Cara Mudah Ubah Username Admin WordPress ( Self-hosted )

2
71

Cara Mudah Ubah Username Admin WordPress (Self-hosted)

Cara Mudah Ubah Username Admin WordPress (Self-hosted) | Sila tukar nama WordPress anda dari ‘admin’ kepada yang lain jika anda belum berbuat demikian.

Anda boleh masukkan nama, nama samaran atau alamat e-mel anda jika anda mahu, tetapi elakkan guna ‘admin’.

Sekiranya anda menggunakan admin sebagai nama pengguna, anda boleh dapat sehingga kira-kira 30 percubaan pecah masuk setiap hari.

Maklumat ini boleh dilihat di bahagian plugin keselamatan pada menu WordPress anda.

Plugin Wordfence memberi isyarat kepada anda apabila orang cuba mengakses laman web anda.

Dan anda juga boleh menetapkannya untuk mengunci penggodam tersebut setelah 5 percubaan tersebut gagal.

Jadi, jika anda belum melakukannya, bolehlah pasang sekarang.

Selain itu, bukan hanya kata laluan perlu menggunakan huruf kapital bercampur dengan nombor dan simbol, bagus juga untuk menggunakan kombinasi sebegitu pada username agak lebih sukar diteka.

Ok, balik kepada topik.

Kalau sebelum ni cara yang biasa saya gunakan untuk elak risiko cubaan ceroboh menggunakan ke atas username admin adalah dengan :

  1. Create new user sebagai admin kemudian ;
  2. Delete username admin.

Sekarang ni, tentu sekali masa setup saya akan terus gunakan username lain.

Kalau terlupa masa tu, saya akan ubah (change) username admin tersebut tanpa create new user dan delete.

Saya guna plugins username changer ini supaya tak perlu godeh database.

1. Pasang (install) plugins (username changer) dan aktifkan
2. Buka profile dan ubah username
3. Nyahaktifkan (deactivate) dan delete plugins

That’s all. Haa.. senang je kan..

Sebarang pertanyaan atau request, boleh gunakan ruangan komen di bawah ye.

Terima kasih.. =)

Facebook Comments

Comments

2 respons kepada “Cara Mudah Ubah Username Admin WordPress ( Self-hosted )”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *