Hari Jumaat ni kadang rasa best sebab keluar office awal dan boleh jalan-jalan cari makan.
Lepas tu, tempoh masa lama mula keluar office dengan masa solat Jumaat (rehat sambil dengar khutbah).
Hmm.. kali terakhir Latif masuk office adalah 6 tahun yang lepas. Lepas tu, sambung hobby dengan buat kerja dari rumah sampai hari ni. Hahaha..
So, I don't really have a chance menikmati rehat hari Jumaat sebab setiap hari suka hati nak rehat bila. Itulah, dah banyak sangat rehat kot. lol 😝
—–
Ok, ini tips best bagi yang nak kurus.
> Guna pinggan kecil, buatkan kita rasa apa yang ada dah banyak.
Jadi, kuantiti makanan akan terkawal.
> Makan perlahan-lahan, supaya signal kenyang sempat sampai ke otak sebelum kita makan lebih banyak.
—–
Faktanya, otak akan terima signal kenyang dalam 20 minit sesuatu masuk dalam perut.
Kita manipulasi perkara ni untuk kawal diri.
Kalau makan cepat gila macam orang kebuluran (terutama bila kita skip makan), kita akan terdorong untuk makan lebih banyak dalam masa singkat.
Belum sempat signal kenyang dihantar, dah tambah lagi.
Cukup 20 minit, barulah rasa terlebih kenyang pulak.
Pinggan ni kecil je, nampak banyak dan penuh kan?
#masterlatifcom
Blogger | Vlogger | Reviewer
#makantengahhari #pemakanansihat #KurusDariRumah
Discussion about this post