
SEMUA ubatan moden yang mempunyai unsur / bahan berasaskan dadah mempunyai kesan sampingan.
Dari aspirin yang sederhana sehinggalah ubat preskripsi yang paling canggih di pasaran, semuanya datang dengan kesan sampingan.
Kebanyakannya mempunyai kesan yang kecil, sesetengahnya hanya menimbulkan kesukaran, terdapat beberapa yang serius dan ada yang memberikan kesan yang aneh.
Antara kesan kesan sampingan yang paling biasa untuk ubat-ubatan yang diambil secara dalaman (dimakan) akan melibatkan sistem gastrointestinal. Hampir mana-mana ubat boleh menyebabkan loya atau perut tidak selesa, walaupun ia mungkin hanya berlaku kepada segelintir pengguna atau hampir tidak disedari kerana kesan yang ringan.
Oleh kerana sebahagian pengguna merasakan kesannya terlalu ringan sehingga tidak disedari, syarikat-syarikat pengeluar mengambil kesempatan mengatakan ‘ubat tiada kesan sampingan'.
Kerengsaan kulit adalah salah satu kesan yang boleh berlaku akibat pengambilan mana-mana ubatan.
- Semua ubat moden (dadah) mempunyai kesan sampingan.
- Kesan sampingan yang tidak kehendaki atau tidak dijangka dipanggil sebagai ‘adversed reaction/effect'.
- Tidak semua kesan sampingan membawa keburukan.
Contoh finasteride. Diperkenalkan pada tahun 1992 untuk merawat pembesaran kelenjar prostat bukan kanser, ia didapati memberi kesan sampingan pertumbuhan semula rambut.
Kesan sampingan juga boleh merangkumi:
- interaksi dengan ubat atau makanan lain
- ubat tidak berfungsi dengan baik
Inilah sebabnya, jika anda mengambil ubat-ubatan, sila pastikan ada selangan sekitar 2 jam atau lebih sebelum atau selepas pengambilan suplemen.
Kerana ubat mungkin menimbulkan reaksi tidak dikehendaki apabila komponen ubat bercampur dengan bahan lain (yang boleh menimbulkan reaksi).
Bukan kerana makanan / suplemen yang menimbulkan kesan sampingan tetapi komponen dadah tersebut yang boleh menimbulkan reaksi tidak dijangka dengan bahan lain.
Untuk suplemen semulajadi atau makanan, ia bergantung kepada tubuh individu. Jika ada alergik, bermaksud tidak boleh. Ini bukan kesan sampingan tetapi ketidaksesuaian tubuh individu.
Suplemen semulajadi dan sintetik mungkin mempunyai kesan atau keberkesanan berbeza kerasa struktuk kimia yang berbeza walaupun namanya sama.
Suplemen dari bahan semulajadi biasanya sangat sesuai secara biologinya untuk tubuh manusia. Dan jika diambil secara betul, ia akan memberi kesan optimum terhadap tubuh dan kesihatan.
Untuk ini, sila pastikan anda membeli atau mendapatkan suplemen daripada penjual yang dapat memberikan khidmat nasihat yang baik secara berterusan.
Discussion about this post