Tragedi Raya ke-2 – Kereta Terbalik, Pemandu Merangkak Keluar

Tragedi Raya ke-2 – Kereta Terbalik, Pemandu Merangkak Keluar | Sebuah kereta mengambil selekoh dengan laju, terpaksa “makan jalan” supaya tidak terbabas.

Tragedi Raya ke-2 - Kereta Terbalik, Pemandu Merangkak Keluar master latif com md latiff

Tetapi menyebabkan pemandu Peugeot 208 ini kemalangan kerana terkejut untuk mengelak.

Kereta yang menjadi punca, hilang entah ke mana. Tak berhenti untuk menolong walaupun menjadi punca kereta tersebut terbalik.[/vc_column_text]

Raya ke-2, kerja dah perlu diteruskan seperti biasa.
Jadi, malam raya pertama dah bergerak ke Selangor.

Macam biasa, saya akan gerak malam sebab biasanya malam kenderaan agak kurang berbanding siang.

Basically, saya expect perjalanan lebih lancar waktu malam kecuali betul-betul waktu puncak.

Well, sehari dua sebelum dan selepas raya biasanya kalau menghala ke central Malaysia (KL, Selangor) memang jalan agak lengang.

Dalam 7:00am, teruskan perjalanan selepas berhenti agak lama di R&R Seremban.

Saya tak berapa nak speed lah sebab ada lebih kurang 1 jam lagi nak sampai destinasi. 80-100km/hour should be just nice.

Di Lebuhraya Elite, dalam lebih kurang 15 minit drive camtu, kena ambil Exit 214 Nilai Utara / Putrajaya.

Walaupun nampak macam selekoh biasa jika dilihat dari atas, selekoh ni agak bahaya juga apatah lagi sebab biasanya kenderaan dari jalan utama agak laju bila mengambil exit.

Semenjak tengah malam, hujan agak lebat sepanjang perjalanan. Pagi tu, masih lagi renyai.

Dalam keadaan penat memandu sepanjang malam, sebaik sahaja masuk ke Exit 214 ni dari jauh memang tak perasan sangat ada kemalangan.

Ia di selekoh, dan kelajuan saya lebih kurang 70-80km/j macam tu.

Bila dah dekat baru otak digest info dan nampak ada yang masih cuba keluar dari kenderaan.

Tragedi Raya ke-2 - Kereta Terbalik, Pemandu Merangkak Keluar master latif com md latiff

Serta-merata bagi signal, berhenti di bahu jalan. Sah-sah baru jadi dan mesti tolong dulu baru fikir yang lain.

Parking tepi, keluar kereta dan berkejar juga masa tu. Bila sampai, mangsa yang saya nampak tu dah keluar.

Saya tanya, “Sorang ke? Ada yang lain?”. Sambil saya jengah-jengah ke dalam.
Dia confirmkan, “Ha’ah sorang je.”

Alhamdulillah, orangnya selamat.
Nampak ok, cuma sedikit berdencot masa berjalan dan nampak luka-luka kecil di tangan dan kaki.

Dia masuk semula ke kereta, cari wallet dan kasut.

Tanya dia, “Kereta ni guna insurans apa?”
Dia kata tak tahu.

Saya masuk bawah kereta untuk tengok sticker pada cermin depan, mana tau ada sticker company insurans yang biasa orang guna untuk tampal cukai jalan tu kan.

Takde juga.

Sekarang baru terfikir, kalaulah masa tu kereta tu tak stabil dan hempap aku balik. Tak pasal-pasal je saya pulak kena.

Orang yang kemalangan takde apa-apa, yang tolong pulak yang masuk hospital. hahaha..

Sebab memang saya terlupa nak check keadaan dulu (stabil ke tidak kereta tu) sebelum masuk bawah kereta.

Saya clearkan jalan sikit, mana tau ada serpihan berbahaya untuk kenderaan lain.

Tak pun kenderaan lain terlanggar, kami yang kat tepi jalan pulak yang kena bila serpihan tu terpelanting.

Kebetulan, kat situ ada satu kon belakang pokok kecil.

Jadi, saya letak kon tepi jalan jauh sikit dari tempat kejadian supaya pemandu lain lebih alert dan slow down.

Then saya call 999 untuk inform dan minta bantuan.

1st call, not very good. Yes, I have complain.
Ada pulak kita yang emergency ni diminta call semula.
Patutnya kita diminta untuk stay on the line.

Ok, saya tak faham procedure dan SOP emergency line tapi apa yang saya kata ni mungkin akan bantu tingkatkan kecekapan or whatsoever?

Later on saya post tentang tu.
Now, 2nd call completed.

Borak-borak sikit dengan pemuda tu.
20an macam tu. Kerja di Singapore, dari Johor nak balik Rawang.
Kereta baru 2 bulan keluar.

Kesian, raya ke-2 jadi macam ni.
Tapi dah kemalangan nak buat macam mana kan.
Benda nak jadi.

Ok, menurut cerita macam ni.
Ada sebuah kereta dari lorong sebelah (kanan), tiba-tiba dengan laju masuk lorong beliau.

Samada kereta tersebut ambil selekoh sangat laju dan terpaksa makan jalan untuk elak terbabas, atau memang bawa laju dan ‘main pancung’. Biasalah, memang ada je reckless driver macam ni.

Beliau terkejut dan tekan brake untuk elak dari terlanggar belakang.

Oleh kerana membrek tiba-tiba di selekoh dan jalan pun agak licin, kereta hilang kawalan dan tergelincir ke bahu jalan.

Tayar dah jejak rumput, memang tak grip lah kan.
Terus terlanggar penghadang jalan, naik bukit dan terbalik.

Mujur juga penghadang kena tepi kereta, bukan depan.
Kalau kena depan lagi bahaya untuk pemandu.

Saya pun sebenarnya agak lega juga sebab takde mangsa cedera teruk.

Samada kereta yang menjadi faktor kemalangan tu tak perasan kereta belakang dia accident sebab laju dan selekoh, jadi tak nampak apa berlaku dari cermin belakang dan sisi atau takut dan lari.

Tapi pada saya, kalaulah pemandu tersebut perasan apa yang berlaku kat belakang tu lebih baik berhenti bantu.

Soal salah dan betul lain cerita.
Utamakan nyawa dulu.

Kebetulan kali ni, mangsa selamat.
Kalau mangsa cedera, perlu bantuan segera tapi tak dibantu kan lagi kesian.

Tips :
Sebelum ambil selekoh tekan brek dulu. Masa ambil selekoh, kelajuan dah kurang.

Boleh lepas minyak perlahan-lahan, kemudian kekalkan kelajuan atau dah masuk selekoh tu yang tekan minyak semula.

Kalau nak tekan brek, cuba perlahan-lahan atau tekan sikit lepas, tekan sikit lepas.

Tekan brek secara mengejut di selekoh meningkatkan risiko kenderaan hilang kawalan dan tergelincir.

Kalau ada tips lagi pro, ikutlah tips pro ye.
Saya ni amatur je. Tapi setakat drift jalan Nitar – Mersing tu bolehlah sikit. Eh, tak tak tak.. gurau je hahaha..

Ok, sambung balik.

Lepas make sure beliau ok, dah hilang terkejut, dah bagi tips apa patut buat untuk claim dan sebagainya then saya gerak balik lepas 40 minit kat situ.

Sorry bro, tak dapat nak stay sampai bantuan tiba. Got to go..

Selebihnya, polis yang sampai nanti boleh bantu beliau untuk uruskan yang lain.

Basically, kadang-kadang orang tu nampak ok tapi dalam keadaan macam ni biasanya terkejut dan blur.

So, kita-kita ni lah yang perlu tolong call bantuan, insurans dan sebagainya kalau boleh.

Kalau nampak kemalangan, boleh berhenti tolong (make sure keadaan selamat untuk berhenti).

Kalau tak boleh tolong, jalan terus.. tak perlu dok jengah-jengah dan slow sampai sesak lalu lintas pulak ye.

Saya pun tak sampai hati nak ambil gambar tapi snap jugalah 2 keping. Boleh jadi cerita tauladan kat sini kan.

Apapun, hati-hati semasa memandu.
Jangan pentingkan diri je tau.
Elakkan kemalangan dan elak juga dari jadi punca kemalangan.

Sekian pesanan abg.
Selamat hari raya dan babai..

Video Tips Mengambil Selekoh

[/vc_column]
[/vc_row]
[vc_text_separator title=”LIKE | COMMENT | SHARE | SUBSCRIBE” color=”blue” border_width=”3″]

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here