masterlatif.com
No Result
View All Result
Saturday, January 16, 2021
  • Login
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
    • DIARI KEBUN
    • PEMBEKAL AYAM HALAL
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
    • DIARI KEBUN
    • PEMBEKAL AYAM HALAL
No Result
View All Result
masterlatif.com
No Result
View All Result

Aplikasi YouTube Di Android Anda Tak Berfungsi?

Berikut adalah apa yang boleh anda lakukan untuk memperbaikinya

Home Ebit Lew
2.1k
SHARES
3k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi YouTube Di Android Anda Tak Berfungsi?

Aplikasi YouTube Di Android Anda Tak Berfungsi

YouTube adalah platform video dalam talian terbesar di dunia dengan lebih daripada 1.5 bilion pengunjung  setiap bulan.

Sekitar 400 jam kandungan dimuat naik setiap minit, dan lebih daripada satu bilion jam video ditonton setiap hari.

Jadi, apa yang anda lakukan bila aplikasi YouTube anda tidak berfungsi?

Google melakukan tugas yang baik untuk memastikan YouTube berfungsi setiap masa, tetapi akan berlaku waktu di mana ia menghadapi isu.

Malangnya, Youtube tak termasuk dalam dashboard status Aplikasi Google, jadi sukar untuk menentukan sama ada hanya anda yang alami masalah tersebut atau juga orang lain.

Cadangan paling mudah ialah terus hantar aduan kepada mereka seperti Twitter.

Akaun rasmi Twitter untuk @TeamYouTube umumnya akan memberi maklum balas bagaimana mengatasi isu-isu yang berlaku.

 


Untuk laman Youtube, salah satu cara nak tau samada hanya kita bermasalah atau orang lain juga ada isu yang sama adalah dengan semak di sini downforeveryoneorjustme.com/youtube.com.

Tapi ini hanya akan ada laporan untuk laman web sebenar dan bukan aplikasi.

Jadi, kalau laman web ok dan paparan video yang tiada, mungkin sebab-sebabnya adalah seperti berikut :

 


Laman web ok ! Tolong saya

Kita anggap semuanya di laman web adalah ok, ada beberapa isu biasa yang menganggu.

Video tak keluar. Ini paling tak best lah sebab memang kita buka Youtube untuk tonton video lah kan..

Berikut adalah beberapa isu dan  senarai untuk baiki Android anda dan juga untuk komputer (Chrome browser).

 


Youtube Tak Berfungsi – Cara Baiki Untuk Peralatan Android

Aplikasi YouTube Di Android Anda Tak Berfungsi

Fix nombor 1: Restart peralatan anda

Banyak masalah yang berkaitan dengan telefon pintar boleh selesai restart semula peralatan.

Ini menutup aplikasi yang berjalan di latarbelakang, yang mungkin menyebabkan masalah yang anda alami.

Ia penyelesaian mudah dan pantas yang hanya mengambil masa satu hingga dua minit.

jika anda mendapati YouTube tidak berfungsi, hanya tekan dan tahan butang kuasa pada peranti dan tekan pilihan mula semula yang muncul pada skrin.

Selepas telefon pintar dihidupkan semula, buka aplikasi YouTube dan semak apakah masalah telah diselesaikan.

Arahan langkah demi langkah :

Langkah 1: Tekan dan tahan butang kuasa beberapa ketika.
Langkah 2: Pilih restart pada skrin.
Langkah 3: Cuba guna aplikasi youtube selepas ia dihidupkan kembali.

 


Fix nombor 2: Semak talian internet anda

Semak talian internet anda

Antara sebab video di Youtube tak dapat dimainkan, mungkin disebabkan isu sambungan.

Jika anda melihat YouTube tak berfungsi, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah semak sama ada anda disambungkan ke internet dengan betul. Buka menu tetapan – Wi-Fi atau rangkaian selular.

Sekiranya tidak, anda baru sahaja menemui masalah itu.

Tetapi jika anda tersambung, cuba cari sesuatu di Google untuk melihat jika anda sebenarnya mempunyai akses ke internet.

Dalam sesetengah kes, anda mungkin disambungkan ke rangkaian Wi-Fi tetapi masih tiada akses internet kerana pelbagai sebab – masalah dengan router, atau ada kerja-kerja yang dilakukan menggukan talian tersebut yang menyebabkan talian kurang lancar untuk anda.

Sekiranya anda boleh mencari di Google dan melakukan tugas berkaitan internet lain kecuali melawat YouTube, sambungan itu bukan isunya.

Arahan langkah demi langkah :

Langkah 1: Bukan menu setting pada peralatan anda.
Langkah 2: Sambungkan ke Wi-Fi atau rangkaian penyedia (jika belum).
Langkah 3: Buka app Youtube dan cuba mainkan video.

 

Putuskan talian dan sambung semula (disconnect dan connect) mungkin membantu terutama jika sebelum itu talian dari penyedia pernah terputus atau berlaku reset talian pada router.

 


Fix nombor 3: Kemaskini sistem pengoperasian

Ada faktor kecil YouTube tidak berfungsi mungkin disebabkan oleh versi Android yang tidak dikemaskini.

Buka menu tetapan pada peranti anda, pilih “Kemaskini sistem” dan muat turun kemas kini jika tersedia.

Perlu diingat bahawa bergantung kepada peranti anda, “Kemaskini sistem” mungkin terletak di bawah pilihan “Perihal telefon” dalam menu tetapan.

Sebaik sahaja anda memuat turun kemas kini, tekan butang Pasang dan biarkan peranti reboot.

Kemudian buka YouTube dan semak untuk melihat apakah masalah masih berlaku.

Arahan langkah demi langkah :

Langkah 1: Buka menu settings pada peranti.
Langkah 2: Cari dan tap pada “Kemaskini sistem” (system updates) yang mungkin ada dalam folder Tentang Peranti (About phone).
Langkah 3: Muat turun (download) dan pasang (install) kemaskini jika ada.

 


Fix nombor 4: Bersihkan (clear) cache dan data

Cache

Seterusnya adalah dengan membersihkan cache dan data YouTube.

Yang pertama padamkan data sementara.
Yang kedua hapuskan semua data aplikasi, termasuk pelbagai tetapan.

Buka menu tetapan pada peranti, tekan “Aplikasi” (apps) dan pilih YouTube.

Langkah seterusnya, pilih “Penyimpanan” (storage), yang akan membawa dua pilihan:

  1. Kosongkan data dan Kosongkan cache.
  2. Kosongkan cache dahulu dan periksa sama ada YouTube kini berfungsi sebagaimana yang sepatutnya. Jika tidak, kembali dan kosongkan data juga untuk melihat apakah itu menyelesaikan masalah.

Arahan langkah demi langkah :

Langkah 1: Buka menu settings pada peralatan.
Langkah 2: Tap pada “Aplikasi (app) dan pilih YouTube.
Langkah 3: Pilih “Penyimpanan” (Storage) dan tap pada “Bersihkan data/cache”.

 


Fix nombor 5: Semak tetapan tarikh dan masa

Walaupun kedengarannya pelik, tetapan tarikh dan masa boleh menjadi punca untuk isu berkaitan YouTube anda.

Pelayan Google mungkin mengalami masalah penyegerakan (syncing / sync) jika tetapan tidak betul.

Untuk membetulkannya, pergi ke tetapan peranti anda, pilih pada “Tarikh & masa”, dan pastikan pilihan “Tarikh & masa automatik” dihidupkan.

Jika ini tidak menyelesaikan masalah, beralih kepada penyelesaian seterusnya pada senarai ini.

Arahan langkah demi langkah :

Langkah 1: Buka tetapan pada peranti anda.
Langkah 2: Tap pada “Tarikh dan masa”.
Langkah 3: Hidupkan (turn on) fungsi “Automatic”.

 


Fix nombor 6: Kemaskini aplikasi Youtube

Kemaskini aplikasi Youtube

Perkara terakhir yang anda boleh cuba jika YouTube anda tidak berfungsi adalah untuk mengemas kini aplikasi YouTube pada peranti anda.

Untuk memeriksa sama ada kemaskini tersedia, buka aplikasi Google Play, pilih “Aplikasi & permainan saya” dari menu, dan semak jika YouTube berada pada senarai “Kemaskini”.

Sekiranya ya, tekan butang “Kemaskini” dan tunggu selama satu minit atau lebih untuk menyelesaikan proses tersebut.

Setelah itu selesai, lancarkan aplikasi YouTube untuk memeriksa sama ada semuanya adalah seperti sekarang.

Arahan langkah demi langkah :

Step 1: Buka Google Store.
Step 2: Tap pada “Aplikasi & pemainan saya”.
Step 3: Tap “Kemaskini” sebelah di YouTube jika ada.

 


Kami harap ini dapat menyelesaikan isu berkaitan YouTube anda pada peranti Android anda.

Masih terdapat pelbagai cara yang boleh anda cuba dan senarai ini hanya sebahagian daripada penyebab yang biasa berlaku.

Mana satu yang menyelesaikan isu anda? Beri tahu kami di dalam komen ye.

Terima kasih =)

mdlatiff

mdlatiff

Related Posts

WORDPRESS

Garcinia Cambogia – Selamat untuk Turun Berat Badan?

June 15, 2019

Cara Hilangkan Segera Sakit Perut Cirit-Birit Toksin atau Keracunan (makanan, dadah, alkohol)

January 21, 2019
VITA-E COMPLEX

PERCUMA – Template Youtube Thumbnails

January 16, 2019

Tip Hilangkan Bau Durian Berkesan Serta-Merta Confirm Tak Kantoi

January 14, 2019

Tips Tahan Nafsu Membeli-belah Secara Online

June 22, 2018

Tips dan Panduan Jika Minyak Kereta Melepasi Paras E !!

April 23, 2018
Next Post
Supplement Vivix Bantu Tubuh Perbaiki Fungsi Buah Pinggang Untuk Pesakit Buah Pinggang Stage 3

Supplement Vivix Bantu Tubuh Perbaiki Fungsi Buah Pinggang Untuk Pesakit Buah Pinggang Stage 3

Discussion about this post

RECOMMENDED

Kekurangan Makanan dan Musibah Kelaparan?

Kekurangan Makanan dan Musibah Kelaparan?

December 7, 2020
Operasi Mockingbird, Asal-usul Berita Palsu – Tell-a-Lie-Vision

Operasi Mockingbird, Asal-usul Berita Palsu – Tell-a-Lie-Vision

November 13, 2020
  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 147k Subscribers

MOST VIEWED

  • Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    4725 shares
    Share 1915 Tweet 1171
  • 11 Perkara Yang Membatalkan Wudhu

    2778 shares
    Share 1123 Tweet 690
  • Bukti Keturunan Firaun Masih Lagi Berkuasa Hingga Hari Ini

    2459 shares
    Share 984 Tweet 615
  • Beginikah Rupa Bentuk Sebenar Sulur Bidar Lagenda Tasik Kenyir ?

    2385 shares
    Share 959 Tweet 594
  • 2 Cara Mudah Untuk Membezakan SD Card Original atau Tiruan

    2441 shares
    Share 1034 Tweet 586
masterlatif.com

Bisnes Online | Kesihatan & Kecantikan | Nutrisi & Vitamin | Tutorial & Review

Contact Me Here :

Like | Follow | Subscribe

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 147k Subscribers
  • About
  • Contact
  • Advertise
  • Privacy & Policy

© 2020 masterlatif.com

No Result
View All Result
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
    • DIARI KEBUN
    • PEMBEKAL AYAM HALAL

© 2020 masterlatif.com

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In