masterlatif.com
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
No Result
View All Result
  • Login
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
No Result
View All Result
masterlatif.com
No Result
View All Result
Home

Adakah Selamat Untuk Pesakit Buah Pinggang Menggunakan Ubat Herba?

2.2k
SHARES
3k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Adakah Selamat Untuk Pesakit Buah Pinggang Menggunakan Ubat Herba

Adakah Selamat Untuk Pesakit Buah Pinggang Menggunakan Ubat Herba

Saya ada kenal dengan seorang pesakit buah pinggang yang menerima rawatan dialysis secara kekal di sini, yang mengatakan beliau mengambil ubat herba singse. 

Ubatan herba tersebut dikatakan mampu menyembuhkan buah pinggang. Singse tersebut juga mengatakan telah banyak pesakit dialysis sembuh dengannya.

Pada waktu itu, pesakit sudah bertahun-tahun melakukan dialysis. 3 kali seminggu. Malah, semenjak awal mula menjalani rawatan beliau sudahpun berapa pada tahap end stage (peringkat akhir).

End stage ni maksudnya, buah pinggal dan totally tak boleh sembuh lagi. Rosak secara total dan sudahpun mengecut. Hanya boleh survive dengan melakukan dialysis secara berjadual atau mendapat buah pinggang yang baru (transplant).

Apa yang sering berlaku, pesakit berhenti makan ubat yang dibekalkan oleh pakar perubatan dan memilih alternatif secara total.

Bukan begitu caranya. Itu boleh membuatkan kesihatan bertambah buruk.

Ya, beliau mengaku tidak ambil ubatan dari doktor langsung. Herba pula lebih mahal kosnya.

Herba yang dimaksudkan di sini adalah gabungan yang dijadikan sebagai ubat. Bukan semata-mata tumbuhan herba yang biasa dibuat masak atau minum seperti kebiasaan.

Kalau nak buat rawatan alternatif, teruskan ambil ubat-ubatan. Add-ons dengan rawatan alternatif yang sesuai jika mahu (tak boleh suka-suka dan perlu kaji).

Adjust timing pengambilan, kena tau apa reaksi makanan tambahan tersebut dan apa reaksi ubat moden.

Contoh : Ubat cair darah dengan makanan tambahan yang juga memberi kesan cairkan darah, tak boleh makan serentak atau pengambilan tu berselang 2 jam dan sebagainya.

Pastikan (sungguh-sungguh pastikan) bahawa nutrisi / khasiat herba tidak memberi kesan buruk kepada anda. Ketahui apa yang boleh, apa yang tak boleh.

Jika rawatan alternatif memberi kesan positif, pada sesi pemeriksaan kesihatan seterusnya doktor sendiri akan membentangkan laporan kesihatan. Waktu itu, boleh berbincang tentang pengurangan dos ubatan sedia ada.

Kadang-kadang, manusia gunakan perkataan “ramai” tapi sebenarnya mungkin seorang sahaja. Atau juga mungkin tiada langsung pun. Mohon berhati-hati.

Memang ada kemungkinan pesakit yang menjalani rawatan dialysis boleh sembuh dan tak perlu rawatan lagi. Tetapi perlu diketahui mereka sebelum itu di tahap apa.

Kerosakan tahap 4 masih ada peluang sembuh dan memang ada yang sembuh. Tetapi end stage is the end. Tak boleh patah balik lagi.

Jadi, kalau anda berada pada tahap 1, 2, 3 dan 4 serta berhasrat untuk pulih sila lakukan dialysis mengikut jadual, jaga pemakanan dengan sangat baik dan consume ubat yang dibekalkan. Aktif secara fizikal seperti bersenam (ikut bersesuaian).

Jika anda lakukan ini, sedikit demi sedikit tahap kesihatan anda akan meningkat dan buah pinggang boleh kembali pulih.

 

Ubat-ubatan herba harus dielakkan oleh individu yang mempunyai penyakit ginjal dan pesakit dialysis. Kerana mungkin terdapat interaksi yang tidak diingini dengan ubat yang ditetapkan atau kesan sampingan yang lain.

Sentiasa dapatkan maklumat dari pegawai kesihatan anda atau ahli farmasi sebelum mengambil apa-apa ubat herba atau sebarang ubat-ubatan yang tidak diketahui.

Isunya, bukan tentang herba itu bagus atau tidak bagus tetapi ginjal ada mempunyai masalah besar untuk menapis dengan baik. Inilah yang akan menyebabkan pelbagai masalah lain timbul kerana ketidakcekapan buah pinggang bekerja.

Malah, nutrisi yang pada asalnya adalah bagus untuk anda boleh menjadi racun kerana ianya berada pada tahap berlebihan tanpa dapat dikumuhkan segera.

BACA : Kempen Selamatkan Buah Pinggang Sebelum Rosak Total

Like | Comment | Share | Subscribe

10 Tanda Awal Anda Mungkin Mengidap Sakit Buah Pinggang master latif com md latiff
MD. LATIFF
Persatuan Kebajikan Pesakit Buah Pinggang, Telok Panglima Garang.

mdlatiff

mdlatiff

Related Posts

Kesan Sampingan Dialisis
BUAH PINGGANG

Kesan Sampingan Dialisis

February 1, 2021
KESIHATAN & KECANTIKAN

80 Ubat Darah Tinggi Disahkan Beracun dan Ditarik Balik Buang Sekarang !!

July 2, 2020 - Updated on July 8, 2020
Ubat Kencing Manis Metformin Penyebab Kanser dan Rosakkan Buah Pinggang Sah Ditarik Balik
KESIHATAN & KECANTIKAN

Ubat Kencing Manis Metformin Penyebab Kanser dan Rosakkan Buah Pinggang Sah Ditarik Balik

June 15, 2020 - Updated on June 24, 2020
Load More
Next Post

Vitamin Semulajadi vs Vitamin Sintetik

Discussion about this post

RECOMMENDED

Increasing the PHP Memory Limit of Your Website

February 8, 2021

How to Increase PHP Time Limit for a WordPress Site?

February 8, 2021
  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 152k Subscribers

MOST VIEWED

  • Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    6323 shares
    Share 2554 Tweet 1570
  • Bagaimana Pesakit Buah Pinggang Stage 4 Bebas Dialisis Tanpa Pembedahan

    2222 shares
    Share 889 Tweet 555
  • 3 Punca Utama Keluarga Tak Bahagia Dan Tak Seronok – Ebit Lew

    2300 shares
    Share 978 Tweet 551
  • 11 Perkara Yang Membatalkan Wudhu

    3021 shares
    Share 1220 Tweet 750
  • Zombie Adalah Pahlawan dan Raja Islam

    2285 shares
    Share 972 Tweet 547
masterlatif.com

Bisnes Online | Kesihatan & Kecantikan | Nutrisi & Vitamin | Tutorial & Review

Contact Me Here :

Like | Follow | Subscribe

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 152k Subscribers
  • About
  • Contact
  • Advertise
  • Privacy & Policy

© 2021 masterlatif.com

No Result
View All Result
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK

© 2021 masterlatif.com

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In