masterlatif.com
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
No Result
View All Result
  • Login
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
No Result
View All Result
masterlatif.com
No Result
View All Result
Home kereta

Apa Itu Beguk, Punca, Simptom dan Cara Rawatan

March 20, 2018
in BEGUK, KESIHATAN & KECANTIKAN, PENYAKIT
Reading Time: 5min read
2.2k
SHARES
3.1k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Apa Itu Beguk, Punca, Simptom dan Cara Rawatan

Beguk selalu menjangkiti kanak-kanak.
Sebelum ini kita percaya bahawa penggunaan nila boleh merawat penyakit tersebut.

Tetapi kajian kini menunjukkan ia disebabkan virus dan boleh baik dengan sendirinya tanpa menggunakan nila

POST BERKAITAN

5 Tanda dan Gejala Kekurangan Omega-3

Kesan Sampingan Dialisis

 Istilah perubatan 

Mumps: Beguk
Patofisiologi: Bagaimana penyakit itu berlaku
Prognosis: Kesudahan penyakit
Masa Inkubasi: Jarak waktu bermula apabila terdedah dengan virus tersebut hinggalah simptom pertama muncul

 


 Pengenalan 

Beguk adalah jangkitan virus yang menyebabkan:
► Keradangan dan pembengkakan pada kalenjar air liur terutamanya kalenjar parotid.
► Ia juga mungkin menyebabkan selesema yang teruk tanpa simptom-simptom yang lain

Penyakit ini selalunya akan sembuh dengan sendirinya dalam waktu 10 hari.

Tetapi terdapat beberapa kes yang menyebabkan komplikasi seperti :
► Jangkitan pada selaput otak (meningitis)
► Keradangan pada testis (orchitis)
► Keradangan pada ovari (oophoritis)
► Keradangan pada pankreas

Terdapat vaksin untuk penyakit beguk (mumps) ini.

Di Malaysia, vaksin tersebut mengandungi 3 gabungan yang memberi perlindungan kepada 3 jenis kuman iaitu measles, mumps (beguk) dan rubella.

Di US pula, mereka sudah menggabungkan vaksin tersebut menjadi 4.

Gabungan yang ke-empat akan memberi perlindungan kepada virus varicella zoster yang menyebabkan penyakit ‘chicken pox’.

Pemberian vaksin yang telah dimulakan menyebabkan kadar jangkitan kuman disebabkan virus tersebut sudah menurun dengan banyak

 


 Patofisiologi 

Virus beguk disebarkan melalui titisan air yang berasal daripada saluran pernafasan.

Apabila seseorang bersin dan batuk ataupun mempunyai lelehan hingus, titisan air tersebut boleh berterbangan dan masuk ke dalam saluran pernafasan orang lain

Masa inkubasi adalah diantara 14-25 hari.

Virus beguk akan memasuki bahagian mulut dan hidung.
Ia akan melekat dan membahagi di dalam sel yang melapisi saluran itu.

Selepas itu, barulah virus ini akan dilepaskan di dalam darah dimana ia akan merebak pada organ-organ lain terutamanya kalenjar air liur.

Ketika mana ia merebak di kalenjar air liur, virus ini akan membahagi dengan banyaknya di bahagian saluran kalenjar air liur tersebut dan menyebabkan keradangan pada organ itu.

Ia juga boleh merebak pada organ lain seperti otak, pankreas, testis dan ovari.
Ini juga boleh menyebabkan organ-organ seperti berikut bengkak dan meradang.

Sebanyak 30-40% pesakit yang dijangkiti virus ini akan mempunyai bengkak pada kalenjar air liur terutamanya kalenjar parotid

Penyakit ini sangat mudah menjangkiti orang lain terutamanya pada waktu 3 hari sebelum simptom bermula sehinggalah 4 hari selepas bengkak pada kalenjar air liur semakin sembuh.

 


 Prognosis 

Prognosis bagi penyakit ini adalah bagus.
Sangat jarang untuk pesakit beguk mengalami komplikasi daripada penyakit ini.

Tetapi terdapat komplikasi yang berbahaya bagi penyakit ini iaitu jangkitan kuman pada otak.

Ia mencatatkan kematian sebanyak 1.4% jika seseorang mengalami komplikasi ini.

Ia juga boleh menyebabkan keradangan pada bahagian testis yang juga boleh menyebabkan kemandulan

 


 Punca 

Beguk disebabkan jangkitan virus yang berada di dalam kumpulan Paramyxovirus.
Hanya manusia sahaja yang menjadi perumah kepada virus ini.

Virus lain yang boleh menyebabkan keradangan pada kalenjar parotid adalah virus influenza, echovirus, parainfluenza dan Coxsackievirus A.

Jangkitan virus HIV dan cytomegalovirus juga boleh menyebabkan keradangan pada kalenjar parotid tetapi sangat jarang

Faktor risiko yang boleh mendedahkan diri kepada jangkitan ini adalah tidak cukup pemberian imunisasi, pergerakkan ke negara luar dan masalah sistem imun yang kurang aktif.

 


 Simptom 

Setelah beberapa hari terdedah dengan virus tersebut, pesakit akan melalui fasa prodromal (permulaan) dimana simptom yang terhasil tidak spesifik merujuk kepada penyakit beguk.

Simptom itu adalah:
► Demam yang tidak tinggi
► Rasa letih
► Sakit-sakit otot
► Sakit kepala
► Dalam fasa ini, kalenjar air liur masih tidak bengkak

Setelah melalui beberapa hari fasa prodromal, pesakit akan mula mempunyai simptom keradangan pada kalenjar air liur terutamanya kalenjar parotid.

Simptom-simptom tersebut adalah:
► Bengkak pada kalenjar parotid
► Sakit ketika makan

Selain daripada itu, pesakit mungkin akan mempunyai simptom yang lain jika terdapat komplikasi daripada jangkitan beguk seperti :

1. Meningitis (jangkitan kuman pada selaput otak)

► Sakit leher
► Otot leher yang tegang menyebabkan pesakit sukar untuk menoleh
► Sakit kepala yang kuat
► Sakit belakang ketika membongkok
► Demam

2. Orchitis (jangkitan kuman pada testis)

► Sakit pada bahagian testis
► Bengkak pada testis
► Kemerah-merahan

 


 Komplikasi 

Beberapa komplikasi yang boleh berlaku pada pesakit beguk adalah :

► Meningitis: Jangkitan kuman pada selaput otak
► Orchitis: Keradangan pada testis disebabkan jangkitan kuman.
Ia boleh menyebabkan kemandulan pada seseorang lelaki
► Oophoritis: Keradangan pada ovari disebabkan jangkitan kuman
► Pancreatitis: Keradangan pada pankreas disebabkan jangkitan kuman
► Myocarditis: Keradangan pada otot jantung

 


 Diagnosa-diagnosa lain 

Terdapat beberapa diagnosa lain yang menunjukkan ciri-ciri yang sama dengan penyakit beguk iaitu:

► Mastoiditis: Keradangan pada bahagian yang melapisi tulang mastoid di kawasan belakang telinga
► Sindrom Sjorgen
► Orchitis
► Epididymitis
► Encephalitis

 


 Penyiasatan 

Untuk mengesahkan seseorang itu mempunyai beguk ataupun tidak ia hanyalah berasaskan pemeriksaan klinikal sahaja.

Bermaksud dengan mengambil sejarah dan membuat pemeriksaan pada pesakit tanpa mengambil sampel daripada pesakit, seseorang doktor dapat mengesahkan dia menghidapi penyakit beguk.

Tetapi jika berlakunya wabak, sampel pada pesakit-pesakit tersebut perlu diambil untuk dibuat kajian.

Sampel-sampel yang selalu diambil adalah spesimen air daripada tekak, air kencing, darah dan juga sampel daripada pipi bahagian dalam mulut.

Sampel air tulang belakang juga akan diambil jika doktor suspek pesakit mempunyai jangkitan pada selaput otak (meningitis).

 


 Rawatan 

Kebanyakkan daripada kes beguk akan baik dengan sendirinya di rumah.

Tetapi pesakit yang mempunyai komplikasi seperti yang diterangkan di atas, dia mungkin perlu dimasukkan ke dalam wad.

Jika anak anda mempunyai beguk, anda perlu:

► Memberikan ubat untuk mengurangkan demam, sakit kepala dan juga sakit pada bahagian kelenjar air liur tersebut

► Memberi minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi. Kanak-kanak selalunya akan kurang minum air disebabkan bengkak dan sakit pada bahagian mulut mereka

► Gunakan bungkusan ais ataupun bungkusan pak air panas(terpulang kepada pesakit) untuk mengurangkan kesakitan. Letakkan tuala nipis pada bungkusan tersebut untuk melindungi kulit

► Tidak menghantar mereka ke sekolah ataupun pergi ke tempat awam

 

#masterlatifcom
Blogger | Vlogger | Reviewer


Rujukan:

  1. Caplan CE. Mumps in the era of vaccines. CMAJ. 1999 Mar 23. 160 (6):865-6
  2. Centers for Disease Control and Prevention. Recommended adult immunization schedule, by vaccine and age group – United States 2015. Centers for Disease Control and Prevention. Available at http://www.cdc.gov/vaccines/schedules/hcp/imz/adult.html. Accessed: September 28, 2015
  3. Saijo M, Fujita K. [Central nervous system infection caused by mumps virus]. Nihon Rinsho. 1997 Apr. 55 (4):870-5.
  4. Sonmez FM, Odemis E, Ahmetoglu A, Ayvaz A. Brainstem encephalitis and acute disseminated encephalomyelitis following mumps. Pediatr Neurol. 2004 Feb. 30 (2):132-4.
  5. McQuone SJ. Acute viral and bacterial infections of the salivary glands. Otolaryngol Clin North Am. 1999 Oct. 32 (5):793-811
  6. Hatchette TF, Mahony JB, Chong S, LeBlanc JJ. Difficulty with mumps diagnosis: what is the contribution of mumps mimickers?. J Clin Virol. 2009 Dec. 46 (4):381-3.
Tags: beguk
Share871Tweet543

Related Posts

5 Tanda dan Gejala Kekurangan Omega-3
KESIHATAN & KECANTIKAN

5 Tanda dan Gejala Kekurangan Omega-3

February 1, 2021
Kesan Sampingan Dialisis
BUAH PINGGANG

Kesan Sampingan Dialisis

February 1, 2021
Apakah CoQ10 dan Fungsinya
KESIHATAN & KECANTIKAN

Apakah CoQ10 dan Fungsinya

November 4, 2020
Load More
Next Post
Kencing Berbuih Punca dan Apa Yang Perlu Dilakukan

Kencing Berbuih Punca dan Apa Yang Perlu Dilakukan

16 Amalan Yang Boleh Dilakukan Wanita Semasa Haid Atau Nifas

Discussion about this post

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
Join Bisnes Online

Join Sekarang
5 Tanda dan Gejala Kekurangan Omega-3

5 Tanda dan Gejala Kekurangan Omega-3

February 1, 2021

Arang Aktif – Activated Charcoal

June 8, 2019 - Updated on October 12, 2020

7 Tips Elak dan Atasi Sakit Perut Semasa Raya (2019)

July 7, 2017
Tips Diet untuk Kanser Payudara

Tips Diet untuk Kanser Payudara

June 26, 2020 - Updated on October 12, 2020

Diet Ikut Jenis Darah Adakah Betul ?

September 21, 2017
Load More
Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

June 26, 2020
14 Kebaikan dan Manfaat ESP Shaklee

14 Kebaikan dan Manfaat ESP Shaklee

June 23, 2020 - Updated on February 12, 2021

Lebih 2 Juta Rakyat Malaysia Dijangka Menganggur Ekoran Covid-19

June 4, 2020 - Updated on June 26, 2020

POPULAR

  • Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    5588 shares
    Share 2260 Tweet 1387
  • 11 Perkara Yang Membatalkan Wudhu

    2895 shares
    Share 1170 Tweet 719
  • Bukti Keturunan Firaun Masih Lagi Berkuasa Hingga Hari Ini

    2550 shares
    Share 1020 Tweet 638
  • 2 Cara Mudah Untuk Membezakan SD Card Original atau Tiruan

    2505 shares
    Share 1060 Tweet 602
  • 11000 Pages of Evidence Filed in Landmark 5G Case Against the FCC, Hearing Set for Jan. 25

    2278 shares
    Share 911 Tweet 570
masterlatif.com

Bisnes Online | Kesihatan & Kecantikan | Nutrisi & Vitamin | Tutorial & Review

Contact Me Here :

Like | Follow | Subscribe

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • About
  • Contact
  • Advertise
  • Privacy & Policy

© 2021 masterlatif.com

No Result
View All Result
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK

© 2021 masterlatif.com

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In