Anggaran Pengambilan Kalori Untuk Kurus Dari Rumah: Contoh 1
Kita akan jadikan diet kalori sebagai diet asas.
Dah guna dan faham yang asas, then baru ubahsuai.
BMR adalah Basal Metabolic Rate.
BMR ni adalah jumlah tenaga yang diperlukan organ tubuh seseorang untuk berfungsi. Otak, jantung, paru-paru, buah pinggang dan lain-lain organ.
BMR adalah asas tenaga yang perlu kita cover sepanjang hari. Anggap ini sebagai tenaga wajib / wajib makan banyak ni.
DCR adalah Daily Calorie Requirement.
DCR ni adalah jumlah tenaga harian seseorang menjalani kehidupan. Berjalan, berlari, menyuap makanan, memasak dan lain-lain.
Makan / tenaga masuk lebih dari DCR bermaksud akan berlaku deposit energy (lebihan tenaga untuk disimpan).
Makan / tenaga masuk kurang dari DCR bermaksud akan berlaku defisit energy (tubuh akan guna tenaga simpanan sedia ada seperti lemak untuk dibakar / digunakan).
Jadi, cadangan Kurus Dari Rumah ialah :
Makan di bawah DCR, lebih kurang paras-paras BMR.
Sekurang-kurangnya kita cover tenaga untuk organ pada hari tu untuk kurangkan risiko kegagalan organ sebab tak cukup tenaga.
Kalau otak gagal berfungsi sebab tak cukup tenaga, ada risiko otak ambil tindakan untuk “shutdown” yang menyebabkan seseorang itu koma.
Kita nak turun berat untuk sihat, bukan untuk makin sakit. Jadi, ambil tindakan bijak dan selamat.
Dengan kekurangan tenaga (glikogen – tenaga dari makanan hari tersebut) untuk bekerja, tubuh akan mula menggunapakai tenaga simpanan.
Secara perlahan-lahan tubuh akan mula ambil tenaga dari otot atau dari lemak.
Umumnya, hari demi hari akan berlaku pengurangan tenaga simpanan.
Dan kita tambah lagi pengurangan tu dengan bakar lemak melalui senaman.
1. Minum air secukupnya ikut cadangan yang diberikan.
2. Makan ikut nilai pembahagian tenaga.
Boleh tolak tarik sikit berdasarkan cadangan tersebut.
3. Dicadangankan untuk belajar ‘eat clean'.
Dah pandai sikit nanti, bolehlah modify pemakanan tu.
4. Karbohidrat utama seperti nasi,
dicadangkan waktu makan tengah hari sahaja.
5. Makan 5x sehari secara berjadual.
6. Cuba untuk lakukan senaman (sebanyak 500kcal / sesi).
Senaman mungkin berbeza mengikut tahap kesihatan dan kemampuan.
7. Untuk lebih rapat dengan progress, kiraan kembali akan dilakukan setiap 2 minggu.
MD LATIFF | 019-29 100 29
Coach Kurus Dari Rumah
Discussion about this post