Statistik Pelawat Master Latif com 18 Feb 2018 |
Hari tu Latif ada share macam mana cara nak turunkan bounce rate kan?
Alhamdulillah, kesannya memang serta-merta dalam beberapa hari lepas tu.
Yang ini, satu lagi kesan positif iaitu pelawat datang mula baca lebih banyak post di blog.
- Untuk sesuatu topik, kita mula ada beberapa post berlainan tapi berkaitan.
- Link kan post-post tersebut.
Atas ni guna internal counter untuk blog.
Yang bawah ni pula adalah external counter (saya tak boleh edit).
Jadi, dari sini boleh dibandingkan supaya dapat data berlainan yang membantu analisa lebih baik.
Belum pandai takpe, boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.
Iye, betul.
Satu post tu kadang-kadang entah berapa banyak kali Latif edit.
Kalau kita buat bagi ala-ala bagus sempurna baru nak post, memang berbulan-bulan belum tentu jadi post lah jawabnya.
So, post dulu dengan konten sebaik mungkin masa tu dan kemudian edit pada bila-bila masa yang lain.
Ada yang dah berbulan-bulan post dah naik, lepas tu tukar gambar, improve content dan penulisan dan macam-macam lagi.
Buat dulu, then improvise.
Kalau tak buat, lagilah takde apa nak improve kan.. 😁
BACA : Tips Ringkas Turunkan Bounce Rate Blog
Discussion about this post