Kadang-kadang jeles dengan performance blog client sendiri.. lol 😝😂
Secara umum, orang nampak blog ni macam sama je. Just a blog.
Untuk tukang buat blog yang dah beratus blog disiapkan, bagi Latif setiap blog ni berbeza.
Lain sikit design, struktur kod pun jadi lain.
Ada keperluan tambah itu dan ini, lain juga jadinya.
Setiap perubahan ini kebiasaannya akan buatkan blog jadi makin ‘berat' atau makin slow nak loading. Dengan saiz gambar lagi.
Latif suka tweak website / blog untuk perform dengan baik.
Memang client tak minta, diorang tak tau dan tak kisah pun tapi Latif akan buat juga.
Sebab sentiasa ada rasa blog client, macam blog sendiri. So, memang layan tahap premium punya hahaha.. 😆
Macam blog baru ni, boleh load di bawah 1 saat lagi. Adoi.. serius jeles.
Tema / design premium memang akan perform lebih baik. Tambah lagi kalau pakai CDN, kalau server power.
Blog ni belum guna CDN, belum ajar kecikan saiz fail gambar supaya optimum lagi ni.
Blog Latif, setakat ni dah habis tweak dah sebab keperluan design, pemalam dan lain-lain. Kurangkan lagi pemalam boleh lagi ni tapi belum decide nak buang satu je lagi ni hehehe..😁
By the way, blog yang load laju akan lebih mudah naik rank Google ok.
Jadi, pastikan blog kita dioptimumkan untuk jadi selaju yang boleh.
#masterlatifcom
Blogger | Vlogger | Reviewer
Discussion about this post