masterlatif.com
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
No Result
View All Result
  • Login
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
No Result
View All Result
masterlatif.com
No Result
View All Result
Home Tech

Menghadkan Kekebalan Raja-Raja Melayu – Tun Ghafar Baba – Tun Mahathir

April 9, 2018
in POLITIK MALAYSIA
Reading Time: 4 mins read
2.2k
SHARES
3k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Menghadkan Kekebalan Raja-Raja Melayu – Tun Ghafar Baba – Tun Mahathir

Menghadkan Kekebalan Raja-Raja Melayu

Tindak balas berfakta berkenaan menghadkan kekebalan Raja Raja Melayu berpunca dari tindakan dan sikap buruk Ayahandanya sendiri.

POST BERKAITAN

Bahaya Politik Kafir Mengkafir Khawarij – Dr.MAZA Video

Ramalan Keputusan PRU14 Berdasarkan Kajiselidik Invoke Rafizi Ramli

Dijawab oleh anak Tun Ghafar Baba.

SULTAN BUKAN TUHAN

Tamrin Tun Ghafar
Menghadkan Kekebalan Raja-Raja Melayu Tun Ghafar Baba Tun Mahathir master latif com md latiff
(1-36)

1. “Jika you batalkan juga pindaan ini , saya akan tentang you habis-habisan. You tahu kan negara ini hak siapa . Yes , hak rakyat , bukan hak mereka.

2. “Mereka ini kena patuh Perlembagaan dan undang-undang . Mereka bukan Raja Mutlak saperti Raja-Raja Arab . Rakyat yang meletakkan mereka di situ”.

Menghadkan Kekebalan Raja-Raja Melayu Tun Ghafar Baba Tun Mahathir master latif com md latiff

3. Saya tersentak melihat wajah serius dan kata-kata tegas ayah saya, Pak Ghafar ( arwah Tun ) apabila Dr. Mahathir ( Tun ) menelefon beliau memaklumkan hasratnya tidak mahu meneruskan cadangan meminda Perlembagaan Negara berhubung kuasa Raja-Raja.

4. Ketika itu Pak Ghafar ialah Pengerusi Kompleks Kewangan yang juga salah seorang Naib Presiden UMNO.

5. Pak Ghafar minta saya rahsiakan perkara ini kerana tidak mahu rakyat hilang keyakinan terhadap Dr. Mahathir.

Menghadkan Kekebalan Raja-Raja Melayu Tun Ghafar Baba Tun Mahathir master latif com md latiff

6. Arwah pernah juga memberitahu saya sebab-sebab beliau enggan menerima Bintang-Bintang Kebesaran atas alasan beliau tidak mahu tangan beliau terikat andainya jika berlaku pertikian di antara rakyat dengan Raja.

Katanya lagi mungkin satu hari nanti anak-anak Raja yang tak senang dengan kita , mereka akan sewenang-wenangnya tarik balik pingat yang diberi oleh bapa mereka kepada kita.

Lagi pun, sambung beliau, itu semua (Pingat dan Gelaran) bukan boleh membantu kita di dalam kubur nanti.

7. Ayahanda Tun Ghafar meninggal pada 23hb April 2006 pada umur 81 tahun. ALFATIHAH.

8. Rahsia ini terpaksa saya kongsikan bersama kerana kebelakangan ini saya lihat ada di kalangan Raja-Raja sama ada mungkin terlupa atau tidak tahu punca mengapa dua kali Perlembagaan Negara TERPAKSA dipinda, justeri mereka terus berdendam dan menyalahkan Tun Dr. Mahathir seolah-olah beliau sesuka hati dan beria-ia sangat yang mahu kedua dua Perkara dalam Perlembagaan itu dipinda.

9. Perlu saya berterus terang selepas meninggalkan UMNO dan PAS dan Deklarasi Rakyat yang dipimpin sendiri oleh Tun Mahathir, saya tidak lagi menganggotai mana-mana parti politik mahu pun NGO.

Perkara ini pernah saya maklumkan juga kepada YAB Datuk Seri Najib sendiri.

10. Saya lebih senang begini, memberi pandangan dan teguran2 secara bebas.

11. Terserahlah kepada sesiapa membuat andaian dan interpretasi terhadap tulisan-tulisan saya.

Kita semua bukan maksum. Tegur menegur dan ingat mengingat adalah amalan baik yang dituntut oleh agama.

12. Niat saya hanya
mahu melihat negara kita terus maju dan dihormati oleh dunia dan rakyat hidup aman damai tanpa kira kaum dan agama.

13. Setelah berbincang beberapa kali, akhirnya pada 1hb Ogos 1993, Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu telah membentangkan usul meminda Perkara 66 Perlembagaan Negara.

14. Walaupun Parlimen telah meluluskan Pindaan tersebut tetapi Raja-Raja masih enggan memberi persetujuan kerana mengikut Perkara 38 ( 4 ) 2 Raja-Raja MESTI bersetuju dengan mana-mana pindaan Perlembagaan yang ada kaitan dengan kedudukan mereka.

15. Rakyat jelata mula marah diatas keenganan Raja-Raja memberi persetujuan. Perhimpunan demi perhimpunan membantah sikap Raja-Raja telah diadakan.

16. Segala rahsia dan kelemahan Raja-Raja dan keluarga mereka ditelanjangkan. Terdapat juga suara-suara dan cadangan yang ekstrim disuarakan. Itulah perasaan rakyat terhadap Raja-Raja ketika itu.

17. Di sini Dr.Mahathir telah berjaya mententeramkan keadaan, jika tidak, mungkin hari ini tidak ada lagi Raja-Raja seperti yang pernah berlaku pada Negeri Melaka sejak tahun 1699 iaitu kira-kira 320 tahun dahulu atau yang pernah berlaku di negara-negara Eropah suatu masa dulu.

18. Bagi mengatasi kemelut itu, Majlis Tertinggi UMNO telah melantik Pak Ghafar mengetuai rombongan UMNO bagi berbincang dengan kesemua Raja-Raja. Ia berlangsung di Istana Kayangan , Selangor. Turut dalam rombongan itu ialah Datuk Harun Idris ( bekas MB Selangor ), Datuk Kamaruddin Md. Isa ( bekas MB Perak ), Datuk Mustapha Jabar ( Setiausaha Agung ) dan Puan Marina Yusoff.

Raja-Raja pula dibantu oleh Raja Aziz Addrause, seorang pakar undang-undang yang terkenal.

19. Akhirnya mereka (Raja-Raj dan peguam mereka) bersetuju dengan hujah Pak Ghafar bahawa TIDAK ADA terdapat mana-mana perkara dalam Perlembagaan yang mengatakan Raja-Raja berhak atau punyai kuasa menolak mana-mana Bill yang diluluskan oleh Parlimen, justeru mereka ( Raja2 ) BERSETUJU dengan Pindaan Perkara 66 Perlembagaan itu.

20. TIDAK ADA RAJA JIKA TIDAK ADA RAKYAT kerana rakyatlah
yang mengangkat seseorang itu menjadi Raja.

21. Saya pernah dengar cakap-cakap kononnya ada terdapat amalan di mana Raja-Raja perlu meneliti dan meluluskan senarai calon dari parti memerintah sama ada sipolan-sipolan itu boleh bertanding atau sebaliknya . Begitu juga kononnya sama ada sesorang itu boleh dilantik sebagai EXCO atau tidak turut ditentukan oleh Raja berkenaan.

Semua amalan ini termasuk meminta mana-nana parti yang telah mendapat kepercayaan dan mandat rakyat menghantar 3 nama kepada Raja untuk dipilih sebagai Menteri Besar dan cakap-cakap kononnya ada Raja yang TIDAK AKAN melantik sipolan-sipolan sebagai Ketua Pentadbir Kerajaan jika parti yang menang tidak digemarinya – ini semua adalah amalan yang terang-terang bertentangan dengan Perlembagaan dan Undang-Undang negara.

22. Jika amalan ini berterusan , maka Pilihanraya adalah sia-sia sahaja. Lebih baik Raja lantik sahaja sesiapa yang mereka suka sebagai Bendahara ( Ketua Kerajaan ) sepertimana yang pernah dilakukan oleh Raja-Raja di zaman Kesultanan Melaka dahulu.

23. Lagi pun cuba bayangkan di mana Raja-Raja nak letakan diri jika sekiranya parti yang mereka tak minat itu mendapat sokongan majoriti rakyat bagi mentadbir Negara atau Negeri.

24. Pindaan Perlembagaan kedua berlaku apabila seorang rakyat biasa, Douglas Gomez dipukul dengan teruk oleh Sultan Mahmod Iskandar dari Johor. Insiden ini berlaku di Istana Johor pada 30hb November 1992.

25. Usul yang dibawa oleh Pak Ghafar dan diluluskan pada 10hb Disember 1992 adalah bagi mewujudkan Mahkamah Khas untuk membicarakan mana-mana Raja yang melanggar Perlembagaan dan Undang-Undang. Jika didapati bersalah, hukuman keatasnya adalah mengikut undang-undang yang sedia ada.

26. Ekoran penubuhan Mahkamah Khas itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah adalah Raja yang pertama sekali diheret ke Mahkamah. Ia berlaku pada 1995.

27. Adalah tidak ruginya jika sekiranya Raja-Raja membincangkan sesama sendiri perkara-perkara yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Negara.

28. Raja-Raja mestilah menunjukkan contoh dan teladan yang baik yang boleh diikuti oleh rakyat jelata.

29. Anak ketam tidak akan dapat berlari betul selagi bapa ketam tidak berjalan betul terlebih dahulu.

30. Jika sekiranya mana-mana Raja merasakan mereka boleh berkhidmat lebih hebat untuk rakyat, maka jalan yang sebaik-baiknya ialah mereka turun takhta dan bertanding dalam pilihanraya.

31. Saya masih teringat kata-kata Sultan Mahmod Iskandar dari Johor yang berbunyi –
“AKU BUKAN TUHAN YANG PATUT DISEMBAH”

32. Saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan fakta dalam tulisan ini.

33. Tulisan ini akan saya serahkan kepada Raja-Raja melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam masa terdekat ini.

34. Saya bertanggungjawab di atas tulisan ini.

35. HAK MENGUNDI IALAH HAK RAKYAT.

36. Mohon dikongsikan kepada mereka yang cintakan sistem Raja Berperlembagaan seperti yang kita amalkan sekarang.

Terima Kasih.

 


Share953Tweet536

Related Posts

Bahaya Politik Kafir Mengkafir Khawarij – Dr.MAZA Video

January 4, 2019
PERMAINAN

Ramalan Keputusan PRU14 Berdasarkan Kajiselidik Invoke Rafizi Ramli

May 8, 2018
Tech

Atuk Dah Tua Jadi Masa Tak Banyak Tun Mahathir Video

April 29, 2018
Load More
Next Post

Good Morning 01

Scam Sms Whatsapp Telegram

Discussion about this post

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 152k Subscribers
Join Bisnes Online

Join Sekarang
Panduan Pilih Suplemen Vitamin C Terbaik Untuk Pesakit Buah Pinggang Kronik – Dialisis

Panduan Pilih Suplemen Vitamin C Terbaik Untuk Pesakit Buah Pinggang Kronik – Dialisis

January 8, 2019 - Updated on October 12, 2020

Carotomax Untuk Hilangkan Sakit Kepala

December 31, 2017

Senggugut Teruk Sangat Berbahaya !

September 18, 2017

Pesakit Strok Sembuh Lebih Pantas Dengan Vivix

December 9, 2017 - Updated on October 12, 2020

Bolehkah Bayi Minum Air Mineral ?

June 8, 2020 - Updated on June 24, 2020
Load More
Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

June 26, 2020
14 Kebaikan dan Manfaat ESP Shaklee

14 Kebaikan dan Manfaat ESP Shaklee

June 23, 2020 - Updated on February 12, 2021

Lebih 2 Juta Rakyat Malaysia Dijangka Menganggur Ekoran Covid-19

June 4, 2020 - Updated on June 26, 2020

POPULAR

  • Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    6324 shares
    Share 2555 Tweet 1571
  • Shaklee Penyumbang Kepada Israel / Zionis ?

    2234 shares
    Share 894 Tweet 559
  • 11 Perkara Yang Membatalkan Wudhu

    3021 shares
    Share 1220 Tweet 750
  • Bukti Keturunan Firaun Masih Lagi Berkuasa Hingga Hari Ini

    2663 shares
    Share 1065 Tweet 666
  • Senarai SWIFT Code Bank Di Malaysia

    2303 shares
    Share 979 Tweet 552
masterlatif.com

Bisnes Online | Kesihatan & Kecantikan | Nutrisi & Vitamin | Tutorial & Review

Contact Me Here :

Like | Follow | Subscribe

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 152k Subscribers
  • About
  • Contact
  • Advertise
  • Privacy & Policy

© 2021 masterlatif.com

No Result
View All Result
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK

© 2021 masterlatif.com

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In