7 Tips Elak dan Atasi Sakit Perut Semasa Raya (2017)

0
36

7 Tips Elak dan Atasi Sakit Perut Semasa Raya (2017)

7 Tips Elak dan Atasi Sakit Perut Semasa Raya (2017) |

Cegah / Prevent

 TIPS 1 
ELAK daripada memakan makanan yang tak sesuai dengan anda.

Bagi anda mungkin alergik dan sensitif dengan makanan tertentu, tak payah nak mengada-ngada makan walaupun nampak sedap sangat.

Mentang-mentang nampak sedap, dibelasah habis sampai orang lain tak dapat makan pulak tu.

Huih.. memang sakit perutlah kan..

 TIPS 2 
KAWAL kuantiti makanan yang masuk.

Beringat-ingat sikit makan tu apatah lagi kalau masih banyak rumah nak pergi.

Budaya orang kampung, kadang-kadang buat baraan (marhaban) dari rumah ke rumah. Habis berbelas berpuluh rumah juga sehari.

Kadang satu minggu tu 2 hari berturut buat. Minggu depannya, ada lagi.

Mana yang konvoi raya jauh-jauh tu, mungkin 7-8 buah rumah sehari.

Makan tu sikit-sikitlah.
Jadi, syoklah dari rumah pertama sampai last boleh merasa semua.

Takdelah nanti rumah awal belasah kaw-kaw, lepas tu rumah-rumah terakhir jadi tukang tengok je.

Ada juga pula nanti yang rasa nak terkucil masa dalam perjalanan ke sana sini tu.

Haa.. nanti jadilah macam dalam video ni, dok terkucil masa interview.

Jangan macam-macam haa..

Ok, sebelum korang terkucil dalam seluar nanti, berikut adalah tips ringkas untuk anda.

 

Fahamkan konsep ni :

  • Makanan masuk > proses (ambil tenaga dan nutrisi/khasiat) > buang sisa / hampas
  • Bila banyak yang masuk, mesti banyak keluar semula.
  • ‘Sisa kumbahan’ dalam badan tu, jika tersimpan ia akan jadi toksin untuk tubuh dan mesti dibuang.
  • Tak semua sisa kumbahan akan keluar pada masa sama sebab masa untuk ia selesai diproses juga berbeza. Ia bergantung kepada corak masa pemakanan dan jenis makanan tersebut.
  • Sebahagian kecil juga terkumpul, melekat dan menjadi kerak di dalam usus (bincang kemudian).

 

Kesnya macam ni :

Kita beraya, kita makan lebih banyak dari hari biasa dan sakit perut.

Abaikan dahulu faktor keracunan disebabkan memakan makanan yang tercemar. Anggap semua makanan ok.

 

Jadi apa isunya?

Sakit perut adalah salah satu signal dari tubuh untuk bagitau badan dah tak boleh simpan sisa kumbahan dan perlu dibuang.

Kuantiti masuk lebih dari biasa.
Kuantiti sisa kumbahan pun lebih dari biasa.

Terlalu banyak makan bercampur-campur dan jumlah rempah-ratus yang terkumpul dalam sehari pun lebih banyak. Buatkan perut rasa tak selesa.

Contoh:
Perut kita ok je kalau makan rendang 1-2 hidangan sehari.

Tapi bila dah sampai 6-7 hidangan? Jumlah makanan keseluruhan dan kuantiti bahan seperti rempah-ratus ini menyumbang kepada sakit perut.

Tambah lagi faktor kalau makan makanan yang memang kita tak sesuai (salah makan).

Secara umum, corak pemakanan semasa hari raya berubah.

Jadi, dalam bab membuang/flush ni tak boleh ikut pattern biasa.
Mestilah buang lebih banyak dari kebiasaan.

Tak semua makanan selesai diproses / hadam sepenuhnya pada masa sama.

Contoh :
Daging salah satu makanan yang lambat dihadam.

Waktu makan malam terbaik yang digalakkan adalah sekitar 6-7pm.

Kita ni, beraya makan sampai lewat malam.
Makan daging pulak lewat malam tu.

Bila tidur, tubuh mula perlahankan semua aktiviti tubuh.
Proses penghadaman pun jadi perlahan.

Bila bangun tidur tu proses penghadaman masih belum sempurna.

Kalau kita makan 6pm, tempoh masa selepas tu sampai pagi cukup untuk proses semuanya sepenuhnya.

Jadi, bangun tidur semuanya dah ready, terkumpul lebih banyak untuk flush kasi habis.

Faham sampai sini?
Ok, sambung..

—–

Tempoh masa average untuk makanan yang masuk bergerak melalui usus dan sampai ke anus ialah : 2.4 hari bagi perempuan dan 1.9 hari bagi lelaki.

Ramai orang membuang hanya bila ‘ada rasa’ sakit perut.
Kalau tengah hari, tengah hari lah dia ke tandas.

Kalau tengah meeting 2pm masa tu sakit perut?
Masa tu lah dia excuse..

Tak semua orang membuang sampai habis setiap pagi sebaik sahaja bangun tidur.

Bahan buangan tu adalah racun untuk tubuh, selagi tak buang selagi tu sakit perut.
Ia akan selesai bila sisa kumbahan tu dikeluarkan semuanya.

Jadi ini yang patut anda lakukan untuk kawal semula tubuh anda.
Kita ambil alih kawal tubuh semula, bukan biarkan 100% secara default.

Penyelesaian Bila Dah Berlaku :

Kita nak flush kasi habis semua.
Kita bantu tubuh untuk proses flush berlaku dengan lebih baik

 TIPS 3 
Minum PLAIN WATER (air masak / air bertapis) secukupnya.

Minum plain water secukupnya bukan je bagus untuk bantu proses membuang tapi ia sangat bagus untuk kesihatan tubuh, kulit akan jadi lebih berseri dan boleh atasi masalah jerawat serta pudarkan parut.

Malah, ia boleh bantu proses penurunan berat badan.

Kalau ikut kaedah pengiraan umum, minum 1 liter plain water setiap 25kg berat dan kita.
40ml / 1kg.

Kalau berat 50kg, maksudnya kita minum 2 liter.

Tapi biasanya masa raya ni dah pun minum banyak air kan, jadi cuma pastikan anda banyakkan minum plain water as much as possible ikut kesesuaian.

Just consume extra than usual but not too much.
Agak-agak juga ikut yang secukupnya.

Kalau hari biasa, saya tetap tekankan untuk 1 liter (plain water) untuk setiap 25kg berat badan. Air manis, bergula semua tu tak ambil kira. Itu lain.

 TIPS 4 
Banyakkan pengambilan SERAT / FIBER.

Hari lain, kuantiti serat dari sayur dan buah kita mungkin cukup (hakikatnya tak cukup mana pun tapi kita anggap cukuplah ya).

Bila makan lebih banyak masa raya ni, kenalah juga naikkan ratio serat kita.
Memang biasa juga orang terlepas pandang kat sini.

Jadi, makan buah-buahan yang ada lebih serat seperti pisang atau buah kiwi. Epal pun boleh je.. yang mudahlah untuk anda.

Nak lagi mudah dan senang dibawa dan disimpan, boleh dapatkan pitted prunes. Cuma pitted prunes ni dah diawet dan tinggi gula juga.

Apapun, point utama yang saya nak anda faham ialah perbanyakkan serat dalam makanan.

Serat ni akan sangat membantu dalam proses flushing sisa kumbahan anda nanti.

 TIPS 5 
Latih diri untuk BANGUN AWAL sebelum subuh dan flush (kasi buang sisa kumbahan tu).

Ini bukan semata-mata semasa raya je, buat setiap hari.

Kan bagus setiap awal pagi kita kasi clear perut tu dan bersedia untuk hari yang aktif dan produktif.

Salah satu cara tunggu je dalam toilet tu.

Mula-mula ni mungkin tak berapa keluar pun tapi hari demi hari, otak akan proses maklumat tabiat anda, tubuh akan terbiasa dan anda akan lebih mudah untuk melepas.

Tapi ini mungkin ambil masa nak latih diri.

Cara terbaik untuk cepatkan proses ni ialah anda bantu bowel movement anda.

Kalau kita makan dan telan, pergerakan otot dalam proses menelan tu dinamakan peristalsis. Pergerakan dalam usus pun peristalsis.

Untuk pergerakan untuk membuang ni, kita panggil bowel movement.

 TIPS 6 
DAUN SENNA
untuk bantu bowel movement.

Sekarang ni, daun senna boleh dapat dalam bentuk tablet dan cecair.
Tak pasti kat farmasi ada tablet daun senna atau tak.

Nak mudah dan confirm produk terjamin selamat, saya cadangkan anda consume HERBLAX.

Herblax ni ada kandungan daun senna dan kombinasi pelbagai lagi tumbuhan yang bagus untuk detox usus.

BACA INI : Senna

Ibu mengandung tak sesuai ambil Herblax.
Boleh consume OsteMatrix sebagai alternatif untuk lawas.

OsteMatrix ni kalsium dan ada beberapa kandungan lain yang akan turun melegakan sakit-sakit otot.

Kebanyakan feedback pengguna OsteMatrix ni, mereka rasa lebih lawas, mudah dan lebih syok membuang waktu pagi.

Pesakit buah pinggang / dialysis tak boleh ambil OsteMatrix tau. Sebab ada dalam Ostematrix ada magnesium.

Magnesium bagus untuk bantu penyerapan kalsium tapi pesakit buah pinggang tak boleh ambil magnesium. Jadi, tak bolehlah ye..

 TIPS 7 
Telan ACTIVATED CHARCOAL jika keadaan meruncing.

Kadang-kadang, sakit perut yang daripada nak buang sesaje tu dah mula lebih ganas dengan bertukar jadi cirit birit.

Jadi activated charcoal ni akan bantu atasi isu ni.

BACA INI : Activated Charcoal Untuk Atasi Sakit Perut Di Musim Raya

—–
Ok, itu 7 tips dari saya yang insya Allah akan bantu anda beraya sakan.

Apapun, jaga makan minum dan amalkan gaya hidup aktif dan sihat tau.

Like dan share jika artikel ini bermanfaat supaya lebih ramai yang dapat kebaikannya melalui anda.

Tinggalkan komen anda di bawah dan subscribe channel saya tau.

By the way, kalau perlu ke klinik atau hospital jangan tangguh-tangguh ok..

Terima kasih =)

Facebook Comments

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *