beracun dan Ditarik Balik Buang Sekarang !!

July 2, 2020 - Updated on July 8, 2020
Apa Itu Telomere?
NUTRISI & VITAMIN

Apa Itu Telomere?

June 30, 2020 - Updated on October 12, 2020
Supplement Deniers
NOTA AKHIR ZAMAN

Supplement Deniers

June 29, 2020
30 Kebaikan Omega 3 Omega Guard Untuk Kesihatan Tubuh
NUTRISI & VITAMIN

30 Kebaikan Omega 3 Omega Guard Untuk Kesihatan Tubuh

June 27, 2020 - Updated on October 12, 2020
Next Post

Seribu Bintang Alleycats Lirik Lagu Video

Discussion about this post

RECOMMENDED

Kajian Mendapati 68% Kanak-kanak Melaporkan Kesan Sampingan Pemakaian Topeng (Jerman)

Kajian Mendapati 68% Kanak-kanak Melaporkan Kesan Sampingan Pemakaian Topeng (Jerman)

January 21, 2021
Kekurangan Makanan dan Musibah Kelaparan?

Kekurangan Makanan dan Musibah Kelaparan?

December 7, 2020
  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 148k Subscribers

MOST VIEWED

  • Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    4818 shares
    Share 1952 Tweet 1194
  • 11 Perkara Yang Membatalkan Wudhu

    2797 shares
    Share 1131 Tweet 694
  • Bukti Keturunan Firaun Masih Lagi Berkuasa Hingga Hari Ini

    2472 shares
    Share 989 Tweet 618
  • Beginikah Rupa Bentuk Sebenar Sulur Bidar Lagenda Tasik Kenyir ?

    2398 shares
    Share 964 Tweet 598
  • 2 Cara Mudah Untuk Membezakan SD Card Original atau Tiruan

    2452 shares
    Share 1038 Tweet 589
masterlatif.com

Bisnes Online | Kesihatan & Kecantikan | Nutrisi & Vitamin | Tutorial & Review

Contact Me Here :

Like | Follow | Subscribe

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 148k Subscribers
  • About
  • Contact
  • Advertise
  • Privacy & Policy

© 2020 masterlatif.com

No Result
View All Result
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK

© 2020 masterlatif.com

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In