masterlatif.com
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
No Result
View All Result
  • Login
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
No Result
View All Result
masterlatif.com
No Result
View All Result

Minyak Ikan Omega 3 Bantu Kurangkan Risiko Bayi Lahir Pramatang

Home Editorial
2.2k
SHARES
3k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Minyak Ikan Omega 3 Bantu Kurangkan Risiko Bayi Lahir Pramatang | 

Minyak Ikan Omega 3 Bantu Kurangkan Risiko Bayi Lahir Pramatang

Kajian terkini mendapati bahawa ibu hamil yang mengamalkan pemakanan Omega 3 setiap hari adalah kurang berisiko melahirkan bayi pramatang.

Hasil penemuan ini sangat kuat, mereka mencadangkan ibu hamil harus mula mengambil tablet minyak hati ikan cod setiap hari mulai minggu ke-12 kehamilan dan seterusnya.

 


70 Kajian Membuktikan Penurunan Risiko Kelahiran Pramatang

Sebelum ini, wanita yang mahu mengandung selalu dinasihati agar mengehadkan pengambilan minyak ikan dan mengelak ikan-ikan tertentu kerana bimbang terhadap pencemaran dan pendedahan merkuri.

Namun, hasil penelitian daripada 70 kajian mendapati peningkatan jenis asid lemak yang terdapat dalam ikan berminyak seperti salmon dan makarel mengurangkan risiko bayi lahir sebelum minggu ke-37 sebanyak 11 peratus.

Risiko bersalin sebelum minggu ke-34 jatuh sebanyak 42 peratus dan peluang untuk mempunyai bayi kecil – seberat kurang dari 5lbs 5oz – jatuh sebanyak 10 peratus.

Minyak Ikan Omega 3 Bantu Kurangkan Risiko Bayi Lahir Pramatang

 


Kaedah Lain Menghalang Kelahiran Pramatang

Pada masa ini terdapat beberapa pilihan untuk mencegah kelahiran pramatang, namun ia adalah penyebab utama kematian kanak-kanak di bawah umur 5 tahun di seluruh dunia.

Mereka yang mampu hidup pula menghadapi pelbagai komplikasi jangka panjang termasuk masalah penglihatan, kelewatan perkembangan dan kesukaran pembelajaran.

 


Dos Optimum Omega-3 Yang Boleh Mencegah Kelahiran Pramatang

Saintis mencadangkan mengambil pil harian yang mengandungi antara 500 sehingga 1000mg lemak omega-3 mulai minggu ke-12 dan seterusnya dapat membantu mengurangkan risiko ini.

Penyelidik dari University of Adelaide, Institut Penyelidikan Kesihatan dan Perubatan SA (SAHMRI) dan Hospital Wanita dan Kanak-kanak mengkaji semula keputusan percubaan yang membabitkan 20,000 wanita.

Mereka melihat dua jenis asid lemak omega-3 iaitu asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA), yang terdapat dalam minyak ikan salmon dan minyak hati ikan kod.

Mereka mendapati terdapat ‘bukti yang berkualiti tinggi’ bahawa suplimen omega-3 adalah strategi yang berkesan untuk mengurangkan kelahiran pramatang.

Pakar percaya, omega-3 mungkin berperanan dalam mengurangkan potensi hormon kuat yang boleh memulakan kelahiran pramatang, seterusnya memanjangkan tempoh kehamilan.

Profesor Philippa Middleton, dari SAHMRI, berkata:

“Tidak banyak pilihan untuk mencegah kelahiran pramatang, jadi penemuan baru ini sangat penting bagi wanita hamil, bayi dan profesional kesihatan yang menjaga mereka.

Kami belum lagi memahami sepenuhnya sebab-sebab kelahiran pramatang, jadi meramalkan dan menghalang kelahiran awal selalu menjadi cabaran.

Ini adalah salah satu sebab suplimen omega-3 dalam kehamilan adalah begitu menarik minat para penyelidik di seluruh dunia”.

Profesor Middleton berkata adalah penting untuk memeriksa dan memastikan minyak ikan yang diambil mengandungi sekurang-kurangnya 500mg DHA. Beliau mengingatkan, banyak suplimen di pasaran yang tidak mengandungi dos optimum omega-3 yang boleh mencegah kelahiran pramatang.

“Kajian kami menemui dos optimum adalah suplimen diambil setiap hari yang mengandungi antara 500 sehingga 1000 miligram (mg) lemak omega-3 rantaian panjang (mengandungi sekurang-kurangnya 500mg DHA) bermula pada kehamilan minggu ke-12 dan seterusnya”. Jelas beliau.

 

Minyak Ikan Omega 3 Bantu Kurangkan Risiko Bayi Lahir Pramatang

 


Omega Guard Shaklee

Setiap hidangan Omega Guard membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA. Ia

dihasilkan dengan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini di mana

proses penyulingan dilakukan sebanyak 3 kali untuk mengekstrak omega-3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri dan sebagainya

Hubungi Latif untuk dapatkan Omega Guard terbaik yang ada di pasaran.

KLIK SINI Untuk Topik Berkaitan Omega Guard


jadi ahli Shaklee sekarang diskaun shaklee 15-20% amg group shaklee terbaik ramai doktor
https://masterlatif.com/whatsapp | https://masterlatif.com/telegram

+ Kelebihan join Shaklee bersama RYG-AMG +
Group utama ramai doktor, nurse dan ahli farmasi, social media influencer dan sangat aktif.
Sharing dan soal jawab tentang kesihatan, nutrisi / suplemen setiap hari.
Sharing dan coaching bisnes online dari rumah setiap hari.

Your Trusted Shaklee Distributor in Malaysia
Offline (Klang – Banting | Shah Alam | Telok Panglima Garang)
#jihadbinakesihatan#jihadekonomi

mdlatiff

mdlatiff

Related Posts

5 Tanda dan Gejala Kekurangan Omega-3
KESIHATAN & KECANTIKAN

5 Tanda dan Gejala Kekurangan Omega-3

February 1, 2021
Kesan Sampingan Dialisis
BUAH PINGGANG

Kesan Sampingan Dialisis

February 1, 2021
Apakah CoQ10 dan Fungsinya
KESIHATAN & KECANTIKAN

Apakah CoQ10 dan Fungsinya

November 4, 2020
Load More
Next Post

Promosi Vivix 2019 (30 Jan-28 Feb)

Discussion about this post

RECOMMENDED

Increasing the PHP Memory Limit of Your Website

February 8, 2021

How to Increase PHP Time Limit for a WordPress Site?

February 8, 2021
  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 152k Subscribers

MOST VIEWED

  • Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    6323 shares
    Share 2554 Tweet 1570
  • Bagaimana Pesakit Buah Pinggang Stage 4 Bebas Dialisis Tanpa Pembedahan

    2221 shares
    Share 889 Tweet 555
  • 3 Punca Utama Keluarga Tak Bahagia Dan Tak Seronok – Ebit Lew

    2300 shares
    Share 978 Tweet 551
  • 11 Perkara Yang Membatalkan Wudhu

    3021 shares
    Share 1220 Tweet 750
  • Zombie Adalah Pahlawan dan Raja Islam

    2285 shares
    Share 972 Tweet 547
masterlatif.com

Bisnes Online | Kesihatan & Kecantikan | Nutrisi & Vitamin | Tutorial & Review

Contact Me Here :

Like | Follow | Subscribe

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 152k Subscribers
  • About
  • Contact
  • Advertise
  • Privacy & Policy

© 2021 masterlatif.com

No Result
View All Result
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK

© 2021 masterlatif.com

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In