masterlatif.com
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
No Result
View All Result
  • Login
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
No Result
View All Result
masterlatif.com
No Result
View All Result
Home quran

COVID-19: Permintaan Sarung Tangan Getah Malaysia Melambung – Top Glove

March 31, 2020
in BERITA & SEMASA, COVID-19 Malaysia
Reading Time: 2 mins read
2.1k
SHARES
3k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

COVID-19: Permintaan Sarung Tangan Getah Malaysia Melambung – Top Glove

COVID-19: Permintaan Sarung Tangan Getah Malaysia Melambung - Top Glove

KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd (Top Glove), antara pengeluar sarung tangan terbesar dunia menjangkakan kekurangan bekalan susulan peningkatan permintaan dari Eropah dan Amerika Syarikat (AS), melampaui kapasitinya disebabkan penularan COVID-19.

Syarikat itu melanjutkan tempoh penghantarannya untuk menampung peningkatan permintaan, kata Pengerusi Eksekutif Top Glove, Tan Sri Lim Wee Chai dalam temubual menerusi telefon bersama Reuters pada Jumaat.

POST BERKAITAN

Data CDC: 329 Kematian dan Lebih 9516 Kecederaan Lain Selepas Suntikan V.ksin C.v|d

Vaksin Boleh Menyebabkan Autism

Wee Chai berkata, tempahan yang diterima dalam tempoh beberapa minggu lalu kebanyakannya dari Eropah dan AS membabitkan hampir dua kali ganda kapasiti pengeluaran syarikat.

Top Glove mampu menghasilkan 200 juta sarung tangan getah asli dan sintetik sehari.

Ketika ini, terdapat lebih 600,000 kes COVID-19 di 202 negara di seluruh dunia, dengan AS memintas China sebagai negara paling tinggi dijangkiti.

Eropah pula melaporkan kematian tertinggi akibat pandemik itu.

“Segelintir pelanggan membuat tempahan panik. Kebiasaannya mereka menempah 10 kontena sebulan, tetapi mkini meningkat mendadak kepada 20 kontena,” kata Wee Chai.

Jumaat lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran wujudnya kekurangan kronik peralatan perlindungan peribadi yang menjadi antara ancaman paling mendesak dalam usaha membendung virus berkenaan.

“Pasti ada kekurangan. Tempahan lebih 100 peratus, namun kami hanya boleh meningkatkan kapasiti 20 peratus di mana wujud kekurangan sekitar 50 hingga 80 peratus,” kata Wee Chai.

Wee Chai berkata, momentum belian luar biasa itu boleh bertahan tiga bulan lagi tetapi pesanan dijangka kekal kukuh sehingga sembilan bulan walaupun permintaan daripada pasaran Asia mula perlahan sedikit.

Bagi memenuhi permintaan itu, Top Glove menyelaras tempoh penghantaran dari seawal 30 hari kepada 150 hari.

Wee Chai, syarikat itu akan memastikan semua pelanggannya mendapat bahagian yang adil daripada penghantaran sarung tangan tambahan itu.

“Kami akan menguruskan permintaan dengan mengehadkan jumlah supaya lebih banyak pelanggan mendapatkan bekalan. Kami akan uruskan masalah yang ‘baik’ untuk diselesaikan,” katanya.

Wee Chai berkata, syarikat itu sedang menambah sejumlah mesin baharu setiap minggu dan ia mampu meningkatkan pengeluaran sebanyak 30 peratus.

Bulan ini, Top Glove meningkatkan tahap penggunaan kilangnya sebanyak 10 peratus kepada 95 peratus dan dijangka mencecah ke tahap maksimum bulan depan.

Syarikat itu menambah sekitar 1,000 pekerja untuk menampung pengeluaran tinggi.

Kebiasaannya, Top Glove menggajikan pekerja dari Nepal, tetapi kini menggunakan pekerja tempatan disebabkan sekatan perjalanan.

“Kami memerlukan pekerja tambahan sekitar 10 peratus. Ketika ini (sekatan perjalanan), kami juga tidak boleh membawa masuk pekerja dari Nepal, jadi kami tiada pilihan untuk menggunakan sejumlah pekerja tempatan terutama dalam proses pembungkusan.”

Top Glove berkata, rantaian bekalannya adalah pelbagai dan yakin ia tidak mempunyai masalah dari segi sumber dalam tempoh beberapa minggu akan datang. – Reuters

Berita Lanjut Berkaitan : COVID-19 Malaysia

Tags: berita covid-19covidcovid-19
Share854Tweet534

Related Posts

Data CDC: 329 Kematian dan Lebih 9516 Kecederaan Lain Selepas Suntikan V.ksin C.v|d
BERITA & SEMASA

Data CDC: 329 Kematian dan Lebih 9516 Kecederaan Lain Selepas Suntikan V.ksin C.v|d

February 1, 2021 - Updated on February 5, 2021
Vaksin Boleh Menyebabkan Autism
NOTA AKHIR ZAMAN

Vaksin Boleh Menyebabkan Autism

January 25, 2021 - Updated on January 26, 2021
KESIHATAN & KECANTIKAN

80 Ubat Darah Tinggi Disahkan Beracun dan Ditarik Balik Buang Sekarang !!

July 2, 2020 - Updated on July 8, 2020
Load More
Next Post

Bank Dunia Ramal KDNK Malaysia 2020 Negatif 0.1%

IMF Ramal Ekonomi Global Meleset Teruk

Discussion about this post

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 152k Subscribers
Join Bisnes Online

Join Sekarang
13 Jenis Buah-buahan Yang Tinggi Kandungan Vitamin C

13 Jenis Buah-buahan Yang Tinggi Kandungan Vitamin C

June 26, 2020 - Updated on October 12, 2020

Video Apakah Hemodialisis ?

September 11, 2017 - Updated on July 13, 2020

Basal Metabolic Rate BMR Calculator

June 13, 2017

Before After Freeletics Transformation

November 24, 2015

Lagu Best Dan Energetic Untuk Dipasang Semasa Bersenam

December 1, 2016
Load More
Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

June 26, 2020
14 Kebaikan dan Manfaat ESP Shaklee

14 Kebaikan dan Manfaat ESP Shaklee

June 23, 2020 - Updated on February 12, 2021

Lebih 2 Juta Rakyat Malaysia Dijangka Menganggur Ekoran Covid-19

June 4, 2020 - Updated on June 26, 2020

POPULAR

  • Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    6323 shares
    Share 2554 Tweet 1570
  • Shaklee Penyumbang Kepada Israel / Zionis ?

    2234 shares
    Share 894 Tweet 559
  • 11 Perkara Yang Membatalkan Wudhu

    3021 shares
    Share 1220 Tweet 750
  • Bukti Keturunan Firaun Masih Lagi Berkuasa Hingga Hari Ini

    2663 shares
    Share 1065 Tweet 666
  • Senarai SWIFT Code Bank Di Malaysia

    2303 shares
    Share 979 Tweet 552
masterlatif.com

Bisnes Online | Kesihatan & Kecantikan | Nutrisi & Vitamin | Tutorial & Review

Contact Me Here :

Like | Follow | Subscribe

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 152k Subscribers
  • About
  • Contact
  • Advertise
  • Privacy & Policy

© 2021 masterlatif.com

No Result
View All Result
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK

© 2021 masterlatif.com

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In