masterlatif.com
No Result
View All Result
Tuesday, January 26, 2021
  • Login
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
No Result
View All Result
masterlatif.com
No Result
View All Result
Home Mobile Navigation

Bahaya Mengkafirkan Sesama Umat Islam

March 27, 2018
in ISLAM, TAZKIRAH
Reading Time: 5min read
2.1k
SHARES
3k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Bahaya Mengkafirkan Sesama Umat Islam | 

Bahaya Mengkafirkan Sesama Umat Islam

POST BERKAITAN

Semua Yang Berlaku Bukan Tentang Orang Lain

Apa Yang Terjadi Kan Terjadi

 

IMPLIKASI TAKFIR

Bagi TERTUDUH yang dihukum kafir; sekiranya benar dia telah kafir maka Umat Islam yang lain wajib melaknatnya, membencinya, menganggap hatinya terkunci, amalannya tergugur, kehinaan telah menimpanya, dia tidak akan diampunkan dan akan kekal dalam Api Neraka selama-lamanya bersama dengan orang-orang kafir yang lain.

Di samping itu, dia wajib dipisahkan daripada isterinya yang  Muslimah, dihukum bunuh kerana murtad, hartanya tidak akan diwarisi keluarganya yang Islam, jenazahnya tidak akan disolatkan dan dia tidak akan dikuburkan di perkuburan orang Islam.

Adapun implikasinya terhadap yang MENUDUH sekiranya tuduhannya  tidak benar; tuduhan kafir itu akan terpantul semula kepadanya.

Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:

﴿ أَيَّمَا رَجُلٍ قَالَ لأخِيهِ : يا كَافِر، فَقَدْ بَاءَ بِهَا أحَدَهُمَا إنْ كَانَ كَمَا قَالَ ، وَإلا رَجَعَتْ عَلَيْهِ  ﴾

“Barangsiapa berkata kepada saudaranya ‘Wahai kafir’, maka pengkafiran itu akan kembali kepada salah seorang daripada mereka; sama ada ungkapan itu benar atau ia akan kembali kepadanya.”[1]

Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:

﴿ لا يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلا بِالفُسُوقِ ، وَلا يَرْمِيهِ بِالكُفْرِ إلا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ ، إنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ ﴾

“Tidaklah seseorang itu menuduh seorang yang lain sebagai fasik atau mengkafirkannya melainkan ia akan terpantul semula kepadanya sekiranya saudaranya tidak sebegitu.”[2]

Demi menjaga maruah sesama saudara seIslam, memelihara kesatuan Umat serta mengelak daripada berlakunya fitnah tuduh menuduh, Syariat Islam sangat bertegas dalam masalah mengkafirkan seseorang Muslim.

Hukuman kafir tidak boleh diambil mudah apatah lagi dilakukan secara terburu-buru, mengikut emosi, kerana perbezaan pendapat, pandangan politik dan seumpamanya.

Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:

﴿ مَنْ حَلَفَ بِمِلَّةِ غَيْرِ الاسْلامِ كَاذِبًا فَهُوَ كَمَا قَالَ ، وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَيْءٍ عُذِّبَ بِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ ، وَلَعْنُ المُؤمِنِ كَقَتْلِهِ ، وَمَنْ رَمَى مُؤْمِنًا بِكُفْرٍ فَهُوَ كَقَتْلِهِ ﴾

“Barangsiapa bersumpah dengan selain Islam (dengan tujuan) untuk berbohong (dalam sumpah itu) maka dia adalah seperti itu (terkeluar daripada Islam) dan barangsiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu (alat) itu maka dia akan diseksa dalam Api Neraka dengan (alat) itu juga; mencela orang yang beriman adalah umpama membunuhnya sebagaimana menuduh orang yang beriman sebagai kafir juga adalah umpama membunuhnya.”[3]

 


PENJELASAN PARA ULAMA TENTANG TAKFIR

 Berkata Imam Al-Ghazali, “Apa yang wajar dihindari adalah perbuatan mengkafirkan orang lain sedaya yang mungkin. Ini kerana perbuatan menghalalkan darah dan harta orang yang solat mengadap kiblat yang secara jelas mengucapkan ‘La ilaha illa Allah, Muhammad Rasulullah’ adalah satu kesalahan. Dan kesalahan membiarkan seribu orang kafir hidup jauh lebih mudah daripada  menumpahkan darah seorang Muslim.”[4]

Berkata Ibnu Abi Al-Izz Al-Hanafi, “Adalah sangat melampau untuk bersaksi ke atas  seorang individu bahawa Allah tidak akan mengampuninya mahupun merahmatinya, dan Allah akan mengekalkannya terus dalam Api Neraka. Ini kerana hukuman ini khas buat orang kafir sahaja sesudah dia mati.”[5]

Berkata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, “Tidak patut bagi seseorang untuk mengkafirkan orang Islam yang lain walaupun setelah dia melakukan kesalahan dan kesilapan melainkan dengan menegakkan hujjah terhadapnya terlebih dahulu serta memberi penjelasan kepadanya. Barangsiapa yang telah masuk Islam secara pasti, keIslamannya sama sekali tidak boleh ditarik balik dengan suatu yang diragui. KeIslamannya hanya akan gugur setelah hujjah ditegakkan dan syubhat dihapuskan.”[6]

Berkata Imam Al-Syaukani, “Ketahuilah bahawa seseorang Muslim itu tidak patut  menghukum seseorang Muslim yang lain sebagai terkeluar daripada Islam dan menjadi kafir melainkan dengan dalil jelas yang lebih jelas daripada matahari.”[7]

 


MENEGAKKAN HUJJAH

Syarak menuntut supaya kita yakin dan pasti ketika menjatuhkan apa jua hukum. Sama sekali tidak boleh bertindak atas prasangka dan tanggapan semata-mata tanpa mendapat kepastian terlebih dahulu. Apatah lagi di dalam masalah yang berat seperti mengkafirkan orang.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

﴿  وَمَاكُنَّا مُعَذَّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً‘ ﴾

“Dan tiadalah Kami (akan) mengazabkan sesiapapun melainkan setelah Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah agar hujjah dapat ditegakkan).”[8]

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam Surah Al-Hujurat ayat 12:

﴿يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمُُ ﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa.”

Oleh itu, demi memperoleh keyakinan dan memastikan keadilan, hujjah perlu ditegakkan dan penjelasan perlu diberikan ke atas seseorang yang melakukan perbuatan yang jelas boleh membuatkannya jatuh kafir.

Tiga syarat perlu dipastikan terlebih dahulu pada orang tersebut:

  1. Orang itu TAHU dan bukan JAHIL bahawa perbuatannya itu kufur;
  2. Dia SEDAR dan bukan TIDAK SEDAR;
  3. Dia RELA dan bukan TERPAKSA.

Dalil Syarat Pertama: Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, “Seorang lelaki yang telah lalai selama hidupnya ketika sedang nazak dia berkata kepada anak-anaknya, “Setelah aku mati nanti bakarlah jasadku, setelah itu hancur lumatkan jasadku dan lemparkan debunya ke udara. Demi Allah, sekiranya aku berdepan dengan Allah nanti aku akan diseksa dengan azab yang tidak terperi sakitnya.” Setelah dia mati, wasiatnya pun ditunaikan. Allah memerintahkan bumi menghimpunkannya semula dan tatkala lelaki itu dibawa ke hadapanNya, Allah bertanya kepadanya: Mengapa engkau berwasiat sedemikian? Jawabnya, “Kerana takut terhadapMu.” Maka Allah mengampuninya.[9]

Tanggapan bahawa Allah tidak akan mampu menghidupkan semula jasad yang telah dibakar dan ditebarkan ke udara setelah dihancur-lumatkan jelas kufur. Lelaki itu beranggapan sebegitu kerana dia jahiltetapi dalam masa yang sama dia beriman dengan Allah. Bahkan perasaan takutnya terhadap seksaan Allah lah yang telah membuatnya bertindak sedemikian. Atas sebab itu Allah mengampuninya.

Dalil Syarat Kedua: Kisah seorang lelaki yang keseorangan ketika dia kehilangan haiwan tunggangannya yang membawa makan minumnya di tengah padang pasir. Setelah berputus asa mencarinya dia baring terlelap di bawah teduhan sebuah pokoh. Dan tatkala dia bangun dia mendapati tunggangannya berdiri dihadapannya. Akibat terlalu gembira dia berkata, “Ya Allah! Engkau hambaku dan aku tuhanmu!”[10]

Kata-kata kufur ini sebagaimana dijelaskan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dimaafkan kerana ia dituturkan tanpa disedari oleh lelaki itu di kala dia terlalu gembira bertemu semula dengan tunggangannya.

Dalil Syarat Ketiga: Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

﴿ مَن كَفَرَ بِاللهِ مِن بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلاَّ مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِاْلإِيمَانِ ﴾

“Sesiapa yang kufur terhadap Allah sesudah dia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab daripada Allah), kecuali mereka yang dipaksa (melakukan kufur) sedangkan hatinya tenang tenteram dengan iman.”[11]

Perlu difahami bahawa tertegaknya hujah bukan hanya dengan menyampaikan hujah dan dalil semata-mata tetapi hendaklah dalam masa yang sama dipastikan bahawa individu itu memahami hujah dan dalil yang disampaikan itu.

Berkata Ibnu Taimiyah rahimahullah, “Begitulah halnya dengan kata-kata yang membawa kepada kekufuran. Barangkali individu yang mengucapnya tidak tahu itu adalah kufur. Barangkali penjelasan telahpun diberikan kepadanya tetapi masih belum dapat meyakinkannya atau dia tidak memahami penjelasan itu. Barangkali individu itu juga masih mempunyai syubhat-syubhat yang belum terjawab yang boleh dimaafkan oleh Allah.”[12]

 


MENGKAFIRKAN SESEBUAH MASYARAKAT ISLAM SECARA UMUM

Sekiranya Syarak menetapkan bahawa hujjah perlu ditegakkan terlebih dahulu sebelum hukuman kafir dapat dijatuhkan ke atas seseorang individu Muslim, maka jelaslah bahawa perbuatan mengkafirkan sesebuah kelompok masyarakat Islam secara pukul rata tanpa mengira sama ada:

  1. Mereka jahil atau berilmu;
  2. Mereka sedar atau tidak sedar;
  3. Mereka terpaksa atau rela;

adalah salah dan menyimpang daripada fahaman Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah.

Ini berdasarkan kepada perinsip dan dasar Ahli Sunnah Wal Jamaah yang membezakan antara:

1. Pelaku Perbuatan Kufur, dan;

2. Perbuatan Kufur itu sendiri.

Barangkali PERBUATANNYA KUFUR TETAPI PELAKUNYA BELUM TENTU LAGI kecuali setelah ditegakkan hujjah terhadapnya.

وَصلَّى الله عَلى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم


[1] Riwayat Bukhari dan Muslim.
[2] Riwayat Bukhari.
[3] Riwayat Bukhari.|
[4] الاقتصاد في الاعتقاد  hlm. 269.
[5] شرح الطحاوية (2/432).
[6] مجموع الفتاوى  oleh Ibnu Taimiyah (12/468).
[7] السيل الجرار (4/578).
[8] Al-Israa’, 15.
[9] Riwayat Bukhari dan Muslim.
[10] Hadis Anas bin Malik, riwayat Muslim no. 2747.
[11] Al-Nahl, ayat 106.
[12] مجوع الفتاوى oleh Ibnu Taimiyah (23/346).

 


subscribe for updates master latif com 3

Share857Tweet535

Related Posts

Seketul Daging Yang Disebut Hati Bermaksud Kalbu
NOTA SUFI

Semua Yang Berlaku Bukan Tentang Orang Lain

October 9, 2020
Terperangkap Dalam Sifat Kesombongan Siapa Lebih Benar
NOTA SUFI

Apa Yang Terjadi Kan Terjadi

October 9, 2020 - Updated on October 12, 2020
Seketul Daging Yang Disebut Hati Bermaksud Kalbu
NOTA SUFI

Terperangkap Dalam Sifat Kesombongan Siapa Lebih Benar

October 8, 2020 - Updated on October 9, 2020
Seketul Daging Yang Disebut Hati Bermaksud Kalbu
NOTA SUFI

Hidayah Itu Milik Allah

October 8, 2020
Seketul Daging Yang Disebut Hati Bermaksud Kalbu
NOTA SUFI

Seketul Daging Yang Disebut Hati Bermaksud Kalbu

October 8, 2020 - Updated on November 4, 2020
Masjid Indah Tetapi Kosong
NOTA AKHIR ZAMAN

Masjid Indah Tetapi Kosong

August 26, 2020 - Updated on October 28, 2020
Next Post

Larangan Melindungi Pengkhianat

Peristiwa Memali Dr. Mahathir dan PAS - Siapa Pembunuh Sebenarnya

Discussion about this post

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 148k Subscribers
Join Bisnes Online

Join Sekarang

Video Vitamin Semulajadi vs Vitamin Sintetik

September 12, 2017

Omega 3 Meningkatkan Perkembangan Visual dan Kognitif Bayi

January 31, 2019 - Updated on October 12, 2020

Pesakit Strok Sembuh Lebih Pantas Dengan Vivix

December 9, 2017 - Updated on October 12, 2020

Menu Sihat 66 | Butternut Squash Pasta

April 24, 2018

Basal Metabolic Rate BMR Calculator

June 13, 2017
Load More
Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

June 26, 2020
14 Kebaikan ESP Shaklee

14 Kebaikan ESP Shaklee

June 23, 2020 - Updated on October 12, 2020
hilang kerja

Lebih 2 Juta Rakyat Malaysia Dijangka Menganggur Ekoran Covid-19

June 4, 2020 - Updated on June 26, 2020

POPULAR

  • Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    4876 shares
    Share 1976 Tweet 1209
  • 11 Perkara Yang Membatalkan Wudhu

    2805 shares
    Share 1134 Tweet 696
  • BeeTalk Umum Hentikan Perkhidmatan dan Ditutup

    2423 shares
    Share 1027 Tweet 582
  • Bukti Keturunan Firaun Masih Lagi Berkuasa Hingga Hari Ini

    2484 shares
    Share 994 Tweet 621
  • Beginikah Rupa Bentuk Sebenar Sulur Bidar Lagenda Tasik Kenyir ?

    2400 shares
    Share 965 Tweet 598
masterlatif.com

Bisnes Online | Kesihatan & Kecantikan | Nutrisi & Vitamin | Tutorial & Review

Contact Me Here :

Like | Follow | Subscribe

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 148k Subscribers
  • About
  • Contact
  • Advertise
  • Privacy & Policy

© 2020 masterlatif.com

No Result
View All Result
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK

© 2020 masterlatif.com

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In