Even Angels Make Mistakes – Dr. MAZA | Berdasarkan al-Quran dan hadis mengikut konteks tertentu, boleh dikatakan Malaikat juga melakukan kesilapan.
Untuk isu ini dalam Islam juga, ada pendapat berbeza.
Adakah mistakes yang dimaksudkan adalah dosa?
Atau mistakes yang dimaksudkan adalah silap?
Mistakes jika diterjemah bulat-bulat masih lagi silap, dan bukan dosa.
Dosa dan kesilapan adalah dua perkara berbeza.
Melakukan kesilapan tak semestinya melakukan dosa.
Maksum bermaksud terpelihara dari dosa.
Tapi nabi dan rasul juga berbuat silap.
Bagaimana kehidupan sebenar malaikat, kita tidak tahu. Dan kita tak mampu nak tanya semula dengan Rasulullah saw pada hari ini untuk kepastian.
Manusia yang paling faham al-Quran dan hadis hanyalah Rasulullah saw. Pada hari ini, para ilmuwan Islam, alim ulama hanya mentafsir kembali melalui apa yang disampaikan Rasulullah saw.
Bukan al-Quran atau apa yang disampaikan oleh baginda melalui hadis itu tidak sempurna tetapi kelemahan kita sebagai manusia dalam memahami apa yang disampaikan.
Untuk ini, dalam banyak hal juga wujud pendapat berbeza di kalangan ulama. 4 mazhab utama panduan umat Islam contohnya, juga mempunyai perbezaan, bukan?
Perbezaan ini bukan bermaksud kita menolak dan menafikan pendapat yang lain. Kita iktiraf mana-mana yang masih dalam landasan dan masih ada ruang untuk diperbahaskan.
Bagaimana kita sebagai umat Islam boleh menentukan akidah orang lain salah atas perkara khilaf?
Ini adalah rentetan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr. Mahathir yang ditafsir, ‘Malaikat’ pun buat silap.
Kalau ikut bahasa pun, Tun Mahathir betul.
Kalau tak reti bahasa dan tafsir bulat-bulat pun, Tun Mahathir masih betul.
Jadi, eloklah dihentikan perbalahan seperti ini. Kerana asalnya, ia hanya tentang penggunaan bahasa sahaja.
Kesimpulannya, teliti dahulu maklumat secara keseluruhan, usah tergopoh-gapah nak menjatuhkan hukum ke atas seseoang kerana perbuatan ini mengundang fitnah.
1. Fitnah ke atas individu yang dilibatkan.
2. Fitnah ke atas diri sendiri sebab tokoh agama yang jadi tempat bergantung hukum, silap tafsir maksud dan tak meneliti perkara sebenar.
3. Fitnah ke atas pak ustaz dan alim ulama sehingga orang yang tinggi agama terlihat dangkal.
4. Fitnah ke atas agama sebab dalam Islam hanya Allah yang sempurna tiada silap.
5. Fitnah ke atas agama buatkan non-muslim silap faham Islam agama sempit, agama penghukum, bab bahasa pun jadi isu besar, tak cuba difahami konteks sedang al-Quran juga sebahagiannya kena ikut konteks.
6. Fitnah di kalangan umat Islam sebab saling berbalah, menyalahkan, saling menuduh, saling menghukum.
7. Fitnah ke atas al-Quran (didustakan).
8. Fitnah ke atas hadis (kisah dinafikan).
Isu malaikat silap yang menjadi perbahasan (1) – Syiah berpegang kepada Ali ra yang sepatutnya terima wahyu dan jadi rasul terakhir :
Isu syiah yang mengatakan malaikat tersilap beri wahyu kepada Muhammad Rasulullah saw, sedangkan sepatutnya yang terima wahyu adalah Ali ra. Mereka anggap Ali ra sepatutnya jadi rasul.
1. Syiah itu bukan Islam.
Syahadah mereka berbeza, rukun iman mereka berbeza, kitab mereka berbeza.
Sedangkan Syiah wujud selepas Rasulullah saw membawa Islam.
Semasa baginda masih hidup, syahadah hanyalah mengakui kebenaran Allah dan Muhammad. Tetapi selepas baginda wafat barulah muncul syahadah yang ada tambahan.
Maka ini jelas, tokok tambah, modifikasi dan pembohongan.
2. Jika mereka menyatakan Jibril as tersilap bagi wahyu kepada orang lain, mereka sebenarnya bukan menyalahkan malaikat tetapi menyalahkan Allah.
Tidakkan Allah mengawal seluruh alam?
Takkan Allah biarkan kesilapan fatal seperti ini terlepas pandang dan berlaku?
Mereka sedang menyampaikan maksud ‘Allah tak buat kerja atau Allah itu lemah’.
Jika Muhammad Rasulullah saw buat silap pun Allah boleh tegur secara langsung pada sebaik sahaja kesilapan berlaku, pasti Allah boleh tegur Jibril as juga. (dan ia mungkin tak masuk dalam al-Quran kerana ia bukan untuk pengetahuan manusia).
Isu malaikat buat silap perbahasan (2) – Jika kata malaikat silap, maka kita kata Allah buat silap :
Malaikat dijadikan untuk patuh perintah Allah. Dan jika dikatakan malaikat buat silap, kita juga mengatakan Allah itu buat silap.
Itu adalah ‘kesimpulan’ tambahan sendiri.
Bila dikatakan malaikat buat silap, tak semestinya kita maksudkan Allah buat silap dan perkara ini berbeza.
Allah jadikan malaikat tiada nafsu seperti manusia. Jadi, tiada keinginan lain. Melainkan hanya melakukan tugasan mereka. Tetapi malaikat diberi akal.
Bagaimana jika Allah jadikan, malaikat bekerja secara automatik berdasarkan arahan dan penilaian terbaik akal untuk membantu mereka melaksanakan perintah?
Bukankah hakikat kejadian akal adalah kebolehan berfikir dan menilai sesuatu perkaran?
Malaikat masih berfikir dan di situlah mungkin ada kesilapan-kesilapan kecil atau umum yang tidak kita ketahui oleh kita dalam kehidupan mereka.
Bagaimana jika apabila malaikat buat silap, Allah tegur secara langsung? Atau ada malaikat lain akan menegur dan membantu yang lain.
Kisah Malaikat Buat Silap Menghakimi Pemuda Yang Telah Membunuh 99 Orang
Contoh ikut arahan dalam kehidupan manusia tapi berlaku kesilapan yang tidak menjejaskan pelaksanaan :
(Arahan utama) Seseorang diperintahkan untuk siapkan kira-kira perakaunan.
(Situasi) Masa sedang laksanakan tugas, tersilap kira. Kemudian dapat perbetulkan sendiri, atau dibantu atau ditegur.
Akhirnya tugas dilaksanakan dengan baik iaitu arahan utama berjaya diselesaikan.
Ini hanya gambaran di mana kemungkinan itu wujud, terutama isu khilaf. Jadi, untuk terus mempertikaikan akidah seseorang terjejas atas pendapat suatu lagi adalah tidak wajar. Kerana perkara khilaf masih wujud perbahasan hujah di kedua belah pihak.
Wallahualam
Discussion about this post