
Dalam dunia moden hari ini, perkataan suplemen adalah sesuatu yang biasa kita dengari dalam perbualan harian.
Boleh juga dikatakan setiap beberapa bulan sekali, akan muncul produk suplemen baru di pasaran tempatan. Samada ianya adalah formula baru mahupun formula sedia ada yang diperbaharui.
Apakah yang dimaksudkan dengan suplemen?
Perkataan suplemen adalah diadaptasi dari supplement dalam bahasa Inggeris yang bermaksud tambahan.
Sesuatu yang ditambah untuk melengkapkan suatu perkara atau menambah baik suatu perkara.
Jika dalam konteks perbualan berkaitan pemakanan dan kesihatan, biasanya yang dimaksudnya adalah “makanan tambahan” (dietary supplement).
Makanan yang diambil untuk melengkapkan pengambilan nutrisi dalam pemakanan harian seseorang atau untuk menambah nilai khasiat dalam pemakanan
Suplemen dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
- Semulajadi (natural) atau juga dikenali sebagai ‘whole food supplement’ yang diekstrak daripada tumbuhan, buah-buahan atau haiwan.
- Buatan atau sintetik yang dihasilkan daripada campuran bahan-bahan kimia di makmal.
Suplemen semulajadi mempunyai komposisi yang sangat sesuai dengan tubuh manusia.
Suplemen sintetik pula adalah bahan yang dicipta di makmal untuk meniru fungsi atau khasiat dari extrak bahan semulajadi. Produk-produk ciptaan makmal sintetik ini, sebahagiannya tidak diterima oleh tubuh sebagaimana jika ianya adalah dari bahan semulajadi.
Sebagai contoh : vitamin c atau asid askorbik



Menurut laporan kajian yang pada 1954 yang mana ia masih terpakai sehingga hari ini, terdapat kes scurvy (kekurangan vitamin c) yang mana tubuh pesakit tidak memberikan tindak balas terhadap dos vitamin c sintetik.
Jadi, secara ringkasnya ini membuktikan bahawa khasiat atau nutrisi dari ektrak semulajadi lebih efektif diserap oleh tubuh berbanding bahan sintetik (ciptaan/buatan).
Setiap tubuh manusia adalah berbeza keadaan pada setiap situasi. Secara umumnya, kita tidak tahu kadar penyerapan nutrisi harian tubuh.
Jadi, pengambilan makanan tambahan adalah amat digalakkan untuk membantu kita melengkapi keperluan harian tubuh masing-masing dalam diet seharian. Di mana makanan tambahan sumber semulajadi mempunyai nilai yang lebih baik berbanding makanan tambahan sintetik.
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Suplemen
Berkaitan: VITAMIN C
Rujukan lain:
1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3847730/
Discussion about this post