Amanat Haji Hadi Difatwakan Sebagai Bercanggah Dengan Islam
7 April 1981, Hj Hadi Awang telah mengeluarkan fatwa yang menggesa jihad / lawan / perang ke atas UMNO kerana mengatakan UMNO menyokong undang-undang penjajah / kafir.
Pemahamannya ialah, Malaysia bukan negara Islam dan rakyat perlu jihad untuk tubuhkan negara Islam.
Siapa yang mati, adalah mati syahid.
16 Julai 1981, ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia, Ibrahim Libya ingin melakukan pemberontakan kesan daripada Amanat Hadi.
Dr. Mahathir mengarahkan PDRM untuk menahan Ibrahim Libya tetapi berlaku penentangan di kampung Memali, Kedah.
Berlaku ketegangan, penentangan dan tembak menembak yang mengorbankan anggota polis dan pihak polis mempertahankan diri membalas serangan.
Ibrahim Libya beserta beberapa orang pengikutnya turut terbunuh.
Dr. Mahathir dipersalahkan sebagai pembunuh sehingga hari ini oleh pimpinan PAS.
Mereka juga mengatakan Amanat Hadi sesuai kerana ketika itu, Dr. Mahathir adalah pemimpin yang zalim.
Hari ini, Hj Hadi telah mengakui bahawa istilah negara Islam tidak wujud di dalam al-Quran.
Namun, Hj Hadi masih tidak menarik balik, tidak memperbetulkan, tidak meminta maaf, tidak membuat sebarang penjelasan walaupun ia sudah lebih 30 tahun berlalu dan majlis fatwa Malaysia telah memfatwakan bahawa Amanat Hadi adalah memecahbelahkan umat (tidak betul, salah, sesat).
Maka, kematian di Memali adalah kesalahan Hj Hadi dan ia bukanlah mati syahid.
Kesalahan sebenar yang berpunca dari Amanat Hadi tidak diketengahkan dan fitnah ke atas Dr. Mahathir ditekan serta diperbesarkan untuk mengalih perhatian, meraih simpati dan sokongan politik.
Akibat Amanat Hadi ini juga, PAS sehingga hari ini dengan mudah sering menjatuhkan hukum kafir dan sebagainya ke atas umat Islam yang lain sedangkan Islam melarang keras kafir mengkafir sesuka hati terhadap orang lain yang masih bersyahadah.
Discussion about this post