Duit Youtube Formula Ikhlas dan Kekuatan
Sambil pasang Youtube, saya membaca analisa video-video yang sedang ditonton.
Kadang-kadang tak tengok pun, pasang headphone je untuk dengar dan sambung kerja.
Kat sini saya terjumpa [ formula hati dan mental ] untuk teruskan perjuangan buat duit dengan Youtube.
Saya tunjukkan 3 screenshot analisa video berbeza, dari 3 channel yang berlainan untuk niche yang sama (Tun Mahathir Mohamad).
Video A :
Total views video ni sahaja 42.4K
100% watched
Purata 3:29 minit.
Subscribers hanya 2.68K orang je der.. tapi semua 45 video yang public ni dah capai 526ribu views.
Semua video channel ni adalah niche yang sama (politik).
Ini contoh kekuatan mental.
Pemilihan niche dan video yang bagus.
Channel baru pun boleh kaw-kaw capai views macam ni. Respect !!
Video B :
Total views video ni sahaja 12.3K
32% watched
Purata 13:27 minit
Subscribers 22.2K, dengan semua 2.23K video dapat views 10.4juta.
Semua video channel ni adalah niche yang sama (politik).
Ini contoh ikhlas.
Upload banyak video berkaitan niche.
Banyak video ni weh !! Respect !!
Video C :
Total views video ni sahaja 6.52K
100% watched
Purata 6:03 minit
Subscribers 58.3K, dengan semua 4.52K video dapat views 42.4juta. Memang layaklah kan views banyak tu.
Semua video channel ni adalah niche yang sama (politik).
Ini contoh ikhlas + mental.
Upload banyak video niche sama + guna otak (seo kan video) sama kuat.
“Woi !! GILA diorang ni !!
Serius malu dengan sendiri ni beb.
Sebab jauh gila tertinggal dan macam kurang ikhlas + kurang pakai otak pulak aku ni .. hahaha.. 😆”
Tengok, baru 225 video ni. Alahai.. 😂🤣🤣
Kesimpulannya :
Tak pandai, boleh belajar.
Lagipun bila dah selalu sangat upload video kita pun akan automatik terfaham secara berperingkat macam mana nak SEO kan video kita.
Yang penting ikhlaskan hati, baru takde istilah putus asa.
Sooner or sooner, siapa yang berusaha dia mesti dapat hasil.
Tapi siapa yang dari awal dah implement ilmu, lepas tu sungguhnya lain macam.. memang kasi tapaw market Malaysia ni.
Jom, kita pakai formula hati (ikhlas bina fans dan beri fans video bermanfaat untuk diorang) dan kekuatan mental (pakai otak juga – bukan membuta tuli semata-mata..) lol 😝😆
#masterlatifcom (018-4024608)
Blogger | Vlogger | Reviewer
Discussion about this post