Yang di-Pertuan Agong ke-16 Daulat Tuanku |
Keputusan Majlis Raja-Raja memilih Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang baharu dalam tempoh kurang 20 hari menunjukkan permuafakatan antara Raja-Raja Melayu. Keputusan pantas dicapai Majlis Raja-Raja itu juga menunjukkan kematangan dan kesediaan raja-raja melayu dalam menghadapi sebarang masalah.
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah hari ini dipilih sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2019. Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-251 (Khas) di Istana Negara hari ini.
Discussion about this post