Oh, Macam Ni ke Nak Naik Rank Youtube?
Harini baru belajar-belajar guna fungsi tags Youtube dengan lebih baik.
Tadi, lepas tonton video Tun Mahathir saya terklik satu video lain. Potongan ucapan Tun Mahathir dalam Policy Talk.
Video pendek tu, pointnya adalah 2 tahun tun jadi perdana menteri.
Ia sangat menarik (Tun Mahathir punya ucapan semuanya best tapi sekali sekala akan muncul point yang killer).
Jadi, saya cuba cari rakaman yang lebih baik (hd, full hd, atau sumber asal). Tapi yang jumpa setakat ini hanyalah resolusi 360px.
Pasang sampai habis.
Hmm.. penjelasan ringkas dan idea Tun Mahathir bagaimana nak selesaikan semula isu kritikal Malaysia sangat bagus.
Tak boleh simpan sorang sebab ia sangat bermanfaat dan untuk kepentingan semua orang juga. Harapan sangat ni..
Takpelah, resolusi hanyalah ‘teknikal'.
Yang lebih penting adalah konten nya.
Download, edit sikit dan upload.
Sementara nak upload tu, masukkan tags yang sesuai ikut cara yang betul.
Dulu main langgar je tags ni, suka hati.
Sekarang cuba guna tools sedia ada untuk bantu.
Ok, baru perasan tools untuk analisa tag pada Youtube boleh jadi faktor penting untuk naik rank.
Saya tak buat keyword research dahulu.
Just upload video dan tools automatik buatkan research tags.
So, ini kes tak sengaja atau jumpa rahsia shortcut naik rank? lol 😝
#masterlatifcom
Blogger | Vlogger | Reviewer
Discussion about this post