Setiap Kali Pesan Makan Dengan Abang Thailand Mesti Dapat Lain |
Berpuluh-puluh kedai makan Latif singgah.
Berbelas-belas kedai makan jadi tempat favourite.
Tapi inilah satu-satunya tukang masak paling kena dengan selera dan paling ikut kehendak.
Secara jujur, memang sedap masakan abang tu.
Kalau beliau cuti, memang tak jadi order masakan panas. Ramai dah tukang masak ganti waktu abang ni cuti tapi bila rasa, itulah sekali order. Abang tu naik kerja, baru order masakan panas.
Banyak kedai makan, order tak pedas dia bagi pedas juga walaupun sikit. Nasi goreng cina pun pedas.
Kadang, perlu order yang lain untuk bagi budak-budak yang tak tahan. Atau bila order masih tak ikut spec, terpaksalah cari alternatif lain macam biskut atau roti lepas tu.
Kat kedai ni, tukang masak sangat concern masakan untuk pelanggan.
Awal-awal dulu, siap datang personal kat Latif untuk tanya yang macam mana nak.
Hari tu, Elly teringin nak kuey teow kung fu. Bila makan, dia tak suka telur garing, nak lagi lembut. Order baru yang lain, bagitau nak macam mana tekstur, dia buat juga sampai jadi.
Tapi yang Latif nak bagitau ni, setiap kali order mesti dapat lain dari orang lain. Order tomyam, sup daging.. apa-apalah. Isinya penuh. Lain dari orang sebelah.
Yang ni, dalam gambar ni baru je order nasi goreng cina. Tapi terselit lauk. Nasi memang penuhlah kan. Ada masa tengah makan tu, dapat pulak lauk lain.
Yelah mungkin ada masa terlebih masak, sikit-sikit tu terkumpul jadi banyak yang terlebih.
Mungkin juga faktor abang ni pelanggan tetap tapi serius der.. Latif dulu kerja cafe juga, tolong-tolong kat dapur juga.
Yang terlebih kami kat dapurlah makan sendiri, tapi abang ni dibaginya kat customer. Lepas makan, kalau tak habis dan Latif bungkus, diselut juga lauk lain.
Alhamdulillah..
Semoga Allah berikan lebih banyak rezeki untuk abg tu, dan kedai tu.
Patutlah kedai ni meriah gila berbanding kedai sebelah-sebelah..
Inilah yang orang kata, “What you give, you will get back more.”
Discussion about this post