
Seorang kawan saya, pesakit buah pinggang di sini mula menjalani dialisis seawal usia 20an.
Semenjak itu sehingga sekarang beliau buat dialisis 3 kali seminggu 4 jam setiap sesi.
Ambil Ponstan Kerana Migrain
Asalnya, beliau ada migrain.
Sebab ia kerap berlaku dan mengganggu kehidupan sebagai student universiti, beliau ambil painkiller (Ponstan – NSAID) untuk melegakan kesakitan tersebut.
Jadi, selesailah masalah untuk sementara waktu.
Beberapa bulan selepas pengambilan painkiller dengan kerap, beliau mula mengalami kerosakan buah pinggang.
Akhirnya ia berada pada tahap 5 dan tak boleh diselamatkan lagi.
Pengambilan ubat berlebihan boleh menyebabkan kesihatan merosot dengan sangat pantas.
Spesifik untuk kes ini, ubat tahan sakit rosakkan buah pinggang beliau.
Banyak Ubat Boleh Merosakkan Buah Pinggang
Banyak ubat boleh merosakkan fungsi dan menyebabkan kerosakan buah pinggang.
Dan jika buah pinggang tidak berfungsi dengan baik, ubat-ubatan boleh terkumpul (build up) dalam badan.
Sebahagian besar ubat-ubat beserta kesan sampingan ini, telah diketahui oleh pakar dan pengamal perubatan moden. Cuma tidak diberitahu kepada pesakit.
Jika diberitahu, pasti lebih ramai pesakit takkan ambil ubat moden berasaskan dadah.
Contoh : Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), seperti ibuprofen dan naproxen.
NSAIDs boleh mengurangkan aliran darah ke buah pinggang.
Ia juga terdapat dalam ubat-ubatan moden untuk demam, selesema, batuk dan ubat untuk atasi masalah tidur.
Sekiranya anda mempunyai penyakit buah pinggang kronik, doktor mungkin menasihati anda untuk terus mengambil ubat dengan mengubah berapa banyak yang anda ambil.
Atau anda boleh menukar kepada ubat yang berbeza.
BACA : Ubat Kencing Manis Rosakkan Buah Pinggang
Jangan berhenti menggunakan sebarang ubat preskripsi tanpa terlebih dahulu berbincang dengan doktor.
BINA KESIHATAN TUBUH TERLEBIH DAHULU dari semasa ke semasa melalui gaya hidup sihat.
Beralih kepada pemilihan makanan yang sihat dan lakukan aktiviti fizikal (seperti senaman mengikut tahap kemampuan) untuk membolehkan tubuh berada pada kesihatan optimum.
Tubuh akan secara perlahan-lahan membaikpulih sistem dan tahap kesihatan akan bertambah baik.
Pantau kesihatan dan hasil ujian dari semasa ke semasa dan minta (request) doktor anda untuk pengurangan dok ubatan atau pemberhentian ubat-ubatan secara bertahap.
TONTON : Kesan Sampingan Ubat Berasaskan Dadah (semua ubat mempunyai kesan sampingan)
Jadikan Tubuh Lebih Sihat dan Kuat
Ramai yang ambil jalan mudah atasi kesakitan dengan painkiller sedangkan hampir semua masalah kesihatan boleh di atasi oleh tubuh sendiri.
Tubuh mempunyai keupayaan untuk sembuh sendiri (self-healing) dan kekuatan tubuh boleh dibina setiap hari.
Sebagaimana manusia boleh membina otot (bina badan), kesihatan tubuh juga boleh dibina.
Berbeza dengan ambil ubat, proses ini mengambil sedikit masa dan secara keseluruhan bergantung kepada individu kerana setiap tubuh adalah berbeza.
Adalah lebih selamat dan bijak untuk membina kesihatan melalui gaya hidup sihat melalui pemakanan sihat dan sokongan supplemen yang betul serta aktiviti fizikal.
Bukan hanya berbanding bergantung kepada ubat apabila sakit sahaja.
Pembinaan kesihatan perlu dilakukan secara berterusan sepanjang hayat.
“Berikan tubuh nutrisi yang diperlukan, maka penyembuhan semulajadi tubuh akan berlaku dengan lebih optimum bagi setiap individu.”
MD. LATIFF AMRAN
Untuk migrain, ia boleh diatasi secara semulajadi melalui gaya hidup sihat seperti penjagaan pemakanan, lengkapkan keperluan vitamin dan bersenam.
BACA : Cara Atasi Migrain Secara Semulajadi Dengan Vitamin B2 & B6
Discussion about this post