masterlatif.com
No Result
View All Result
Wednesday, January 27, 2021
  • Login
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
No Result
View All Result
masterlatif.com
No Result
View All Result
Home Mobile Navigation

Hukum Penggunaan Mesin Dobi Layan Diri 24 Jam Bagi Umat Islam

September 27, 2017
in AUTHOR PICK, ISLAM
Reading Time: 2min read
2.2k
SHARES
3.1k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Hukum Penggunakan Mesin Dobi Layan Diri 24 Jam Bagi Umat Islam | Islam itu indah. Islam itu mudah.

Hukum Penggunaan Mesin Dobi Layan Diri 24 Jam Bagi Umat Islam

POST BERKAITAN

Semua Yang Berlaku Bukan Tentang Orang Lain

Apa Yang Terjadi Kan Terjadi

Usah memberat-beratkan urusan kerana ia termasuk dalam melampau batas dan bercanggah dengan Islam.

فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا، وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ ‏”‏‏.‏
Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda: Sesungguhnya agama ini mudah. Tidaklah sama sekali seseorang memberat-beratkan urusan agama melainkan ia akan menewaskannya. Lakukan dengan cara yang betul, lakukan semampu mungkin, dan bergembiralah. Mohonlah pertolongan pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, no: 39].

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ ‏”‏ ‏.‏ قَالَهَا ثَلاَثًا ‏.‏
Daripada Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Binasalah orang yang melampau. Baginda menyebutnya 3 kali. [Sahih Muslim, Kitab al-Ilm, no: 2670].

 

1. Hukum asal sesuatu adalah suci.

Ia kekal suci selagi mana tiada bukti menunjukkan ia bernajis. Maka begitu jugalah mesin basuh ini, ia kekal suci kecuali terdapat bukti jelas menunjukkan ia tidak suci.

 

2. Andaian dan syak tidak mengubah hukum.

Tentang merasakan, mengandaikan pakaian terkena najis seperti darah haid, najis berat seperti anjing dan babi adalah syakwasangkan dan andaian semata-mata.

Andaian dan syak wasangka tidak boleh mengubah status asal sesuatu benda iaitu suci.

Jika tidak, maka tak bolehlah kita pegang duit untuk berurusan atau duit perlu disertu dahulu sebab kita tak tahu samada duit pernah dipegang oleh seseorang yang menyentuh babi atau anjing.

Atau jika seseorang dah masuk Islam, tak boleh dah sentuh ibu bapa atau mahram yang mungkin masih minum arak atau makan babi. Nak salam peluk cium mak bapak pun tak bolehlah macam tu.

Kaedah feqh menyatakan: Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak.

 

3. Teknik basuhan dengan mesin basuh.

Mesin basuh menggunakan air baru untuk setiap fungsi cucian dan menggunakan sabun sebagai alat yang kuat dan membantu proses penyucian najis.

Setiap kali basuh, tukar air baru dan buang.
Setiap kali cuci, tukar air baru dan buang.

Jadi, sebarang kotoran tidak terkumpul dan akan terbuang bersama air.

Cumanya, pakaian ada najis secara jelas, eloklah dibersihkan terlebih dahulu, buang najisnya dulu sebelum dibasuh menggunakan mesin.

Jangankan mesin dobi 24 jam, guna mesin basuh kat rumah pun sama juga kan?

 

Ada beberapa cara boleh buat antaranya :

1. BERSIHKAN DAHULU YANG KENA NAJIS –  pakaian yang jelas ada najis sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh atau;

2. BASUH pakaian yang diyakini tak kena najis dengan yang kena najis secara BERASINGAN.

3. Yang kena najis tu boleh basuh dan rinse. Kemudian mula dengan basuh semula atau;

4. Basuh dan rinse, masuk air dan rinse. Kemudian mula dengan basuh semula.

Cara pertama lebih praktikal sebab kita dah yakin tiada najis aini dan jimat sumber air dan sabun.

Sebenarnya, nak bertukar cara di atas mengikut situasi pun boleh juga. Be flexible and be practical ok.. =)

BACA : Hukum Menggunakan Mesin Basuh Yang Sama Dengan Non-muslim

TONTON : Video Penjelasan Hukum Guna Mesin Basuh Automatik dan Dobi 24 Jam

 

MD LATIFF | 019-29 100 29
MD LATIFF | 019-29 100 29

“Sila share info ini supaya lebih ramai orang dapat manfaat. Terima kasih.. =)”

Tags: dobi 24 jamfeaturedfeqahfeqhmesin basuhmesin dobimesin dobi 24 jam
Share899Tweet558

Related Posts

Seketul Daging Yang Disebut Hati Bermaksud Kalbu
NOTA SUFI

Semua Yang Berlaku Bukan Tentang Orang Lain

October 9, 2020
Terperangkap Dalam Sifat Kesombongan Siapa Lebih Benar
NOTA SUFI

Apa Yang Terjadi Kan Terjadi

October 9, 2020 - Updated on October 12, 2020
Seketul Daging Yang Disebut Hati Bermaksud Kalbu
NOTA SUFI

Terperangkap Dalam Sifat Kesombongan Siapa Lebih Benar

October 8, 2020 - Updated on October 9, 2020
Seketul Daging Yang Disebut Hati Bermaksud Kalbu
NOTA SUFI

Hidayah Itu Milik Allah

October 8, 2020
Seketul Daging Yang Disebut Hati Bermaksud Kalbu
NOTA SUFI

Seketul Daging Yang Disebut Hati Bermaksud Kalbu

October 8, 2020 - Updated on November 4, 2020
Masjid Indah Tetapi Kosong
NOTA AKHIR ZAMAN

Masjid Indah Tetapi Kosong

August 26, 2020 - Updated on October 28, 2020
Next Post

Hukum Guna Mesin Basuh Yang Sama Muslim Dengan Non-muslim

Video Penjelasan Hukum Guna Mesin Basuh Automatik dan Dobi 24 Jam

Discussion about this post

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 148k Subscribers
Join Bisnes Online

Join Sekarang

Omega 3 Meningkatkan Perkembangan Visual dan Kognitif Bayi

January 31, 2019 - Updated on October 12, 2020

20 Tahun Ambil Ubat Kencing Manis Tapi Masih Tak Sembuh

February 23, 2018

Infografik Kes Denggi Tertinggi Di Malaysia Februari 2018

March 20, 2018

Diet Ikut Jenis Darah Adakah Betul ?

September 21, 2017
Healing Crisis Adakah Anda Alami Krisis Penyembuhan?

Healing Crisis Adakah Anda Alami Krisis Penyembuhan?

June 17, 2017 - Updated on July 6, 2020
Load More
Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

June 26, 2020
14 Kebaikan ESP Shaklee

14 Kebaikan ESP Shaklee

June 23, 2020 - Updated on October 12, 2020
hilang kerja

Lebih 2 Juta Rakyat Malaysia Dijangka Menganggur Ekoran Covid-19

June 4, 2020 - Updated on June 26, 2020

POPULAR

  • Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    4893 shares
    Share 1982 Tweet 1213
  • 11 Perkara Yang Membatalkan Wudhu

    2808 shares
    Share 1135 Tweet 697
  • Bukti Keturunan Firaun Masih Lagi Berkuasa Hingga Hari Ini

    2487 shares
    Share 995 Tweet 622
  • BeeTalk Umum Hentikan Perkhidmatan dan Ditutup

    2423 shares
    Share 1027 Tweet 582
  • Kajian Mendapati 68% Kanak-kanak Melaporkan Kesan Sampingan Pemakaian Topeng (Jerman)

    2137 shares
    Share 855 Tweet 534
masterlatif.com

Bisnes Online | Kesihatan & Kecantikan | Nutrisi & Vitamin | Tutorial & Review

Contact Me Here :

Like | Follow | Subscribe

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 148k Subscribers
  • About
  • Contact
  • Advertise
  • Privacy & Policy

© 2020 masterlatif.com

No Result
View All Result
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK

© 2020 masterlatif.com

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In