Ramai Keliru Dengan WordPress .com dan WordPress .org (self-hosted) |
Ini khas untuk personal blog atau company kecil dan sederhana.
Ringkas nak bagi faham :
1. WordPress ni platform atau software atau skrip.
Skrip WordPress ni percuma.
2. Automaticc adalah company yang sediakan perkhidmatan hosting skrip WordPress pada server mereka dan selia selenggara.
Install ke server dan siapa nak guna boleh daftar percuma tapi sangat limited fungsi yang dibenarkan.
Kalau langgan WordPress .com paling murah $4/month tapi fungsi masih terhad. Tak boleh pasang design sendiri dan tak boleh pasang plugins.
Nak bebas, kena langgan $25/month = $300/year = lebih kurang RM1350 setiap tahun.
—–
3. Lebih fleksible dah mudah serta ada kuasa penuh untuk ubahsuai dan lakukan apa sahaja, pasang skrip di hosting / server yang kita sewa.
Untuk kegunaan sendiri, server tahunan yang bagus secara umum boleh dapat dalam RM200-300/tahun.
Ada lebih murah ada lebih mahal bergantung kepada pakej tapi ini umumlah. Boleh downgrade, boleh upgrade ikut keperluan.
=====
Untuk berbandingan umum :
Anggap kos tahunan WordPress pada server sewa termasuk namadotcom RM350/year.
RM350/tahun sendiri (self-hosted) inilah sama dengan RM1,350 WordPress .com.
Beza servis tahunan adalah RM1,000.
Kalau ada freelance minta bayaranRM150, RM250 ke.. RM350 ke.. atau mungkin RM750 up sehinga RM2,000-RM3,000 upahnya siap design + plugins premium (berbeza-beza ikut servis) itu JAUH LEBIH MURAH berbanding WordPress .com.
Upah sekali je pun
Wordress .com, design + plugins premium kena beli berasingan juga. Customization masih sama boleh sehingga 2-3 ribu.
Total WordPress .com pun nanti jadi RM3,000-RM15,000 dan tahunan RM1,350.
Jadi, lebih untung dan jimat wordpress pasang di server yang kita sewa berbanding servis wordpress .com
p/s : Latif pernah didatangi web developer sebuah company yang tawarkan harga RM15,000 untuk satu website / blog. Ini pun kira harga normal.
RM350 (wordpress self-hosted) vs RM1,350 (wordpress .com) mana satu korang prefer?.
—–
Terpaksa bocor rahsia sikit sebab kesian ramai kawan-kawan yang Latif perasan 3-4 bulan kebelakangan ni ambil wordpress .com tapi tak dapat kelebihan utama guna platform wordpress seperti themes dan plugins premium.
Discussion about this post