Boikot Israel Poster Dan Senarai Jenama dan Produk |
Alhamdulillah, secara personal Latif dan keluarga masih istiqamah melakukan kempen boikot semenjak bertahun dulu.
Apalah sangat jumlah dari sebuah keluarga kan tapi ini salah satu yang dapat dilakukan.
Walaupun burger Mc Donald’s memang favourite, tapi dah lama tinggalkan. Lagipun terbukti Mc Donald’s dulunya gunakan bahan ‘terbuang’ untuk dijadikan daging burger mereka.
Ini adalah fakta. Jamie Olliver telah menang saman ke atas Mc Donald’s makanan yang dianggap tak selayaknya dimakan oleh manusia.
Untuk rasa daging yang sedap macam tu, korang boleh try nugget daging Ramly. Pernah try?
Burger bakar pun daging tebal, sedap juga.. Oblong burger pun ok.
Hat ni kena cari gerai yang best lah. Kan bagus support peniaga tempatan.
Senarai yang dikeluarkan oleh inminds.com ni, berdasarkan kajian susur galurnya adalah terbukti menyumbang kepada dana untuk Israel.
Bukan main pulul rata sebab “pemilik perniagaan adalah Yahudi”, “ada ahli lembaga pengarah bangsa Yahudi” atau seumpamanya tak masuk senarai.
Yang utama adalah yang confirmed menyalurkan dana macam Mc Donald’s dan Starbuck’s.
Serius, sampai hari ni tak putus-putus orang dok update minum ‘kopi mahal’ Starbuck’s kan? Yelah, trend dan gaya hidup mewah lah kan..
Sedap sampai takde pilihan tu.. entah, tak pernah rasa, tak pernah cuba. Tak dapat nak judge. Terpulang masing-masing..
Ini senarai lama (2012) tapi masih lagi boleh jadi panduan.
Oh ya.. Inminds.com juga masih kekal aktif kemaskini dan berkempen boikot ekonomi Israel.
Mula je, takpe walaupun sekejap panas, sekejap sejuk, sekejap suam-suam kuku.
Dulu pun, Latif masih guna minyak petrol Shell sebab “rasa beza kualiti atas penggunaan sendiri.”
Nak support Petronas tapi entahlah.. sendiri bawa kereta boleh rasa cepat habis walaupun kadar penggunaan lebih kurang sama dengan petrol Shell.
Tapi sejak guna Petron, secara jujur rasa lagi jarak perjalanan jauh lebih lama (kalah Shell). Pandai-pandailah.. ini penggunaan dan pendapat peribadi.
Ok, ini poster senarainya dan korang boleh simpan dalam smartphone tu.
p/s : Boikot mana yang mampu.
Tak semestinya berapi-api nak boikot semua tapi lepas diorang buat kempen nak tarik pelanggan semua, habis cair.
Biar sikit tapi istiqamah.. ok 👌
Takpelah dapat buat satu dua dulu.
Bukan bias, tapi boikot mana yang mampu.
Rujukan : http://inminds.com/boycott-israel-2012.php
Update :
McDonald’s kalah saman dan telah ubah resipi daging mereka.
McDonald’s telah menerima kesan yang besar atas boikot yang dilakukan terutama di Malaysia.
Untuk memastikan survivality mereka, berlaku pengambilalihan dan perubahan dalam pengurusan McDonald’s di Malaysia (bermula 2015 McDonald’s di francais kan).
Francais ni di Malaysia dan Singapura.
Tempat lain tak tau berlaku francais atau masih kekal macam dulu.
McDonald’s Malaysia membuat kenyataan tidak ada lagi dan menolak penyaluran dana.
Alhamdulillah,
lihatkan bukti boikot sebenarnya salah satu cara berkesan untuk digunakan melawan tanpa senjata.
Teruskan boikot jenama yang masih berkaitan atas kapasiti masing-masing.
Yelah, mungkin ada yang insaf, mungkin ada jenama baru muncul yang support kan.
p/s :
Dalam Islam, tugas kita bukan menghukum sewenang-wenangnya.
Walaupun ia masih milik perniagaan Yahudi, tapi kita bukan hukum sebab mereka Yahudi. Rasulullah sendiri berurus niaga dengan Yahudi dan lakukan boikot (pada waktu diperlukan sahaja).
Kenyataan pihak McDonald’s Malaysia kita terima dan kita hormati.
Jika keuntungan McDonald’s digunakan tanpa kita ketahui untuk penyaluran dana (secara diam-diam oleh syarikat induk) dan kita tak dapat buktikan maka ia termasuk dalam “bersangka-sangka”.
Dalam Islam, syakwasangka adalah dilarang.
Tak boleh kita main jatuh hukum.
Jadi, teruskan ambil tahu maklumat terbaru ok.
Teruskan boikot satu persatu yang lain (yang confirm).
Boleh semak kempen-kempen terbaru di inminds.com
Update :
Terima kasih @dayang.i.am atas reply.
Jadi hari ni dapat tau kewujudan Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia.
Sekarang bolehlah dapatkan maklumat secara terus melalui http://bdsmalaysia.com ye.
Kalaulah mereka baca post Latif ni kan,
cadangan Latif adalah masukkan juga dalam kempen
senarai “alternatif setara” jenama-jenama yang perlu diboikot.
Sebagai contoh :
Jenama printer Hewlett-Packard sekarang ni, bolehlah wujudkan review printer lain yang setanding (bukan sekadar cadangan tapi review model yang setara).
Macam model printer jenama A sama jimat atau lebih jimat berbanding model printer X jenama HP.
Ini boleh beri lebih kesan sebab pengguna ada alternatif dan pengguna boleh terus laksana.
Salah satu isu nak boikot ni adalah, “nak ganti apa?”
Ini melambatkan proses pengguna nak boikot sebab tak tau nak ganti apa dan lama-lama berhenti boikot lah nampak gayanya.
Lebih mudah istiqamah bila dah ada rujukan senarai alternatif.
Akhir dikemaskini pada 30 Oktober 2018.
Discussion about this post