Cari Idea Untuk Video Iklan Neyo |
Ada satu produk baru nak keluar sempena raya ni.
Produk dah ada, tinggal tunggu design dan label untuk dipasarkan.
Client minta hasilkan video, website dan advice untuk plan marketing.
Hari tu dah advice plan, dan sekarang saya buat video pulak.
Logo belum ada sebenarnya. Design yang ini saya buat je sendiri untuk masukkan dalam video sebagai dummy untuk test pergerakan
kamera, effects dan sebagainya.
Tapi logo suka-suka buat ni pun dah nampak cantik dah kan.. (perasan lol 😝)
Takdelah..
Saje je, warna pun main dok hentam je ni.. hehehe..
Oklah, masa untuk keluar ngeteh sekejap, ambil angin sekejap sebab dah lama dok mengadap monitor ni.
Mata pun dah macam nak terkeluar dah rasa.. hahaha..
Tapi, betulkan..
Logo kalau simple macam ni dah nampak cantik, kan? 😘
Discussion about this post