Bounce Rate Terlalu Rendah Apa Analisanya?
Semalam terbaca post kawan tentang bounce rate blog client beliau, buatkan Latif alert semula untuk analisa bounce rate blog masterlatif .com.
Secara umum, banyak blog akan kata bounce rate tinggi tak bagus sebab ia petanda orang datang dan keluar.
Bounce rate adalah :
Kadar lantunan Pelawat singgah ke satu halaman (single page) di web/blog kita dan kemudian keluar atau tutup tanpa ada tindakan lanjutan.
Tindakan lanjutan tu contohnya, klik pada link atau post lain di blog kita.
Kira macam, datang singgah pada satu post kemudian klik dan baca post yang lain macam tu lah.
Mana Bagus? Bounce Rate Tinggi atau Bounce Rate Rendah?
Hmm.. ok, ini kena ikut konteks juga.
Tak semua sesuai pukul rata.
Tapi kita akan gunakan data-data kajian sebagai panduan asas.
Selebihnya kita sesuaikan semula.
Ikut data, bounce rate akan berbeza-beza bergantung kepada industri.
Bawah ni adalah contohnya.
Bounce Rate Tiada Implikasi Secara Terus Untuk SEO Web/Blog
Jadi, tak perlulah risau sangat.
Google sendiri anggap ia data yang tak diambil kira sebagai faktor utama yang mempengaruhi SEO.
Dan ia juga bukan penunjuk aras sesebuah blog tu bagus atau tidak. Ia lebih kepada maklumat untuk kita analisa dan perbaiki blog kita.
Sebab itu, penting untuk kita ada baseline kita sendiri.
Bounce rate juga mempunyai pelbagai faktor terkait yang terlalu kompleks. Ditambah lagi dengan faktor ‘human behaviour'.
Contoh :
Orang buka Facebook sebab nampak keluar notis pada app kat hp. Lepas tu, klik dan buka, baca sekejap dan keluar dari Facebook. Bounce lah tu untuk web Facebook.
Adakah ia petanda bahan di Facebook tersebut tak bagus?
Tak juga. Sebab kadang orang cuma nak check je pun. Bagus atau tidak, bounce juga.
Atau tengah scroll Facebook, ada link nampak menarik dan klik link untuk baca (keluar Facebook). Lepas baca, back semula ke Facebook (bounce untuk web tersebut).
Cuma yang penting sekarang ni, kalau berada pada paras-paras berikut maksudnya normal dan ok dah tu.
Bounce rate terlalu rendah biasanya dikaitkan dengan 3 faktor.
1/ Faktor teknik blackhat (seperti trik untuk memperdaya Googlebot dll).
2/ Faktor settings (ada setting yang tak betul).
3/ Faktor blog kurang dinamik atau pembaca/pelawat tidak puas.
Ini analisa blog Latif.
Dah cek settings, semua nampak ok.
Bila tengok data ni, ramai yang bila singgah dan baca satu post, akan klik dan baca beberapa post lain.
Secara umum, baguslah sebab bounce rate rendah dan orang kekal lama kat blog dan baca post lain.
Blog Latif guna cara yang betul (whitehat), takde trik yang bukan-bukan jadi sekarang tinggal faktor blog yang dinamik atau kepuasan pembaca sahaja.
Latif dan optimize settings semua untuk jadikan blog perform dengan sebaik mungkin juga.
Yang tinggal adalah faktor “kepuasan” pembaca.
Mungkin pembaca tak puas dengan post pertama yang diorang singgah di master latif .com dan klik link lain untuk terus cari maklumat.
Jadi, apa yang perlu dilakukan sekarang mula tambah post-post yang lebih panjang dan perbanyakkan external link.
Kesimpulan :
Utamakan isi kandungan bermanfaat dan bagus.
(Ini fokus penting).
Faktor teknikal seperti algoritma, rank dan lain-lain adalah untuk menyokong konten sampai kepada pembaca.
(Ini bukan fokus nombor satu).
#masterlatifcom
Blogger | Vlogger | Reviewer
Discussion about this post