masterlatif.com
No Result
View All Result
Saturday, January 16, 2021
  • Login
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
    • DIARI KEBUN
    • PEMBEKAL AYAM HALAL
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
    • DIARI KEBUN
    • PEMBEKAL AYAM HALAL
No Result
View All Result
masterlatif.com
No Result
View All Result
Home PARENTING

Bolehkah Bayi Minum Air Mineral ?

June 8, 2020 - Updated on June 24, 2020
in KESIHATAN & KECANTIKAN, PARENTING
Reading Time: 2min read
2.1k
SHARES
3k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Bolehkah Bayi Minum Air Mineral

Ketika cuaca panas, ramai ibu yang mengeluh dan mengalami dehidrasi yang jelas seperti mudah haus dan kurang membuang air kecil. Mereka digalakkan untuk minum mineral dengan kuantiti yang lebih banyak terutama bagi ibu yang menyusukan anak mereka. Tetapi adakah bayi juga perlu diberikan air mineral juga?

Secara amnya bayi yang berumur kurang 6 bulan tidak boleh diberikan air mineral atau air kosong. Bayi tidak memerlukan air dan mineral kerana mereka memperolehi sejumlah kuantiti air yang cukup melalui air susu yang diminum, sama ada dari susu ibu atau susu formula.

POST BERKAITAN

Apakah CoQ10 dan Fungsinya

Mengapa Anda Memerlukan Vitamin C

Memberikan air pada mereka akan mengganggu kebolehan tubuh untuk menyerap nutrien dari susu ibu atau susu formula dengan cara yang lebih berkesan. Memberikan air juga menyebabkan perut bayi akan menjadi penuh dan kembung. Mereka mungkin tidak selesa dan mudah menangis. Bayi juga akan hilang rasa lapar untuk meminum susu.

Walau bagaimanapun ibu bapa boleh memberikan sedikit air dengan menggunakan sudu jika difikirkan perlu dan ini sudah pasti tidak menjejaskan kesihatan bayi.

Dalam dalam kes yang terpencil, jarang berlaku tetapi serius, apabila bayi diberikan terlalu banyak air, bayi akan mengalami mengalami sawan dan koma akibat “keracunan air” (water intoxication). Ini berlaku apabila air yang diberikan kepada bayi dengan kuantiti yang banyak telah menyebabkan kecairan pada kepekatan mineral sodium dalam tubuh, menyebabkan ketidakseimbangan mineral dan akhirnya tisu tubuh akan mengembang. Pengambangan tisu otak secara tiba-tiba akan menyebabkan bayi mengalami koma.

Dalam kes yang disebutkan di atas, apabila ibu bapa menambahkan air dalam bancuhan susu dalam kuantiti yang banyak dari sepatutnya, ia juga boleh menyebabkan “keracunan air”. Selain itu susu yang cair dan diminum menyebabkan bayi akan menerima nutrisi yang amat berkurangan dari sepatutnya. Oleh itu para ibu yang menyusukan anaknya dengan susu formula haruslah membaca arahan bancuhan susu dan elakkan dari menambah air yang lebih dari kadar yang sepatutnya.

Walau bagaimanapun jika bayi mengalami cirit-birit, doktor mungkin menasihati ibu untuk memberikan bancuhan garam ke dalam air untuk diberikan kepada bayi untuk mengelakkan dehidrasi. Ini dibenarkan.

Apabila bayi telah mencapai umur enam bulan, tidak menjadi mudarat memberikan sedikit air menggunakan sudu kepada bayi. Berikan sekadar yang perlu. Memberikan air secara berlebihan akan menyebabkan bayi akan mengalami kembung perut dan tidak berselera untuk makan.

Setelah berusia setahun, kanak-kanak telah makan makanan yang pejal dan minum susu pada kadar yang sepatutnya, bolehlah memberikan air mineral kepada kanak-kanak itu.

Bolehkah Bayi Minum Air Mineral ?

Source: Dr. Zubaidi Ahmad
Share856Tweet535

Related Posts

Apakah CoQ10 dan Fungsinya
KESIHATAN & KECANTIKAN

Apakah CoQ10 dan Fungsinya

November 4, 2020
Mengapa Anda Memerlukan Vitamin C
KESIHATAN & KECANTIKAN

Mengapa Anda Memerlukan Vitamin C

November 4, 2020
Puluhan Ubat Darah Tinggi Disahkan Beracun dan Ditarik Balik Dari Pasaran 01
KESIHATAN & KECANTIKAN

80 Ubat Darah Tinggi Disahkan Beracun dan Ditarik Balik Buang Sekarang !!

July 2, 2020 - Updated on July 8, 2020
Supplement Deniers
NOTA AKHIR ZAMAN

Supplement Deniers

June 29, 2020
Tips Diet untuk Kanser Payudara
KESIHATAN & KECANTIKAN

Tips Diet untuk Kanser Payudara

June 26, 2020 - Updated on October 12, 2020
13 Jenis Buah-buahan Yang Tinggi Kandungan Vitamin C
NUTRISI & VITAMIN

13 Jenis Buah-buahan Yang Tinggi Kandungan Vitamin C

June 26, 2020 - Updated on October 12, 2020
Next Post
10 Manfaat Magnesium Terhadap Kesihatan Berdasarkan Bukti

10 Manfaat Magnesium Terhadap Kesihatan Berdasarkan Bukti

Manfaat OsteMatrix

Manfaat OsteMatrix

Discussion about this post

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 147k Subscribers
Join Bisnes Online

Join Sekarang

Senna Yang Terjamin Kualiti dan Selamat Herb-Lax

May 16, 2017

Senggugut Teruk Sangat Berbahaya !

September 18, 2017
Doktor Sembuh Dari Kanser Secara Semulajadi Tanpa Ubat dan Kemoterapi

Doktor Sembuh Dari Kanser Secara Semulajadi Tanpa Ubat dan Kemoterapi

January 22, 2019 - Updated on October 12, 2020
Bagaimana Pesakit Buah Pinggang Stage 4 Bebas Dialisis Tanpa Pembedahan

Bagaimana Pesakit Buah Pinggang Stage 4 Bebas Dialisis Tanpa Pembedahan

January 30, 2019 - Updated on October 12, 2020

Pesakit Strok Sembuh Lebih Pantas Dengan Vivix

December 9, 2017 - Updated on October 12, 2020
Load More
Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

June 26, 2020
14 Kebaikan ESP Shaklee

14 Kebaikan ESP Shaklee

June 23, 2020 - Updated on October 12, 2020
hilang kerja

Lebih 2 Juta Rakyat Malaysia Dijangka Menganggur Ekoran Covid-19

June 4, 2020 - Updated on June 26, 2020

POPULAR

  • Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    4725 shares
    Share 1915 Tweet 1171
  • Bukti Keturunan Firaun Masih Lagi Berkuasa Hingga Hari Ini

    2459 shares
    Share 984 Tweet 615
  • 11 Perkara Yang Membatalkan Wudhu

    2778 shares
    Share 1123 Tweet 690
  • BeeTalk Umum Hentikan Perkhidmatan dan Ditutup

    2400 shares
    Share 1018 Tweet 576
  • Beginikah Rupa Bentuk Sebenar Sulur Bidar Lagenda Tasik Kenyir ?

    2385 shares
    Share 959 Tweet 594
masterlatif.com

Bisnes Online | Kesihatan & Kecantikan | Nutrisi & Vitamin | Tutorial & Review

Contact Me Here :

Like | Follow | Subscribe

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 147k Subscribers
  • About
  • Contact
  • Advertise
  • Privacy & Policy

© 2020 masterlatif.com

No Result
View All Result
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
    • DIARI KEBUN
    • PEMBEKAL AYAM HALAL

© 2020 masterlatif.com

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In