masterlatif.com
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
No Result
View All Result
  • Login
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
No Result
View All Result
masterlatif.com
No Result
View All Result
Home quran

Bank Dunia Ramal KDNK Malaysia 2020 Negatif 0.1%

March 31, 2020
in BERITA & SEMASA, COVID-19 Malaysia
Reading Time: 2 mins read
2.2k
SHARES
3k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Bank Dunia Ramal KDNK Malaysia 2020 Negatif 0.1%

Bank Dunia meramalkan Malaysia berdepan kemelesetan ekonomi bagi tahun 2020, dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dianggarkan pada kadar negatif (-) 0.1 peratus.

Dalam penerbitannya berjudul Kemas Kini Ekonomi Pasifik dan Asia Timur bulan April, Bank Dunia meramalkan hanya dua negara di Asia Tenggara yang mengalami pertumbuhan negatif, iaitu Malaysia dan Thailand.

POST BERKAITAN

Data CDC: 329 Kematian dan Lebih 9516 Kecederaan Lain Selepas Suntikan V.ksin C.v|d

Vaksin Boleh Menyebabkan Autism

Menurut Bank Dunia ramalan itu mengambil kira pertumbuhan Malaysia yang semakin perlahan sejak separuh kedua tahun 2019 dan sedang berdepan pula dengan gangguan ekonomi berskala besar, yang dijangka berlarutan sepanjang tahun.

“Amatlah penting untuk diketahui bahawa anggaran ini mempunyai darjah ketidakpastian yang tinggi, bergantung pada perkembangan pesat wabak, baik di dalam negara atau di peringkat global, serta polisi tindak balas susulan,” katanya.

Bank Dunia menjangkakan eksport bersih dan pelaburan mengecut pada 2020 sementara penggunaan swasta (private consumption) yang merupakan penggerak penting terhadap pertumbuhan negara, mengalami penguncupan daripada 7.6 peratus pada 2019 kepada 1.6 peratus tahun ini.

“Yang lebih signifikan adalah kehilangan pekerjaan dan pendapatan dijangkakan (berlaku) di kalangan golongan 40 peratus terbawah (B40), malah (turut berlaku) di kalangan 40 peratus pertengahan (M40).

“Bantuan ekonomi yang berkesan sangat bergantung terhadap bantuan sosial sedia ada yang teruji, seperti Bantuan Prihatin Rakyat dan program Bantuan Sara Hidup serta insurans sosial pekerjaan seperti KWSP dan Skim Insurans Pekerjaan,” kata Bank Dunia.

Selain cabaran ekonomi, Bank Dunia berkata Malaysia akan berdepan isu kestabilan politik ekoran perubahan kerajaan baru-baru ini dan kegiatan kewangan yang terbatas.

Bank Dunia Ramal KDNK Malaysia 2020 Negatif 0.1%

“Bantuan polisi kewangan yang lebih bersasar diperlukan untuk mengekang impak krisis terhadap isi rumah dan perniagaan yang melemah, selain meningkatkan keupayaan kesihatan awam.

“Keadaan bertambah rumit dengan kejatuhan harga komoditi yang akan menambah tekanan terhadap (batas) ruang fiskal dan seterusnya meningkatkan beban ke atas dasar kewangan sebagai kunci utama polisi,” jelas institusi itu lagi.

Walaupun Putrajaya telah memperkenalkan pelan rangsangan berjumlah RM250 bilion minggu lalu, suntikan fiskal langsung hanyalah sebanyak RM25 bilion, atau 1.26 peratus nilai KDNK bagi tahun 2019.

Putrajaya menjangkakan defisit belanjawan Malaysia akan bertambah kepada 4 peratus nilai KDNK bagi tahun 2020.

Tags: berita covid-19covidcovid-19
Share861Tweet537

Related Posts

Data CDC: 329 Kematian dan Lebih 9516 Kecederaan Lain Selepas Suntikan V.ksin C.v|d
BERITA & SEMASA

Data CDC: 329 Kematian dan Lebih 9516 Kecederaan Lain Selepas Suntikan V.ksin C.v|d

February 1, 2021 - Updated on February 5, 2021
Vaksin Boleh Menyebabkan Autism
NOTA AKHIR ZAMAN

Vaksin Boleh Menyebabkan Autism

January 25, 2021 - Updated on January 26, 2021
KESIHATAN & KECANTIKAN

80 Ubat Darah Tinggi Disahkan Beracun dan Ditarik Balik Buang Sekarang !!

July 2, 2020 - Updated on July 8, 2020
Load More
Next Post

IMF Ramal Ekonomi Global Meleset Teruk

Felda Tangguh Potongan Pendapatan Peneroka

Discussion about this post

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 152k Subscribers
Join Bisnes Online

Join Sekarang

Diet Ikut Jenis Darah Adakah Betul ?

September 21, 2017

Kick Start A New Year With ESP

January 1, 2019 - Updated on October 12, 2020

Body Mass Index BMI Calculator

June 13, 2017

Vitamin Yang Perlu Ditolak Oleh Pesakit Buah Pinggang

September 12, 2017

Video Vitamin Semulajadi vs Vitamin Sintetik

September 12, 2017
Load More
Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

June 26, 2020
14 Kebaikan dan Manfaat ESP Shaklee

14 Kebaikan dan Manfaat ESP Shaklee

June 23, 2020 - Updated on February 12, 2021

Lebih 2 Juta Rakyat Malaysia Dijangka Menganggur Ekoran Covid-19

June 4, 2020 - Updated on June 26, 2020

POPULAR

  • Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    6323 shares
    Share 2554 Tweet 1570
  • Shaklee Penyumbang Kepada Israel / Zionis ?

    2234 shares
    Share 894 Tweet 559
  • 11 Perkara Yang Membatalkan Wudhu

    3021 shares
    Share 1220 Tweet 750
  • Bukti Keturunan Firaun Masih Lagi Berkuasa Hingga Hari Ini

    2663 shares
    Share 1065 Tweet 666
  • Senarai SWIFT Code Bank Di Malaysia

    2303 shares
    Share 979 Tweet 552
masterlatif.com

Bisnes Online | Kesihatan & Kecantikan | Nutrisi & Vitamin | Tutorial & Review

Contact Me Here :

Like | Follow | Subscribe

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 152k Subscribers
  • About
  • Contact
  • Advertise
  • Privacy & Policy

© 2021 masterlatif.com

No Result
View All Result
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK

© 2021 masterlatif.com

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In