Diari Kebun 185 Follow Lori Sayur Untuk Minta Datang Ambil Barang Minggu Depan
Semasa dalam perjalanan nak ke kebun selepas singgah di bengkel kereta,
kebetulan lori sayur lalu.
Makcik Absah follow sebab nak tahu lori ini berhenti di kebun mana.
Dan nak minta pemandu lori datang kebun minggu depan untuk ambil barang.
Isu yang dihadapi ialah,
bila dah lama lori ni tak masuk
memang susah nak menyinggah semula ke kebun walaupun dekat.
Kami selalu hantar sendiri ke lori walaupun 2 bakul penuh (sekitar 60kg).
Pernah juga, lori enggan singgah dan kami terpaksa berkejar dari Mersing ke simpang keluar Nitar-Kluang-Jemaluang (45 minit) untuk hantar 2 bakul kacang panjang.
—
KATEGORI : Diari Kebun
diarikebun.com
Discussion about this post