masterlatif.com
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
No Result
View All Result
  • Login
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
No Result
View All Result
masterlatif.com
No Result
View All Result
Home

Kegagalan Buah Pinggang – Punca Simptom dan Rawatan Perubatan Moden

March 21, 2018
in BUAH PINGGANG, PENYAKIT
Reading Time: 6 mins read
2.2k
SHARES
3k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kegagalan Buah pinggang Punca Simptom dan Rawatan Moden

Kegagalan Buah Pinggang Punca Simptom dan Rawatan Perubatan Moden

 Kegagalan Buah Pinggang Kronik 

Masalah kegagalan buah pinggang ini selalunya berlaku kepada mereka yang :
► Sudah berusia
► Mempunyai penyakit kronik yang lain seperti kencing manis dan darah tinggi

POST BERKAITAN

Kesan Sampingan Dialisis

80 Ubat Darah Tinggi Disahkan Beracun dan Ditarik Balik Buang Sekarang !!

Kegagalan buah pinggang ini juga akan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular seperti angin ahmar dan sakit jantung.

Definisi kegagalan buah pinggang adalah apabila kadar tapisan glomerular (Glomerular filtration rate) kurang daripada 60mL/min/1.73m2 untuk sekurang-kurangnya 3 bulan.

Glomerular merupakan salah satu struktur di buah pinggang yang berfungsi untuk menapis darah.

Ia membuang urea, kreatinine dan beberapa elemen yang lagi ke dalam air kencing.

Glomerular merupakan salah satu struktur kecil daripada struktur yang lebih besar iaitu nefron.

Nefron pula mempunyai struktur-struktur yang lain untuk menjalankan beberapa fungsi lain buah pinggang.

 

Kegagalan Buah Pinggang Punca Simptom dan Rawatan Perubatan Moden

Apabila struktur glomerular rosak, maka fungsinya tidak dapat dijalankan dengan baik menyebabkan fungsi buah pinggang itu sendiri terjejas.

 


 Tahapan kegagalan buah pinggang 

Terdapat 5 tahap kerosakkan buah pinggang.

Ianya adalah :
Tahap 1: Kerosakkan pada buah pinggang tetapi kadar tapisan glomerular masih normal (>90mL/min/1.73m2)
Tahap 2: Sedikit pengurangan pada kadar tapisan glomerular(60-89mL/min/1.73m2)
Tahap 3: Pengurangan sederhana pada kadar tapisan glomerular(30-59ml/min/1.73m2)
Tahap 4: Pengurangan yang banyak pada kadar tapisan glomerular(15-29mL/min/1.73m2)
Tahap 5: kurang daripada 15mL/min/1.53m2

 


 Simptom dan tanda-tanda kegagalan buah pinggang 

Pesakit yang berada pada tahap 1 hingga 3 selalunya tidak mempunyai apa-apa simptom.

Hanya apabila seseorang itu telah mencapai tahap 4 atau 5 sahaja baru beberapa simptom seperti berikut akan muncul.

Ianya adalah:
► Semakin kurus
► Otot semakin lemah
► Kaki bengkak
► Merasa lelah jika cuba membuat sesuatu yang berat
► Mengalami tekanan darah tinggi
► Mempunyai simptom anemia (kurang sel darah merah) seperti cepat letih, berdebar-debar dan juga muka pucat
► Kulit kering
► Kurang kemampuan ataupun kehendak melakukan hubungan seks

 


 Patofisiologi (Bagaimana kegagalan buah pinggang berlaku) 

Di dalam satu buah pinggang terdapat sejumlah satu juta nefron yang berfungsi untuk menapis darah.

Apabila terdapat kerosakkan pada buah pinggang (tidak kira apa-apa sebab), buah pinggang tersebut mempunyai kebolehan untuk mengekalkan kadar tapisan darah tersebut menyebabkan fungsinya masih berjalan seperti biasa.

Sebab itulah seseorang masih mampu lagi mempunyai hidup yang normal walaupun jika salah satu buah pinggangnya dibuang.

Akan tetapi apabila terlalu banyak kerosakan yang berlaku pada nefron, maka ketika itulah fungsinya akan berkurangan sedikit demi sedikit.

 


 Punca kegagalan buah pinggang 

Terdapat beberapa punca dan penyebab yang merosakkan buah pinggang.

Ianya adalah:
► Tekanan darah tinggi
►
Nefrotoksin (Bahan yang merosakkan buah pinggang seperti ubat tahan sakit jenis nonsterpodal anti-inflammatory druhs(NSAIDs))
► Kurangnya aliran darah ke buah pinggang (sebagai contoh dalam keadaan seseorang itu dehidrasi ataupun mengalami tekanan darah yang sangat rendah)
► Protein dalam air kencing
► Kolesterol tinggi
►
Pesakit kencing manis yang mempunyai bacaan gula tidak terkawal
► Merokok
► Cystic kidney disease
► Tersumbat pada laluan keluar air kencing
► Batu karang
► Systemic lupus erythematosus
►
Endocarditis

 


 Penyiasatan 

Apabila penyiasatan kepada kes pesakit kegagalan buah pinggang kronik dijalankan, ia memerlukan pengambilan darah untuk mengetahui jumlah sel darah, fungsi buah pinggang dan juga analisis air kencing.

Beberapa ujian yang dinyatakan diatas boleh menentukan samada seseorang itu mempunyai masalah tersebut ataupun tidak.

 

Jumlah sel darah(Full blood count)

Bagi pesakit yang menghadapi masalah ini, mereka selalunya akan mengalami kekurangan sel darah merah.

Ini kerana salah satu fungsi buah pinggang adalah untuk menghasilkan hormon erythropoietin yang berfungsi untuk merangsang penghasilan sel darah merah daripada sumsum tulang.

Jika hormon ini berkurangan, ia akan menyebabkan berkurangnya sel darah merah juga.

 

Fungsi buah pinggang

Bagi pesakit buah pinggang, selalunya ada beberapa bacaan yang akan meningkat iaitu urea, kreatinine dan juga potassium.

 

Analisis air kencing

Analisis air kencing pula bertujuan untuk melihat punca kepada masalah tersebut.

Ia boleh melihat kehadiran protein dan juga darah yang memberi tanda kepada beberapa jenis penyakit.

 

Ultrasound buah pinggang

Dengan melakukan prosedur ini, beberapa punca yang menyebabkan kegagalan buah pinggang dapat dilihat sebagai contoh:

► Hydronephrosis iaitu buah pinggang membesar disebabkan saluran air kencing yang tersumbat
► Batu karang
► Buah pinggang yang mengalami polycystic kidney
► Saiz buah pinggang yang kecil disebabkan ia rosak dan mengecut. Selalunya disebabkan penyakit kronik seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.

 


 Rawatan kegagalan buah pinggang 

Diagnosa awal bersama dengan rawatan awal pada mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang adalah penting. Ini kerana tujuan rawatan tersebut untuk menghentikan kerosakan pada buah pinggang supaya pesakit tersebut tidak perlu melakukan terapi penggantian buah pinggang(renal replacement therapy)

Tujuan rawatan kepada pesakit ini adalah:
► Merencat perkembangan penyakit kegagalan buah pinggang
► Merawat komplikasi yang terjadi disebabkan masalah ini
► Merancang bila perlunya terapi penggantian fungsi buah pinggang

 

Merencat perkembangan penyakit gagal buah pinggang

Dalam rawatan ini, tujuannya adalah untuk mengelakkan buah pinggang pesakit semakin rosak.

Oleh itu, pesakit boleh hidup dengan kadar yang lebih lama tanpa memerlukan penggunaan dialisis.

Beberapa perkara yang perlu dibuat supaya buah pinggang tidak semakin rosak adalah:
► Rawatan penyakit yang menyebabkan kegagalan buah pinggang tersebut
► Mengawal tekanan darah
► Mengawal kolesterol dalm badan
► Mengawal gula dalam darah
► Mengelak daripada penggunaan nefrotoksin sepertin ubat tahan sakit jenis NSAIDs

 

Rawatan komplikasi disebabkan kegagalan buah pinggang

Terdapat beberapa komplikasi yang dihadapi oleh pesakit ini.

Ianya adalah:
► Anemia: Pesakit boleh dirawat dengan menggunakan ubat yang menggalakkan penghasilan sel darah merah
► Kurang kalsium: Pesakit ini selalunya akan diberi kalsium
► Terlebih air (fluid overload): Dirawat dengan menggunakan ubat ‘loop diuretics’
► Metabolic acidosis: Dirawat dengan menggunakan suplement alkali yang diambil secara makan. Jika pH darah terlampau asid, pesakit mungkin akan disuruh untuk melakukan dialisis

 

Terapi penggantian buah pinggang (renal replacement therapy)

Terdapat beberapa jenis terapi penggantian fungsi buah pinggang.

Secara asasnya rawatan ini adalah untuk menggantikan fungsi buah pinggang yang telah rosak.

2 jenis terapi ini adalah:
► Peritoneal dialisis: Memasukkan air khas ke dalam bahagian abdomen dan membenarkan pertukaran bahan toksik ke dalam air tersebut.

Kemudian air itu dikeluarkan semula daripada bahagian abdomen

► Hemodialysis: Darah dikeluarkan daripada badan dan dimasukkan ke dalam satu mesin supaya bahan buangan daripada darah tersebut seperti urea dan kreatinine dapat dikeluarkan.

Kemudian darah tersebut akan disalurkan semula ke dalam saluran darah.

Kegagalan Buah pinggang Punca Simptom dan Rawatan Moden
Contoh peritoneal dialisis (sumber: wikipedia)

 

Pemakanan

Pesakit buah pinggang mempunyai beberapa pantang larang dalam mengambil makanan.

Pertamanya pesakit kencing manis tidak digalakkan mengambil protein secara berlebihan.

Ini kerana penguraiannya akan menghasilkan creatinine dan juga urea.

Pengambilan protein yang banyak akan meningkatkan penghasilan kreatinine dan urea menyebabkan buah pinggang pesakit terbeban.

Oleh itu, kurangkan pengambilan protein bagi pesakit yang mempuyai kegagalan buah pinggang

Kedua, kurangkan pengambilan garam.

Ini kerana pengambilan garam yang berlebihan akan meningkatkan tekanan darah tinggi dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang semakin teruk.


MD LATIFF | 019- 29 100 29


Rujukan: 
  1. O’Hare AM, Choi AI, Bertenthal D, Bacchetti P, Garg AX, Kaufman JS, et al. Age affects outcomes in chronic kidney disease. J Am Soc Nephrol. 2007 Oct. 18(10):2758-65.
  2. Levey AS, Coresh J, Balk E, Kausz AT, Levin A, Steffes MW, et al. National Kidney Foundation practice guidelines for chronic kidney disease: evaluation, classification, and stratification. Ann Intern Med. 2003 Jul 15. 139(2):137-47.
  3. Kidney Disease: Improving Global Outcomes (KDIGO) CKD Work Group. KDIGO 2012 Clinical Practice Guideline for the Evaluation and Management of Chronic Kidney Disease. Kidney Int Suppl. 2013. 3:1-150.
  4. Thakar CV, Christianson A, Himmelfarb J, Leonard AC. Acute kidney injury episodes and chronic kidney disease risk in diabetes mellitus. Clin J Am Soc Nephrol. 2011 Nov. 6(11):2567-72.
  5. Bash LD, Erlinger TP, Coresh J, Marsh-Manzi J, Folsom AR, Astor BC. Inflammation, hemostasis, and the risk of kidney function decline in the Atherosclerosis Risk in Communities (ARIC) Study. Am J Kidney Dis. 2009 Apr. 53(4):596-605.
Share863Tweet539

Related Posts

Kesan Sampingan Dialisis
BUAH PINGGANG

Kesan Sampingan Dialisis

February 1, 2021
KESIHATAN & KECANTIKAN

80 Ubat Darah Tinggi Disahkan Beracun dan Ditarik Balik Buang Sekarang !!

July 2, 2020 - Updated on July 8, 2020
Tips Diet untuk Kanser Payudara
KESIHATAN & KECANTIKAN

Tips Diet untuk Kanser Payudara

June 26, 2020 - Updated on October 12, 2020
Load More
Next Post

Mendapat Kanser dan Sembuh Dari Kanser Kisah Dr. Forrest Shaklee #01

Sukat Air Untuk Masak Nasi Masih Guna Jari

Discussion about this post

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 152k Subscribers
Join Bisnes Online

Join Sekarang
7 Kehebatan Youth Shaklee Skin Care Berbanding Produk Lain Di Pasaran

7 Kehebatan Youth Shaklee Skin Care Berbanding Produk Lain Di Pasaran

March 12, 2018 - Updated on June 28, 2020

Omega 3 Meningkatkan Perkembangan Visual dan Kognitif Bayi

January 31, 2019 - Updated on October 12, 2020

Infografik Difteria

March 20, 2018

Freeletics Transformation 65 Days

November 22, 2015
Supplement Deniers

Supplement Deniers

June 29, 2020
Load More
Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

June 26, 2020
14 Kebaikan dan Manfaat ESP Shaklee

14 Kebaikan dan Manfaat ESP Shaklee

June 23, 2020 - Updated on February 12, 2021

Lebih 2 Juta Rakyat Malaysia Dijangka Menganggur Ekoran Covid-19

June 4, 2020 - Updated on June 26, 2020

POPULAR

  • Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    6348 shares
    Share 2564 Tweet 1577
  • 11 Perkara Yang Membatalkan Wudhu

    3027 shares
    Share 1223 Tweet 752
  • Shaklee Penyumbang Kepada Israel / Zionis ?

    2239 shares
    Share 896 Tweet 560
  • Next On The Global Reset Schedule : ‘Cyber Pandemic’ Are Now Rehearsing by Global Oligarchs

    2136 shares
    Share 854 Tweet 534
  • Bukti Keturunan Firaun Masih Lagi Berkuasa Hingga Hari Ini

    2668 shares
    Share 1067 Tweet 667
masterlatif.com

Bisnes Online | Kesihatan & Kecantikan | Nutrisi & Vitamin | Tutorial & Review

Contact Me Here :

Like | Follow | Subscribe

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 152k Subscribers
  • About
  • Contact
  • Advertise
  • Privacy & Policy

© 2021 masterlatif.com

No Result
View All Result
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK

© 2021 masterlatif.com

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In