Hukum Menggunakan Mesin Basuh Yang Sama Dengan Non-muslim

1
58

Hukum Menggunakan Mesin Basuh Yang Sama Dengan Non-muslim

Hukum Menggunakan Mesin Basuh Yang Sama Dengan Non-muslim | Assalamualaikum Dr. Ustaz Rozaimi. Kalau tidak keberatan, saya ingin bertanyakan soalan yg bukan berkaitan hadis.

Hukum Menggunakan Mesin Basuh Yang Sama Dengan Non-muslim master latif com md latiff

Tapi ingin dapatkan kepastian, apakah hukum berkongsi menggunakan mesin basuh pakaian bersama dengan non muslim…bukan berkongsi basuh pakaian bersama, tapi hanya mesin basuh yg sama sahaja. Baru baru ni ada kenalan saya mengatakan ianya tidak boleh digunakan. Memandangkan saya di luar negara, sy sentiasa menggunakan mesin basuh tersebut..timbul rasa was2 dalam hati…adakah pakaian2 tersebut boleh dibawa solat?

 

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt.

1- Kami telah membaca mesej panjang yang tersebar itu. Ia satu mesej yang tidak patut disebarkan dan sesungguhnya ia menimbulkan kegelisahan dan was-was yang banyak kepada umat Islam.

2- Hukum asal sesuatu adalah suci. Ia kekal suci selagi mana tiada bukti menunjukkan ia bernajis. Maka begitu jugalah mesin basuh ini, ia kekal suci kecuali terdapat bukti jelas menunjukkan ia tidak suci.

3- Andaian-andaian non-Muslim sentuh anjing, babi, berak tak basuh, kesan darah haidh etc etc adalah andaian-andaian semata-mata. Ia tidak mengubah status quo sesuatu iaitu ia suci. Andaian dan syak wasangka tidak boleh mengubah status asal sesuatu benda iaitu suci.

Kaedah feqh menyatakan: Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak.

Disebabkan sikap suka berlebih-lebihan beginilah nanti timbul isu: Boleh ke salam dengan non-Muslim sebab boleh jadi mereka pegang anjing, babi. Nanti jangan sampai ada mualaf tidak benarkan ibu bapa yang bukan Muslim cium pipi mereka atas alasan sebab mak ayah makan khinzir, minum arak etc. Adakah ini Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

4- Sikap memberat-beratkan sehingga begini adalah sikap melampaui batas yang bercanggah dengan ajaran Islam.

فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا، وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ ‏”‏‏.‏
Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda: Sesungguhnya agama ini mudah. Tidaklah sama sekali seseorang memberat-beratkan urusan agama melainkan ia akan menewaskannya. Lakukan dengan cara yang betul, lakukan semampu mungkin, dan bergembiralah. Mohonlah pertolongan pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, no: 39].

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ ‏”‏ ‏.‏ قَالَهَا ثَلاَثًا ‏.‏
Daripada Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Binasalah orang yang melampau. Baginda menyebutnya 3 kali. [Sahih Muslim, Kitab al-Ilm, no: 2670].

5- Penulis mesej itu jelas bukanlah orang yang faham tentang hukum-hakam feqh. Jauhilah daripada menyebarkan mesej-mesej tanpa asas sebegitu. Bertaubatlah daripada mengeluarkan fatwa hukum-hakam tanpa ilmu kerana ia bukan sahaja menyesatkan diri sendiri, bahkan menyesatkan dan menimbulkan kegelisahan kepada orang ramai.

Wallahua’lam

BACA : Hukum Menggunakan Mesin Dobi Layan Diri 24 Jam Bagi Umat Islam

TONTON : Video Penjelasan Hukum Guna Mesin Basuh Automatik dan Dobi 24 Jam

 

Hukum Menggunakan Mesin Basuh Yang Sama Dengan Non-muslim master latif com md latiff
MD. LATIFF | INFO BERITA & VIRAL
“Sila share info ini supaya lebih ramai orang dapat manfaat. Terima kasih.. =)

Contact us : 018-4024608
| masterlatif.com/whatsapp
| masterlatif.com/telegram

Like | Comment | Share | Subscribe

Facebook Comments

Comments

Satu respons kepada “Hukum Menggunakan Mesin Basuh Yang Sama Dengan Non-muslim”

  1. Merujuk pada tulisan tuan di .kedai dobi – Cikgu Viral.

    Saya setuju dengan pendapat tuan, yakni kalau kita tak nampak, atau tak tahu ada najis beratnya disitu, maka dalam Islam kita tak perlu samak atau sucikan.

    Cuma persoalannya dan kemusykilannya, adakah kita perlu menghalang non-muslim gunakan dobi sebagai cara mencegah atau atas dasar mengurangkan risiko? Perlukah? Wajibkah dalam agama Islam?

    1) Situasi di kedai makan Islam atau restoran halal. Adakah kita perlu elak makan di kedai atau restoran halal sekalipun yang mana kita tahu non-muslim juga mengunjunginya??? Kalau nak kira tanggapan atau risiko, mungkin non-muslim tu makan juga daging babi di rumah dan kemudian makan dan minum guna pinggan, gelas, sudu garpu yang sama yang semestinya bersentuhan dengan tangan dan mulut.

    2) Di kedai basuh kereta. Adakah kita perlu halang atau elak dari cuci dan vakuum kereta di kedai sebab non muslim juga gunakan khidmat yang sama dan peralatan vakum, berus dan kain yang sama juga digunakan? Mana kita tahu mungkin kereta digunakan bawa anjing atau daging babi?

    3) Kita gunakan bilik air dan tandas di tempat umum atau awam. Adakah kita perlu elak sebab non muslim juga gunakan. Mana kita tahu, jikalau mereka gunakan untuk basuh tangan atau pakaian mereka yang ada terkena kesan daging babi atau sesudah memegang anjing?

    4) Kemudahan awam seperti tempat permainan, padang dan kemudahan awam. Adakah kita perlu elakkan dari gunakannya kerana mungkin juga ada anjing yang pernah duduk atau bermain-main atau buang najis di kawasan tersebut?

    5) Akhirnya, adakah jaminan orang Islam juga menjaga pakaian mereka dari terkena najis ringan atau najis berat? Contoh mudah, ramai yang bila solat, mereka terpaksa tanggalkan seluar dan gunakan kain pelikat yang disediakan kerena mereka sendiri tidak yakin dengan kebersihan seluar mereka. Jadi, adakah kita perlukan juga meletak tanda arahan, “DILARANG MEMBASUH BAJU YANG ADA KESAN NAJIS”?

    Mungkin pendapat dari seorang ustaz ini boleh dijadikan pedoman http://penmerah.com/agama/apakah-hukum-berkongsi-mesin-basuh-layan-diri-dengan-non-muslim-ini-penjelasan-ustaz/

    Sungguh Agama ini mudah.
    ولن يشاد في هذا الدين أحد الا غلبه
    “Tiada sesiapa yang menyusah-nyusahkan (dirinya) dalam Agama ini melainkan dia akan tertewas.” (Riwayat Bukhari)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *