Lagu best dan Energetic Untuk Dipasang Semasa Bersenam |
Ada kajian menunjukkan bahawa mendengar lagu semasa workout boleh membantu memberi impak positif terhadap psikologi seseorang semasa bersenam.
Saya salah seorang yang akan akui hal tersebut.
Sebabnya, semenjak lebih kurang 3 tahun yang lalu (sehingga hari ini), saya sering bersenam seorang diri di padang. Tak kira siang ataupun malam.
Dan ia sangat membantu saya untuk kekal bermotivasi terutama apabila berhadapan dengan rutin yang tough. Lupakan penat.. and just keep going.. =)
Ada masa awal pagi sebelum subuh, ada masa juga lewat malam.
Kawasan padang tidaklah terang sangat. Ada lampu jalan je..
Mungkin ada yang lalu lalang tapi secara umum, di padang tu sunyi.
Jadi, mendengar musik amat membantu saya untuk push diri sendiri. Apatah lagi rutin workout saya kadangkala agak tough. Semuanya adalah bodyweight workout.
Ini adalah salah satu playlist yang saya selalu pasang ketika workout.
Saya pilih playlist ini sebab :
1. Energetic
2. Epic
3. Instrumental
Kalau guna smartphone, boleh install app percuma Spotify dari Google Play atau Apple Store.
Discussion about this post