How To Be The Man of Steel | Image Manipulation Photoshop

0
23

How To Be The Man of Steel | Image Manipulation Photoshop

How To Be The Man of Steel | Image Manipulation Photoshop |

Hai, semua..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Terima kasih kerana singgah di blog saya.
Ok, kali ni saya nak share sikit tentang apa yang saya buat di masa lapang.

Kadang-kadang saya ni suka bermain dengan Adobe Photoshop.
Takdelah expert sangat tapi bolehlah sikit-sikit..

2 tahun lepas, saya ada siapkan gambar untuk vision board saya.
Salah satu gambar tu berkaitan fitness.

Saya nak sado, nak buat badan ada ketul-ketul lah sikit kan..
Jadi saya cari gambar dan edit untuk masuk vision board dan inspiration.

Lebih kepada vision lah sebab consider nak push untuk satu target.

Gambar pertama yang saya edit adalah Wolverine.

Masa ni kiranya suka-suka je edit gambar jadi macam ni.

Well bagi anda yang tahu tentang vision board, anda mungkin faham tentang the Law of Attraction (LOA) atau Law of Universal Attraction (LUA – versi Islamic).

  1. Allah mengikut sangkaan hambaNya.
  2. Percaya sebelum berjaya.

Masa tu entah kenapa saya saja suka-suka kata nak buat 500x pushup daily.

Then, terupload lah pulak dalam app komuniti Freeletics.
Ada pulak yang dok clap dan support.

Automagically, it encourage me untuk do better.
Saya pun teruskanlah 500x pushups daily tu dan siapkan poster-poster untuk mudahkan update.

Alhamdulillah, selepas beberapa minggu, saya ni daripada kurus dapatlah hampir sama macam vision board.

Hanya dengan bodyweight workout. Tanpa pergi gym.
Saya bersenam di rumah atau di padang permainan depan rumah je.

Nampak dah kan lekuk-lekuk tu, tak payah bukak baju dah kan.

Ok, ok.. nak cerita pasal Man of Steel sebenarnya..

Lepas dapat body almost like Wolverine, saya nak change untuk dapatkan figure macam “Superman” tu.

So, saya nak edit satu lagi gambar untuk dimasukkan ke dalam vision board.

Google punya Google, gambar ni nampak cun.

Dan boleh match dengan gambar ini..

Gambar ni candid dalam dewan yang lighting agak romantik..

Gambar asal saya takde, cuma ada video. Ini adalah slideshow dari video yang saya screenshot.

Walaupun kualiti tak tinggi but bolehlah kan since saya pun memang tak banyak bergambar pun. So, guna apa yang ada.

Prosesnya simple je cuma makan masa sikit :

  1. Padam mana yang tak berkenaan, jadikan background transparent dan ambil bahagian kepala je.
  2. Masukkan ke gambar Superman dan touch up kasi match semua.

Dalam video ni, saya delete sikit background overlay gambar atas :

Touch up punya touch up dan tadaa !!

Inilah hasilnya..

Amacam? Ok ke ok?
Sebagai amatur kira oklah tu kan..
Lagi power dari Amran Fans ke camne? hahaha..

Haa.. kepada anda yang berminat nak belajar edit photo lebih power, anda boleh belajar edit guna Photoshop kat sini : https://masterlatif.com/learnphotoedit

Oh, by the way..
Kalau ada apa-apa, boleh tinggalkan komen di bawah ye.

Terima kasih =)

Facebook Comments

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *