masterlatif.com
No Result
View All Result
Saturday, January 16, 2021
  • Login
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
    • DIARI KEBUN
    • PEMBEKAL AYAM HALAL
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
    • DIARI KEBUN
    • PEMBEKAL AYAM HALAL
No Result
View All Result
masterlatif.com
No Result
View All Result
Home KESIHATAN & KECANTIKAN

Apakah CoQ10 dan Fungsinya

November 4, 2020
in COQ10 JANTUNG, COQ-TROL PLUS, KESIHATAN & KECANTIKAN, NUTRISI & VITAMIN, SUPLEMEN
Reading Time: 6min read
2.1k
SHARES
3k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
18 / 100
coq10 coenzyme q10 coq trol shaklee
Coenzyme Q10 Penting Untuk Kekuatan Jantung

CoQ10 adalah sejenis bahan yang hampir sama macam vitamin, boleh didapati di setiap sel badan.  Tubuh kita menghasilkan CoQ10.  Sel-sel kita guna CoQ10 untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk pertumbuhan dan penyelenggaraan sel.

Coenzyme Q10 juga berfungsi sebagai antioksidan, yang melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh molekul berbahaya. Radikal bebas.

POST BERKAITAN

Penyembuhan Tubuh Semulajadi Dengan Mendengarkan Bunyi-bunyian Alam

Mengapa Anda Memerlukan Vitamin C

CoQ10 hadir secara semulajadi dalam kuantiti yang sedikit di dalam pelbagai jenis makanan. Kuantiti CoQ10 paling banyak kita boleh dapat di dalam organ dalaman seperti jantung, hati dan ginjal, daging lembu, minyak soya, sardin, makarel dan kacang tanah.

Coenzyme Q10 membantu enzim-enzim lain berfungsi untuk mencerna makanan dan melaksanakan proses badan yang lain. CoQ10 membantu melindungi jantung dan otot rangka.

Apakah Kegunaan CoQ10? Apa Fungsi CoQ10?

heart doctor masterlatif.com 01

Banyak tuntutan dibuat tentang CoQ10. CoQ10 dapat membantu kegagalan jantung, serta kanser, distrofi otot (otot lemah dan hilang fleksibiliti), dan penyakit periodontal (penyakit gusi). CoQ10 juga membantu tingkatkan tenaga dan tambah kelajuan ketika bersenam. Sesetengah orang mengambil CoQ10 untuk membantu mengurangkan kesan ubat-ubatan tertentu pada jantung, otot, dan organ-organ lain.

CoQ10 Untuk Kegagalan Jantung

Sekiranya anda mengalami kegagalan jantung, berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang suplemen. Tidak ada bukti kukuh bahawa vitamin atau suplemen lain dapat membantu merawat kegagalan jantung. Mereka digunakan bersama-sama dengan rawatan kegagalan jantung secara perubatan, bukannya rawatan.

Tetapi kita masih boleh mendengar dan terbaca tentang suplemen CoQ10 dan kegagalan jantung. CoQ10 belum pasti untuk melegakan gejala kegagalan jantung. Hanya beberapa kajian menunjukkan CoQ10 membantu gejala kegagalan jantung(1).

CoQ10 Untuk Kanser

Pada tahun 1961, saintis mendapati bahawa mereka yang mempunyai kanser mempunyai sedikit CoQ10 dalam darah mereka. Kajian mendapati paras CoQ10 dalam darah yang rendah pada mereka yang menghidap myeloma, limfoma, dan kanser (payudara, paru-paru, prostat, pankreas, kolon, buah pinggang, kepala dan leher). Sesetengah kajian menunjukkan bahawa CoQ10 membantu sistem imun dan mungkin berguna sebagai rawatan sekunder untuk kanser.

  • CoQ10 mampu menghalang ubat antikumor doxorubicin daripada merosakkan hati.
  • Tiga kajian mengkaji penggunaan CoQ10 bersama dengan rawatan konvensional untuk kanser. Tiga kajian ke atas 41 wanita dengan kanser payudara. Dalam setiap kajian, kesemua 41 wanita yang terlibat dalam kajian tersebut bertambah baik.

Tetapi Institut Kanser Kebangsaan (NCI) menilai kekuatan bukti untuk kajian ke atas CoQ10 dan kanser di atas sebagai lemah(2).

Lain-lain kegunaan CoQ10 adalah untuk atasi penyakit gusi, masalah otot dan tempoh pemulihan untuk ahli sukan.

Bagaimana CoQ10 Berfungsi?

  • Nutrien larut dalam lemak yang terdapat dalam hampir semua sel. Untuk mengekalkan tenaga yang mencukupi bagi melaksanakan fungsi tubuh, mitokondria (kilang tenaga untuk sel) menukarkan lemak dan nutrien lain kepada sumber tenaga yang boleh digunakan oleh sel. Proses penukaran ini memerlukan kehadiran CoQ10.
  • Sebagai “coenzyme,” CoQ10 juga membantu enzim lain untuk mencerna makanan dengan betul.
  • CoQ10 tidak hanya perlu untuk menghasilkan tenaga selular, tetapi juga untuk melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang berbahaya. CoQ10 sebagai antioksida.
  • Coenzyme Q10 boleh wujud dalam tiga keadaan pengoksidaan yang berlainan, dan keupayaan dalam beberapa bentuk untuk menerima dan menyumbang elektron adalah ciri kritikal dalam fungsi biokimia yang membolehkan CoQ10 menghalang kerosakan radikal bebas.
  • Sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 dapat meningkatkan penyerapan nutrien penting lain. Kajian menunjukkan bahawa CoQ10 membantu mengitar semula vitamin C dan vitamin E, memaksimumkan kesan vitamin dan antioksida yang sedia ada di dalam badan.
  • Walaupun tubuh mempunyai keupayaan untuk membua CoQ10 sendiri, penghasilannya merosot asbab penuaan. Kita perlu ambil lebih banyak CoQ10, secara semula jadi dalam dari diet kita, dan juga dari suplemen berkualiti tinggi.

Siapa Perlu Ambil CoQ10?

Menurut kajian yang dilakukan oleh Oregon State University, sintesis semulajadi CoQ10, dengan pengambilan makanan seimbang, dapat mencukupkan keperluan nutrien pada orang yang sihat – namun, penghasilan CoQ10 dalam tubuh kita berkurangan sepanjang proses penuaan.

Keupayaan semulajadi kita untuk menukarkan CoQ10 ke dalam bentuk aktifnya yang disebut ubiquinol menurun semasa proses penuaan. Penurunan ini paling jelas pada mereka yang berumur 40 tahun ke atas, terutama yang mengambil ubat statin. Mereka yang menghidap kencing manis, kanser dan kegagalan jantung kongestif juga cenderung kepada kekurangan coenzyme Q10.

Atas alasan ini, CoQ10 disyorkan untuk kebanyakan orang yang mengalami masalah jantung. Ini termasuk mereka yang ada:

  • Sejarah serangan jantung atau penyakit jantung koronari
  • Kolesterol tinggi (terutama ketika mengambil ubat statin!)
  • Tekanan darah tinggi
  • Atherosclerosis
  • Angina
  • Injap mitral prolaps

Di samping menyokong sistem kardiovaskular yang sihat, apa lagi fungsi CoQ10 untuk semua?

  • Membantu kurangkan keletihan dan tingkatkan stamina
  • Pertahanan terhadap radikal bebas dan tanda-tanda penuaan yang tipikal, termasuk kehilangan otot dan perubahan kulit
  • Mengembalikan kekuatan antioksida, termasuk vitamin E dan vitamin C
  • Menstabilkan gula darah
  • Menyokong gusi yang sihat
  • Mengurangkan distrofi otot
  • Membantu merawat gangguan kognitif, termasuk penyakit Parkinson dan Alzheimer
  • Membantu dalam peningkatan metabolik pada pesakit dengan gangguan mitokondria keturunan
  • Membantu merawat kanser, ketidakseimbangan hormon, diabetes, virus dan jangkitan

Selamatkah Penggunaan CoQ10 ni?

Dos yang dicadangkan adalah 100mg CoQ10 sehari.

Pengambilan 100mg atau lebih sehari. Setengah orang akan mengalami kesukaran untuk tidur.

Pengambilan 300mg CoQ10 sehari untuk jangkamasa yang panjang. Peningkatan enzim hati. Namun tiada keracunan/toxicity hati dilaporkan.

Kesan sampingan lain termasuk ruam, loya, sakit perut bahagian atas, pening, sensitif kepada cahaya, kerengsaan, sakit kepala, pedih ulu hati, dan keletihan.

Ubat untuk kolesterol tinggi (statin) dan ubat-ubatan yang menurunkan gula darah menyebabkan penurunan tahap CoQ10 dalam badan dan mengurangkan kesan suplemen CoQ10. CoQ10 dapat mengurangkan tindak balas badan terhadap efek nipis darah dari ubat warfarin dan boleh mengurangkan keperluan insulin pada orang yang menghidap kencing manis.

Jadi, selamatkah pengambilan suplemen CoQ10 ni? Pengambilan mengikut dos harian yang telah di tetapkan akan memperbaiki tahap kesihatan seseorang. InSyaaAllah selamat untuk semua. Sekiranya anda ada mengambil ubatan dari hospital, bincang dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang suplemen sebagai tambahan.

Suplemen CoQ10 Berkualiti Tinggi

10 Manfaat Coq10 Coq Trol Plus
Manfaat CoQ10 CoQ-Trol Plus

CoQ-Trol Plus Shaklee melengkapkan keperluan harian CoQ10 anda. Hanya dengan pengambilan sebiji sehari untuk kesihatan menyeluruh yang lebih baik.


projek buat duit rm3500 bulanan master latif com 720x180 018.3
Your trusted Shaklee Independent Distributor. 018-4024608 | Latif

Kelebihan join Shaklee bersama RYG-AMG
+ Group utama ramai doktor, nurse dan ahli farmasi, social media influencer dan sangat aktif. +
Sharing dan soal jawab tentang kesihatan, nutrisi / suplemen setiap hari.
Sharing dan coaching bisnes online dari rumah setiap hari.

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?

Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA, HARGA PRODUK TERBAIK DAN PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
Contact : (018-4024608)
Click to Whatsapp | Click to Telegram

Tags: jantung
Share854Tweet534

Related Posts

Penyembuhan Tubuh Semulajadi Dengan Mendengarkan Bunyi-bunyian Alam
REPAIR DNA

Penyembuhan Tubuh Semulajadi Dengan Mendengarkan Bunyi-bunyian Alam

November 4, 2020
Mengapa Anda Memerlukan Vitamin C
KESIHATAN & KECANTIKAN

Mengapa Anda Memerlukan Vitamin C

November 4, 2020
Puluhan Ubat Darah Tinggi Disahkan Beracun dan Ditarik Balik Dari Pasaran 01
KESIHATAN & KECANTIKAN

80 Ubat Darah Tinggi Disahkan Beracun dan Ditarik Balik Buang Sekarang !!

July 2, 2020 - Updated on July 8, 2020
Apa Itu Telomere?
NUTRISI & VITAMIN

Apa Itu Telomere?

June 30, 2020 - Updated on October 12, 2020
Supplement Deniers
NOTA AKHIR ZAMAN

Supplement Deniers

June 29, 2020
30 Kebaikan Omega 3 Omega Guard Untuk Kesihatan Tubuh
NUTRISI & VITAMIN

30 Kebaikan Omega 3 Omega Guard Untuk Kesihatan Tubuh

June 27, 2020 - Updated on October 12, 2020
Next Post
The Eyes of Darkness – Dean Koontz 1981 Menceritakan Tentang Senjata Biologi Wuhan-400

The Eyes of Darkness - Dean Koontz 1981 Menceritakan Tentang Senjata Biologi Wuhan-400

Operasi Mockingbird, Asal-usul Berita Palsu – Tell-a-Lie-Vision

Operasi Mockingbird, Asal-usul Berita Palsu - Tell-a-Lie-Vision

Discussion about this post

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 147k Subscribers
Join Bisnes Online

Join Sekarang
Healing Crisis Adakah Anda Alami Krisis Penyembuhan?

Healing Crisis Adakah Anda Alami Krisis Penyembuhan?

June 17, 2017 - Updated on July 6, 2020

Senggugut Teruk Sangat Berbahaya !

September 18, 2017

3 Cara Berkesan Atasi Gastrik Tanpa Ubat

February 21, 2018
Tips Diet untuk Kanser Payudara

Tips Diet untuk Kanser Payudara

June 26, 2020 - Updated on October 12, 2020

Apakah Diet Kalori ?

September 25, 2017
Load More
Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

June 26, 2020
14 Kebaikan ESP Shaklee

14 Kebaikan ESP Shaklee

June 23, 2020 - Updated on October 12, 2020
hilang kerja

Lebih 2 Juta Rakyat Malaysia Dijangka Menganggur Ekoran Covid-19

June 4, 2020 - Updated on June 26, 2020

POPULAR

  • Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    4719 shares
    Share 1913 Tweet 1169
  • Bukti Keturunan Firaun Masih Lagi Berkuasa Hingga Hari Ini

    2458 shares
    Share 983 Tweet 615
  • BeeTalk Umum Hentikan Perkhidmatan dan Ditutup

    2400 shares
    Share 1018 Tweet 576
  • Cara Paling Mudah Untuk Akses Laman Web Yang Kena Block Video

    2230 shares
    Share 906 Tweet 552
  • 11 Perkara Yang Membatalkan Wudhu

    2777 shares
    Share 1123 Tweet 689
masterlatif.com

Bisnes Online | Kesihatan & Kecantikan | Nutrisi & Vitamin | Tutorial & Review

Contact Me Here :

Like | Follow | Subscribe

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 147k Subscribers
  • About
  • Contact
  • Advertise
  • Privacy & Policy

© 2020 masterlatif.com

No Result
View All Result
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
    • DIARI KEBUN
    • PEMBEKAL AYAM HALAL

© 2020 masterlatif.com

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In