Diari Kebun 185 Bendi Muda dan Elok Tapi Kategori Reject
Bendi ini masih muda dan elok.
Tetapi oleh kerana saiznya besar,
ia kurang sesuai untuk dijual di kedai-kedai (untuk dijual kembali).
Jika jual kepada individu atau kedai makan,
dapatlah dijual kepada mereka yang tahu menilai atau telah mencuba terlebih dahulu.
Sebab rata-rata apabila pengguna nampak saiz macam ni,
serta-merta ianya dianggap tua.
Ada yang kecil tapi dah tua.
Ada yang besar tapi masih muda.
Untuk kebun Latiff,
kami biasanya dah pilih yang muda-muda untuk dipetik.
Kemudian,
akan dikategorikan lagi mengikut saiz.
Seboleh-bolehnya,
kami akan terus tuai mengikut saiz kehendak pasaran.
Bendi yang besar dan muda ini biasanya terlepas pandang pada sesi kutipan sebelumnya,
atau mungkin pembesaran yang terlalu pantas dalam tempoh beberapa jam.
Bendi memang cepat membesar.
Seeloknya dipetik 2 kali sehari iaitu sekali waktu pagi dan sekali waktu petang.
—
KATEGORI : Diari Kebun
diarikebun.com
Discussion about this post