Blogging Guna Smartphone dan Data Terhad
Blogging Guna Smartphone dan Data Terhad | Beberapa bulan saya coaching tentang blogging, antara rungutan yang saya selalu dapat ialah :
Susah nak blogging sebab hanya ada smartphone dan data yang terhad.
Ini membuatkan sebahagian orang tak berapa aktif berblogging.
Mana yang takde pc atau laptop. Mana yang laptop rosak lagi.
Hmm.. ok, sekarang saya sedang menaip menggunakan smartphone.
Masih lagi kita tak boleh judge orang lain punya susah senang.
Saya juga bukan nak judge, cuma nak tunjukkan yang boleh je berblogging guna smartphone dan data terhad.
Di samping tu, nak cari juga apakah lain-lain isu yang timbul bila guna smartphone dan data terhad supaya boleh analisa dan dapatkan penyelesaian.
Ok, saya baru je selesai basuh baju di dobi layan diri 24 jam di sini.
Mesin masih belum dibaiki dan tukang baiki cancel datang semalam sebab tak sempat.
InsyaAllah beberapa hari lagi beliau datang.
Dok minum sekejap kat kedai mamak sebelah dobi tadi sambil mencuba post di blog guna smartphone.
Tiba-tiba rasa sangat mengantuk dan rasa tak mampu nak bertahan.
So, habiskan air.. bayar.. masuk dalam kereta dan.. sambung menaip.
Ok, dah siap. Snap gambar sebagai gambar hiasan.
Nanti, saya akan kongsikan insyaAllah tips bagaimana anda juga boleh berblogging dengan baik walaupun guna smartphone dan data terhad sahaja.
K bai..
BACA : Apps Untuk Blogging Guna Smartphone
MD. LATIFF | BLOGGING
“Blogging itu mudah, menyeronokkan dan membolehkan anda untuk jana pendapatan pasif.”
“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.” (HR. Muslim no. 1631)
Discussion about this post