masterlatif.com
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
No Result
View All Result
  • Login
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK
No Result
View All Result
masterlatif.com
No Result
View All Result
Home BERITA & SEMASA

Singapura Kembalikan RM45.9 Juta Wang 1MDB Kepada Malaysia

September 10, 2018
in BERITA & SEMASA
Reading Time: 2 mins read
2.1k
SHARES
3k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Singapura Kembalikan RM45.9 Juta Wang 1MDB

Singapura Kembalikan RM45.9 Juta Wang 1MDB

KUALA LUMPUR: Mahkamah Singapura meluluskan perintah pelupusan wang dianggarkan S$15.3 juta (RM45.93 juta) yang sebelum ini didapati diselewengkan daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan/atau anak syarikatnya, SRC International Sdn Bhd.

Peguam cara Kerajaan Malaysia merangkap Kumpulan 1MDB, Tan Rajah & Cheah, ketika mengesahkan perkara itu berkata usaha untuk mendapatkan semula aset lain yang diselewengkan daripada syarikat pelaburan strategik negara masih diteruskan.

POST BERKAITAN

Data CDC: 329 Kematian dan Lebih 9516 Kecederaan Lain Selepas Suntikan V.ksin C.v|d

Vaksin Boleh Menyebabkan Autism

“Dana yang dikembalikan ini merangkumi pelbagai mata wang negara dan ia akan dipindahkan ke akaun perolehan khas 1MDB di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berdasarkan kenyataan itu, firma guaman Singapura yang dilantik Malaysia, Julai lalu bagaimanapun tidak memperincikan tarikh perintah pelupusan dana 1MDB diluluskan mahkamah republik berkenaan.

Peguam Negara, Tommy Thomas, pada awal Julai lalu dilaporkan berkata, kerajaan melantik firma guaman Singapura, Tan Rajah & Cheah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap 53 individu dan syarikat bagi menuntut wang milik 1MDB.

Susulan pelantikan itu, Kerajaan Malaysia memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di Singapura terhadap 53 defendan, termasuk ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low bagi mendapatkan perintah untuk mendapatkan semula wang milik 1MDB.

Sumber berkata, Thomas mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara Singapura, Lucien Wong, sebelum itu untuk memudahkan pemulangan wang 1MDB yang dibekukan pihak berkuasa Singapura.

Kerajaan terpaksa melantik peguam cara dari Singapura untuk memfailkan tindakan kerana peguam Malaysia tidak dibenarkan mewakili kes berkenaan di mahkamah republik itu.

Pada 31 Mei, Pasukan Petugas Khas 1MDB, dalam satu kenyataan berkata, Singapura dan Malaysia bersetuju untuk bekerjasama dalam usaha membawa balik wang dipercayai diselewengkan daripada syarikat pelaburan strategik negara itu.

Pasukan Petugas Khas 1MDB Malaysia, yang ditubuhkan pada 21 Mei lalu dianggotai bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.

Antara tanggungjawab Pasukan Khas Siasatan 1MDB ialah mengendalikan siasatan, pengesanan dan rampasan aset, selain pendakwaan terhadap individu yang melakukan kesalahan jenayah dalam pengurusan syarikat berkenaan.

 

Sumber : BHarian

Continue Reading
Share854Tweet534

Related Posts

Data CDC: 329 Kematian dan Lebih 9516 Kecederaan Lain Selepas Suntikan V.ksin C.v|d
BERITA & SEMASA

Data CDC: 329 Kematian dan Lebih 9516 Kecederaan Lain Selepas Suntikan V.ksin C.v|d

February 1, 2021 - Updated on February 5, 2021
Vaksin Boleh Menyebabkan Autism
NOTA AKHIR ZAMAN

Vaksin Boleh Menyebabkan Autism

January 25, 2021 - Updated on January 26, 2021
KESIHATAN & KECANTIKAN

80 Ubat Darah Tinggi Disahkan Beracun dan Ditarik Balik Buang Sekarang !!

July 2, 2020 - Updated on July 8, 2020
Load More
Next Post

10 Proven Omega 3 Benefits and 7 Best Omega 3 Foods

291 Harga Barang Turun Selepas Pelaksanaan SST

Discussion about this post

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 152k Subscribers
Join Bisnes Online

Join Sekarang

10 Hormon Penting Dalam Tubuh Manusia

January 12, 2018
Kesan Sampingan Ubat Berasaskan Dadah [VIDEO]

Kesan Sampingan Ubat Berasaskan Dadah [VIDEO]

January 26, 2018 - Updated on September 1, 2020
Bagaimana Pesakit Buah Pinggang Stage 4 Bebas Dialisis Tanpa Pembedahan

Bagaimana Pesakit Buah Pinggang Stage 4 Bebas Dialisis Tanpa Pembedahan

January 30, 2019 - Updated on October 12, 2020

Animasi Vitamin Semulajadi vs Vitamin Sintetik Video

September 12, 2017
7 Tindakan Hebat Vitamin C Untuk Tubuh Anda

7 Tindakan Hebat Vitamin C Untuk Tubuh Anda

April 1, 2020 - Updated on October 12, 2020
Load More
Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

Pendapatan Master Coordinator Shaklee Jun 2020

June 26, 2020
14 Kebaikan dan Manfaat ESP Shaklee

14 Kebaikan dan Manfaat ESP Shaklee

June 23, 2020 - Updated on February 12, 2021

Lebih 2 Juta Rakyat Malaysia Dijangka Menganggur Ekoran Covid-19

June 4, 2020 - Updated on June 26, 2020

POPULAR

  • Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    Download Ayat Ruqyah Syariah PERCUMA Video dan mp3

    6344 shares
    Share 2563 Tweet 1576
  • 11 Perkara Yang Membatalkan Wudhu

    3026 shares
    Share 1222 Tweet 752
  • Shaklee Penyumbang Kepada Israel / Zionis ?

    2239 shares
    Share 896 Tweet 560
  • Bukti Keturunan Firaun Masih Lagi Berkuasa Hingga Hari Ini

    2667 shares
    Share 1067 Tweet 667
  • Beginikah Rupa Bentuk Sebenar Sulur Bidar Lagenda Tasik Kenyir ?

    2479 shares
    Share 996 Tweet 618
masterlatif.com

Bisnes Online | Kesihatan & Kecantikan | Nutrisi & Vitamin | Tutorial & Review

Contact Me Here :

Like | Follow | Subscribe

  • 8.2k Fans
  • 2.2k Followers
  • 152k Subscribers
  • About
  • Contact
  • Advertise
  • Privacy & Policy

© 2021 masterlatif.com

No Result
View All Result
  • KESIHATAN & KECANTIKAN
  • NUTRISI & VITAMIN
  • TUTORIAL & REVIEW
  • PELUANG BISNES
    • SHAKLEE
  • PROJEK

© 2021 masterlatif.com

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In